Jangan manis tebu di tepi bibir sahaja,sekadar ingin menutup malu mula lah bermacam-macam harapan yang di perkatakan tetapi satu pun tidak menjadi,tunjukan perubahan pada diri sendiri dahulu dan tidak perlu menunggu sesiapa memulakan barulah perubahan boleh bermula,mengapa perlu takut akan kebenaran kerana kebenaran juga lah terkandung dalam islam,BN bukan sahaja perlu mengubah pendekatan tetapi perlu di reformasikan keseluruhannya,BN nampak sahaja aman tapi hakikatnya ibarat kapal nak pecah kerana sentiasa tikam menikam antara parti dalam BN dan kalau sesiapa yang melihat jauh mengapa dalam BN cuma ada satu parti melayu dan kenapa terdapat 2 parti yang mewakili kaum india serta cina itu cuma di Semenanjung tidak termasuk di Sabah dan Sarawak yang berasaskan politik parti kaum.
Sekiranya pemimpin-pemimpin BN adalah pejuang politik mengapa perlu takut Pakatan Rakyat menjadi kerajaan pusat,belajarlah dan keluarlah dari keselesaan hidup dan bukankah itu yang Najib harapkan agar pemimpin BN mengubah sikap dan sentiasa berorientasikan rakyat,sekaranglah masanya untuk berubah kerana berjayanya Pakatan Rakyat adalah ia berorientasikan rakyat dan sekiranya mahu menilai hebatnya pemimpin itu berilah cubaan bagaimana sikap mereka sekiranya mereka ini mendapat kesusahan seperti pemimpin Pakatan Rakyat contoh terbesar adalah DSAI sendiri.Kalah bukan bermakna kita lemah ataupun tidak melawan tetapi biarlah mengalah untuk mencari kebenaran begitu lah selama ini yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat dan inilah sekarang yang boleh kita lihat apa impaknya sikap begini.
Pepatah melayu ada mengatakan bila kita sesat di hujung jalan kembalilah ke pangkal jalan,mungkin UMNO sudah tidak relevan lagi buat masa kini tapi dalam politik semuanya boleh berlaku,kerana selagi manusia menjadi hamba dunia selagi itu manusia memang boleh berubah. . . . . .untuk saya biarlah ia kekal menjadi saya kerana siapa saya untuk menjadi sesiapa...............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan