Isnin, 31 Mei 2010

UCAPAN SALAM


Keutamaan Dan Etika Salam

I. Keutamaan Salam.


• Mengucapkan salam merupakan salah satu perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya Shallallaahu alaihi wa Sallam, sebagaimana dalam hadits Barra’ bin Azib, ia berkata: “Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam memerintahkan kami untuk melakukan tujuh perkara, yaitu; menjenguk orang yang sakit, mengikuti jenazah, mendo’akan orang bersin yang mengucapkan alhamdulillah, membantu orang yang lemah, menolong orang yang dizhalimi, mengucapkan salam dan memenuhi sumpah.” (Muttafaq alaih).

• Menimbulkan kasih sayang antar sesama, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda:
“Tidak akan masuk surga sampai kamu beriman, dan tidak beriman sehingga kamu saling mencintai. Dan maukah aku tunjukkan suatu perbuatan yang bisa membuatmu saling mencintai; yaitu tebarkan salam antar sesamamu.” (HR. al Bukhari - Muslim).

• Merupakan amalan yang terbaik dalam Islam. Dari Abdullah bin Amr bin Ash ra, seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam: “Apakah amalan yang paling baik dalam Islam?” Beliau menjawab:
“Memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang telah kamu kenal maupun yang belum kamu kenal”. (HR. al Bukhari - Muslim).

• Mendapatkan berkah dan kebaikan dari Allah, sebagaimana firmanNya:
“Maka ketika kamu masuk rumah, ucapkan salam untuk dirimu sebagai penghormatan dari Allah yang berisi berkat dan kebaikan.” (An-Nur: 61).

• Termasuk di antara perbuatan yang bisa memasukkan pelakunya ke dalam surga. Abu Yusuf Abdullah bin Salam Radhiallaahu anhu berkata; saya pernah mendengar Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda:
”Wahai manusia, tebarkanlah salam, berikanlah makan, lakukan silaturrahim, dan shalatlah ketika orang lain tidur malam, maka engkau akan masuk ke surga dengan selamat.” (HR. At Tirmidzi, dia berkata: “hasan shahih”).

II. Cara Mengucapkan Salam 

• Imam an-Nawawi berkata; Disunahkan untuk memulai salam dengan mengucapkan: “Assalaamu ‘alaikum warahmatullah”, dengan memakai dhamir jamak (kum), sekalipun sendirian. Dan menjawabnya dengan ucapan” Wa’alaikumus-salam warahmatullah wabarakatuh”, dengan menambah “wa” pada kata wa’alaikum. (Riyadhush-shalihin halaman 290). Orang yang mendapatkan salam, wajib menjawabnya dengan yang lebih baik atau semisal dengan salam yang dia terima. Sebagai-mana firman Allah:
“Apabila kamu diberi hormat (salam), maka hendaklah engkau menjawabnya dengan salam yang lebih baik atau yang serupa dengan yang diucapkannya.” (An-Nisa; 86)

• Apabila mendatangi para sahabat, Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam mengucapkan salam sampai tiga kali (HR. al Bukhari dari Anas bin Malik). Imam an Nawawi mengomentari hadits ini dengan mengatakan; hal ini mungkin dilakukan karena sahabat dalam jumlah yang besar (Riyadhush-shalihin halaman 290).

• Orang yang mengendarai kendaraan mengucapkan salam kepada yang berjalan kaki. Yang berjalan kaki mengucapkan salam kepada yang duduk. Dan yang sedikit mengucapkan salam kepada yang banyak, dan yang kecil (muda) mengucapkan salam kepada yang besar (tua). sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh al Bukahri dan Muslim dari Abu Hurairah Radhiallaahu anhu.

• Mengucapkan salam dengan suara sebatas yang bisa didengar oleh orang yang diberikan salam, sebagai-mana yang diriwayatkan oleh Miqdad beliau berkata; kami menyediakan susu untuk Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam, beliau datang di waktu malam dan mengucapkan salam yang bisa didengar oleh orang yang terjaga dan tidak membuat orang yang tidur terbangun. (HR. Muslim).

• Tidak boleh memulai salam kepada orang kafir sebagaimana yang diriwayatkakn oleh Abu Hurairah Radhiallaahu anhu Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda:
“Jangan kamu memulai mengucapkan salam kepada Yahudi dan Nashrani, apabila kamu bertemu dengan mereka di jalan maka sempitkan jalannya”. (HR.Muslim).

Dan jika mereka mengucapkan salam kepada kita, cukup dijawab dengan ucapan “Wa’alaikum” (Muttafaq alaih). Apabila di sebuah majlis bercampur antara orang muslim dan non muslim maka boleh mengucapkan salam, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam ketika melewati sebuah majlis yang di sana ada orang muslim, musyrik, penyembah patung, beliau memulai mengucapkan salam. (Muttafaq Alaih).

III. Waktu Mengucapkan Salam. 

• Ketika bertemu dengan orang lain baik yang sudah dikenal maupun yang belum. Dan yang lebih baik adalah orang yang pertama memulai, sebagaimana hadits Abi Umamah al-Bahili, Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda, artinya: “Sesungguhnya orang yang lebih baik di sisi Allah adalah yang memulai mengucapkan salam.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang baik). Dalam riwayat lain, Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda:
“Apabila kamu bertemu dengan saudaramu maka ucapkanlah salam, Jika terhalang dengan pohon, tembok atau batu, maka ucapkan salam ketika menemuinya”. (HR. Abu Daud dengan sanad yang shahih).

• Mengucapkan salam juga disunahkan ketika bertemu dengan anak kecil sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam, beliau mengucapkan salam kepada anak kecil (Muttafaq alaih). Imam al Bukhari dalam kitabnya al Adabul Mufrad menyebutkan bahwa Salamah bin Wirdan berkata; saya melihat Anas bin Malik menyalami orang-orang dan berkata kepadaku: “Siapa kamu?” Saya menjawab: “Saya seorang anak dari Bani Laits”, kemudian beliau mengusap kepalaku tiga kali dan berkata; “Semoga Allah memberkati-mu.” (Imam Albani berkata sanadnya hasan). Juga boleh mengucapkan salam kepada wanita, baik yang mahram maupun orang lain selama tidak menimbulkan fitnah. Sebaliknya wanita juga boleh mengucapkan salam kepada laki-laki seperti yang dilakukan oleh Umi Hani, ia mengucapkan salam kepada Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam di waktu terjadinya penaklukan kota Makkah. (HR. Muslim).

• Ketika akan memasuki rumah orang lain. Allah berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah orang lain, hingga kamu minta izin dan mengucapkan salam kepada penghuni-nya”. (QS.An-Nur; 27). Juga ketika memasuki rumah sendiri sebagaimana firman Allah dalam Surat An-Nur ayat 61.

Ketika masuk dan keluar dari sebuah majlis, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallaahu anhu, Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda:
”Apabila seorang masuk ke sebuah majlis maka hendaknya mengucapkan salam. Dan jika dia mau pergi hendaklah mengucapkan salam, tidaklah (salam) yang pertama tadi lebih berhak (untuk diucapkan) daripada yang akhir.”. (HR. Abu Daud, Imam al Albani berkata; hadits hasan dan shahih). Maksudnya, kedua salam tersebut sama haknya untuk diucapkan.

• Apabila ada orang yang menitipkan salam, maka yang menerima titipan salam tersebut mengatakan “Wa’alaihis-salam warahmatullahi wabara-kaatuh”. Sebagaimana yang dilakukan Aisyah ra ketika menerima titipan salam dari Jibri as lewat Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam. (HR.al Bukhari- Muslim).

Rujukan: 1. Riyadhus Shalihin, oleh Abu Dzakaria Yahya bin Syaraf An-Nawawi, 2. Kitabul Adab oleh Fu’ad bin Abdul ‘Aziz al Syalhub. (Nurul Mukhlisin/alsofwah)
(c) Hak cipta 2008 - Hatibening.com

REZEKI DARI JUDI BOLA


Gambar kartun angah cilok dari blog kartunrossem dan angah mohon maaf dari pihak beliau sebab suka sangat pada lakaran kartun-kartun beliau yang sinonim dengan isu semasa malah beliau dapat mengambarkan masalah sebenar melalui lukisan kartunnya yang bersahaja......

DIMANA KITA MASA KITA TUA......KALAU SEMPATLAH

Bila memikirkan perkara ini apakah reaksi yang ada pada diri kita?Pernah menjadi anak meningkat dewasa lalu berumahtangga dan berkeluarga malah sebagai anak kita pasti memikul tanggungjawab yang sama seperti adik beradik yang lain dan lazimnya keluarga akan berkumpul bila tiba hari raya,kenduri kahwin dan sebagainya malah kekadang bagi yang tinggal dibandar-bandar hujung minggu akan menjadi rutin untuk balik kekampung menziarahi ibu dan bapa dikampung itu yang bapa dan ibu mereka tingal dikampung,tapi sekarang ramai dari masyarakat yang bapa dan emaknya tingal dibandar-bandar juga malah ada juga yang saban hari datang membawa anak-anak mereka untuk dijaga oleh emak kerana payah mencari penjaga anak yang sesuai.......


Angah sekadar mau mengambil sebahagian cerita yang angah baca dalam blog ini http://ureka.asia/2010/05/berkatalah-anak-aku-siri-3/ dan adakah ini mungkin terjadi pada kita sekiranya sempat kita melaluinya...

.“Dia tanya siapa yang nak hantar ayah dan ibu dia ke Rumah Orang Tua?”
“Jadi Along jawab apa?”
“Bukan Along saja, semua satu kelas jawab tak mahu!”
“Jadi apa masalahnya?”, tanya aku ingin tahu.
“Cikgu Math ni kata dia hantar ayah dia ke Rumah Orang Tua!”
“Apalah Cikgu Math Along tu! Tak kenang ayah dia langsung!,” runggut ibunya.
“Ada Cikgu Math tu cakap kenapa dia buat macamana tu?”, tanya aku lagi ingin tahu.
“Dia tanya kami pula mengapa ayah dan ibu hantar adik dan baby ke Rumah Pengasuh? Kami jawab sebab tak ada orang gaji! Dia tanya lagi kalau ada orang gaji mengapa ada yang hantar ke Baby Sitter ataupun Tabika?”
“Kemudian apa ceritanya lagi?”, menarik juga pandangan Cikgu Math ini.
“Dia kata ayah dan ibu kita hantar adik dan baby kita ke Baby Sitter ataupun Tabika sebab ayah dan ibu kita sangat sayangkan kita dan pada masa yang sama adik dan baby kita akan dijaga dengan baik serta boleh belajar. Sebab itulah Cikgu Math ini hantar ayah dia ke Rumah Orang Tua. Dia hantar pagi dan petang dia ambik balik. Ayah dia lebih selamat di Rumah Orang Tua malah lagi seronok kerana dapat berkawan dan beribadat dengan kawan-kawan sebaya dengannya.”
“Betulle cakap Cikgu Math itu. Ayahpun seronok juga kalau duduk dengan kawan-kawan bila tua nanti. Tahlah hari-hari kena marah dengan ibu saja! Jadi apa yang Along runsingkan?”, tanya aku.
“Minggu lepas Ustaz sekolah Along pula kata sesiapa yang hantar ibu dan ayah mereka ke Rumah Tua akan jadi si Tanggang!”

Ahad, 30 Mei 2010

DIKTATOR SAMY KASI PECATLAH SEMUA ORANG NI.....ADA BERANI KAA?

Samy lu apa pasal tak mahu dengar cakap Mahathir,dia sudah kata kalau orang sudah tak suka baiklah lu keluar parti cepat-cepat sekurang-kurangnya lu dan keluarga nanti boleh selamat sekarang lu sudah bikin taik sama lu punya parti sendiri jadi lu kenalah tanggung semuanya.....ini baru 1st show lu tunggu lah adengan yang lebih besar nanti.........


Pada jam 5.00 petang Ahad...dianggarkan antara 4,500 ke 5,000 orang berada dalam dewan Pusat Konvensyen The Mines,Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur dimana himpunan Gerakan Anti Samy Vellu berlangsung.Asalnya penganjur GAS anggar 15,000 orang hadir.

Pengajurnya,bekas Timbalan ketua Pemuda MIC V Mugilan mendakwa beberapa buah bas yang membawa penyokong GAS dari Pulau Pinang,Kedah,Pahang dan Johor telah disekat pihak tertentu.

Walaupun jumlah kehadiran kurang dari yang dijangka namun ia berlangsung dalam suasana hangat termasuk seorang yang geram memukul gambar Presiden MIC dengan penyapu.Himpunan yang bermula jam 3 petang itu berakhir jam 5.30 petang.

Malaysiakini melaporkan: 
4.25pm: Jumlah hadirin setakat ini meningkat kepada 5,000.

3.33pm: Jumlah hadiri kini meningkatkan kepada kira-kira 4,000.

3.18pm: Govindarajoo kemudianya bercakap kepada pihak media selepas menyampaikan ucapanya itu.

Katanya, dalam ucapan tersebut, beliau memohon maaf kepada masyarakat India keana membawa Samy Vellu menyertai MIC.

Beliau juga mendakwa mempunyai bukti yang menunjukkan bagaimana Samy Vellu mengkhianati masyarakat dan negara.

gas mines rally 300510 v govindaraju"(Dia melakukan ini) bukan sahaja kepada MIC, tetapi juga MCA serta Umno."

Menurutnya, beliau merupakan orang yang memperkenalkan Samy Vellu kepada MIC, dan kini mahu beliau meletak jawatan.

Govindrajaoo juga menyalahkan Samy Vellu kerana bersikap angkuh dan enggan meletak jawatan selepas kalah dalam pilihan raya umum lalu.

"Kegagalan terbesarnya ialah kalah di (parlimen) Sungai Siput," tambahnya.

3.07pm: Pemimpin veteran MIC, V Govindarajoo menyampaikan ucapan pembukaan di perhimpunan Gerakan Anti-Samy Vellu.

3.00pm: Jumlah hadirin kini meningkat kepada kira-kira 3,500 orang. Ia bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu parti MIC.

gas mines rally 300510 crowd2:50pm: Antara pemimpin yang hadir termasuk bekas timbalan ketua Pemuda MIC Mugilan V dan bekas ahli jawatankuasa pusat, G Kumar, serta pemimpin veteran V Govindaraju.

Govindaraju (kiri, tengah) dikatakan pernah menjadi sekutu kuat Samy Vellu dan membantu Samy Vellu menang kali pertama bertanding jawatan presiden.

Sekitar 1,500 orang sudah mula berkumpul di dalam Pusat Konvensyen dan Pamerah Antarabangsa Mines untuk menyertai perhimpunan gerakan anti-presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Sebelum itu, bekas ahli jawatankuasa pusat MIC bekerja KP Samy tiba pada jam 2.17 petang dan meminta mereka yang hadir untuk mengambil tempat. -Malaysakini
Utusan melaporkan:

Sabtu, 29 Mei 2010

REZEKI MEREKA UNTUK PERMUDAHKAN MASYARAKAT ISLAM


Haji Tahun Depan Mulai Dicoba Gunakan Monorail
Sekitar 30 persen fasilitas transportasi jamaah haji tahun depan menggunakan monorail dan akan dicoba dua bulan ini..
Jika tak ada aral-melintang, mulai tahun depan para jamaah haji sudah  bisa menikmati transportasi monorail yang menghubungkan Mekah, Madinah, dan Jeddah.
Pernyataan ini disampaikan Direktur Muasasah Asia Tenggara, Syeikh Zubair Abdul Hamid Mukhtar Sedayu di Mekah belum lama ini. Meski demikian, kemungkinan penggunakan monorail itu tak berjalan semuanya. Kebutuhan pembangunan media transportasi  itu diperkirakan baru akan rampung tahun 2012, sebagian akan dicoba untuk para jamaah haji tahun depan.
“30 persen akan menggunakan monorail dan akan dicoba dua bulan ini,“ ujar pria kelahiran Jawa Timur ini saat menerima rombongan asal Indonesia.
Sebagaimana diketahui,  pemerintahan Saudi telah menandatangani nota kesepahaman dengan Konsorsium Al-Arab yang ditunjuk membangun proyek mega riyal tersebut. Untuk pembangunan infrastruktur jalur kereta api, Arab Saudi menggandeng perusahaan China. Sementara penyedia kereta apinya dipercayakan kepada Prancis.
China telah memenangkan kontrak pembangunan monorail senilai 1,8 miliar dollar AS yang dipersiapkan sebagai sarana transportasi dan jalur pengangkutan jemaah haji di sekitar kota suci Islam, Mekkah, Arab Saudi.
Pantauan hidayatullah.com saat berkeliling Mekkah, Jedah, Thaif, dan Madinah, jalur kereta itu sudah mulai dipasang.
Abdul Hamid mengaku, selain akan dicoba menggunakan monorail, Muasasah Asia Tenggara juga telah menyiapkan sekitar 410 kendaraan, meliputi bus, mobil, dan ambulan untuk menangani jemaah.
Meski tugas Muasasah Asia Tenggara mencakup sekitar 15 negara di kawasan Asia, Abdul Hamid mengaku mayoritas (75 persen) jemaah haji datang dari Indonesia.
Saat ditanya bagaimana tugas Muassasah untuk menekan angka kematian dan kemungkinan gagal dalam tugas, Abdul Hamid mengatakan, urusan gagal ada di tangan Allah. Meski demikian, pihaknya akan tetap bekerja secara maksimal melayani jemaah haji.
Ia mencontohkan, tahun kemarin angka kematian haji tahun 2010 menurun 50% dibanding tahun sebelumnya. [cha/hidayatullah]

BILA YANG MENJAGA AGAMA ISLAM PUN TAK MENGHORMATI INI LAH JADINYA

Kita merasa sedikit marah bila kita baca dalam blog maupun akhbar berkenaan seorang peguam beragama lain cuba memohon menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah tapi kita yang berbangsa melayu yang menjadikan agama islam sebagai agama rasmi tapi bila simangkuk-mangkuk yang kononnya diberikan amanah menjaga kepentingan agama islam itu sendiri tidak menghormati maupun mematuhi apa yang ditetapkan dalam perundangan islam malah mereka yang berkuasa seakan memainkan lagi perkara yang berkaitan dengan islam dan inilah yang dapat kita lihat bila ada seorang yang berani yang bukan beragama islam cuba menceroboh sempadan perundangan itu sendiri apa pun layan lah di sini http://karatijau.blogspot.com/2010/05/berita-naik-darahbukan-islam-dibenarkan.html

Inilah jadinya bila rasuah bermaharaja lela,sehingga jawatan agama pun dirasuahkan semata-mata untuk menjaga kepentingan umnoapco dan orang yang diamanahkan dari dulu,kini dan selamanya yang berplatform BN telah gagal segagalnya selama itu. . . . . . . .ibarat tikus cuba nak jaga labu

PROJEK MASUK POKET KRONI DAN SENDIRI ADALAH



Lebih Banyak Projek Rakyat Boleh Dilaksana Melalui Pengurangan Subsidi: Shafie
SEMPORNA, 28 Mei (Bernama) -- Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal berkata lebih banyak projek rakyat boleh dilaksanakan jika penjimatan perbelanjaan kerajaan dapat dilakukan menerusi pengurangan subsidi.

Beliau berkata Malaysia pada hari ini merupakan antara negara paling banyak berbelanja untuk subsidi dengan hampir separuh daripada perbelanjaan negara adalah untuk tujuan itu.

"Banyak bidang pembangunan dalam negara kita yang perlu dipertingkatkan seperti bidang pendidikan yang masih memerlukan banyak kemudahan seperti pembinaan bangunan sekolah.

"Sekiranya langkah pengurangan subsidi ini dapat disusun atur dengan baik, maka penjimatan-penjimatan itu dapat dimanfaat sepenuhnya untuk tujuan lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek bekalan air bersih luar bandar di Kampung Tarusan Tengah, Pulau Bum-Bum, di sini.

Beliau yakin jika pengurangan itu dilakukan secara berperingkat dan teratur ianya tidak akan menjejaskan bantuan kerajaan kepada golongan yang memerlukan.

Mengenai penubuhan Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah kementeriannya baru-baru ini, Shafie berkata unit itu bertujuan memantau secara dekat pelaksanaan projek-projek di bawah NKRA.

-- BERNAMA

Jumaat, 28 Mei 2010

MAKMAL RASIONALISASI SUBSIDI KEPALA TOYA@RASUAH SANA SINI


Potongan Subsidi Penting Untuk Penjagaan Kesihatan Lebih Baik - Tiong Lai
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Cadangan Makmal Rasionalisasi Subsidi (SRL) untuk meningkatkan caj rawatan pesakit luar di klinik dan hospital kerajaan kepada RM3 dari RM1 adalah penting bagi meningkatkan kualiti kemudahan penjagaan kesihatan di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Kita sedang merangka pembaharuan menyeluruh penjagaan kesihatan di dalam negara dan kita mahu meningkatkan lagi sistem penyampaian kita kerana masih banyak kesesakan berlaku di klinik dan hospital kerajaan.

"Kerajaan akan terus menyediakan peruntukan besar untuk penjagaan kesihatan dan pada masa yang sama kita mahu meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan kita, jadi kita memerlukan lebih banyak subsidi (melalui potongan subsidi)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perayaan Hari Wesak di bangunan Persatuan Buddha Malaysia (bahagian Kuala Lumpur dan Selangor) di Jalan Klang Lama di sini.

SRL turut mencadangkan bahawa kos rawatan bagi pesakit dalaman digantikan kepada RM160 untuk wad kelas pertama, RM40 (kelas kedua) dan RM6 (kelas ketiga).

Bagi isi rumah yang berpendapatan bawah RM2,160 atau dikategori di bawah Akta Yuran akan masih boleh menikmati pengecualian yuran.

Ia turut mencadangkan bahawa mulai 2013, pesakit membayar seperatus daripada kos pesakit dalaman berbanding kadar semasa dan mulai 2015, pesakit juga perlu membayar seperatus daripada rawatan pesakit luar dan perubatan.

Liow juga berkata Kabinet telah mengarahkan kementerian tersebut untuk membuat kajian lebih mendalam berhubung kesan pengharaman penjualan rokok 14 batang.

"Pengecualian daripada pengharaman akan berjalan sehingga satu tarikh diperolehi tetapi Kementerian Kesihatan telah mencadangkan ia dilakukan secepat mungkin. "Kabinet merasakan kita perlu membuat kajian lanjut tentang kesan yang akan timbul hasil daripada pengharaman tersebut.

"Kita akan membuat kajian yang mana kemudiannya Kabinet akan membuat pengumuman yang perlu tentangnya," kata Liow.

Larangan jualan rokok 14 batang merupakan sebahagian inisiatif kerajaan untuk mengehadkan jualan rokok kepada umum terutama di kalangan remaja.

Pengharaman jualan rokok tujuh batang telah dilakukan sebelum ini. -- BERNAMA

RASUAH BEGINI LAH YANG SERING BN LAKUKAN


Mahfuz: BN cuba rasuah Samy Vellu
Mei 27, 10 10:57am
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terperinci bagi menyelamatkan khazanah kekayaan negara daripada disalah-gunakan.

Tuntutannya itu berikutan pendedahan oleh S Vell Paari yang mendakwa seorang pegawai dari jabatan perdana menteri telah datang membuat tawaran berkenaan kepada bapanya, yang juga Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

“Pegawai Khas PM telah datang membawa tawaran dari PM menawarkan gelaran Tun dan jawatan Duta bagi tujuan kompromi isu calon BN untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor.

“Pendedahan ini suatu yang serius yang menunjuk ada unsur dan amalan rasuah dalam pemilihan calon BN dari MIC dalam PRK Hulu Selangor,” katanya pada kenyataan medianya hari ini.

Menurut Mahfuz, dakwaan Vell Paari menunjukkan amalan tawaran yang berunsur rasuah itu bukan saja berlaku dalam pemilihan calon BN di Hulu Selangor, tetapi juga berlaku dalam banyak hal lain untuk memastikan apa saja keputusan yang dibuat oleh perdana menteri yang juga pengurusi BN diterima oleh semua peringkat dalam BN.

Tambah ahli parlimen Pokok Sena itu, amalan berkenaan bertujuan menutup mulut pemimpin BN agar tidak membuat kacau sehingga boleh menjejaskan kepentingan politik mereka.

Perbuatan itu, kata Mahfuz adalah “satu bentuk amalan buruk dalam penyalahgunaan kuasa yang boleh mengakibatkan kehilangan khazanah negara yang diagihkan kepada pemimpin Umno BN setiap kali berlaku krisis di kalangan dalaman mereka”.

Khamis, 27 Mei 2010

AMPUN.....AMPUN.....OONNGG.....OONNGG

Gambar cun sikatak angah cilok dari blog mentor TT,cun betul si katak ni yang nampaknya sedang menyembah minta ampun.....tapi apa yang sedang berlaku sekarang ni ek,dengarnya ada cerita berkenaan si katak-katak yang lompat parti ke bebas tapi dok menyokong BN maklumlah malu nak mengaku bila jiwa tu dah karat taik dan hamba wang malah menurut blog mentor angah ni si TT ada cerita berkenaan si Wira Islam membuat chop SPR wah berani sungguh,ada lagi si Wangsa Maju dengarnya menyuntut bini orang hebat sangat ke dia..........dan yang si nak buat projek padang golf dengan syarikat harga rm 2 khabarnya banyak hutang tak terlayan dan yang sorang cina ni kat Kedah pula geng ALONG ......saya nak tolong susahkan olang ,apa pun kita tunggulah cerita panasss dan sensasiiii

BISU KE MUFTI SELANGOR?

Kerajaan negeri Selangor diminta mengkaji kedudukan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor,Datuk Khusrin Munawi berhubung isu besar mengenai judi bola dimana Jabatan itu seakan menyepi dalam isu tersebut tetapi mengambil tindakan bila ia kena pada PR,tetapi apa yang paling mengecewakan adalah Mufti Selangor  Tamyes Abdul Wahid langsung tidak bersuara berkenaan isu ini dan secara tidak langsung bahawa jawatan beliau adalah untuk memuaskan nafsu kera  jaan BN dan yang sewaktu dengannya malah bukan itu sahaja orang tertinggi dalam hal ehwal agama iaitu Sultan Selangor juga sekan membisu dalam perkara ini tetapi bila masjid digunakan untuk mengembangkan politik islam yang betul maka melatahlah sambil bertitah .......


Rakyat tahu sekarang Mufti lebih kurang tarafnya semacam murti sekadar memegang prinsip semua agama mengajar kebaikan tetapi mufti ini hidupnya seakan berpaksikan kiblah umnoapco yang terpaksa menjudikan diri mereka semata-mata mencari pangkat serta jawatan yang bergaji tinggi untuk menjaga kepentingan Tuan Tanah Kedowong yang semakin karam dimamah kejahatan sendiri......kalaulah amanah yang besar ini dipikul ikut suka hati saja tidak hairanlah sekiranya mereka ini bersikap demikian,mungkin bagi mereka dunia lebih penting....

SIAPA PENIPU?

Antara reauters dengan kabinet kera jaan Malaysia siapa agaknya yang menipu dan siapa yang nampak selalu menipu dan siapa pula memang selalu menipu?Semalam khabarnya Mesyuarat Jemaah Menteri telah dilangsungkan dan mereka ada membincangkan rancangan memotong subsidi tetapi mereka belum memutuskan cara bagaimana nak melakukan dengan jangka waktu yang ditetapkan itu berita yang dikeluarkan oleh reauters tapi bila naib presiden umnoapco Hishammuddin  menafikan bahawa tiada perbincangan mengenai isu ini maka mereka secara sengaja mahu menutup dan menipu rakyat tetapi yang heran dan ajaib nya bagaimana berita itu sampai kepada reauters?


Sudahlah janganlah nak menipu rakyat,semua temberang umnoapco sudah dapat dibaca oleh rakyat dan pastinya setiap kali subsidi dipotong maka ia akan dilakukan secara mengejut dan tiada alasan yang diberikan melainkan wang dari potongan subsidi itu akan digunakan untuk itu dan ini(my foot lah umnoapco).....dengan hutang negara berjumlah lebih rm363 billion maka 1Malaysia bakal dikelentongkan lagi.

SEKADAR INGATAN DARI TEMAN BUAT TEMAN-TEMAN


Kasut crocs yang menjadi trend di Malaysia kini kerana ianya mudah dipakai dan selesa. Di mana-mana orang menjual kasut crocs ni, di pasaraya, di pasar malam malah di tepi-tepi jalan. Ada jer canopy segera dipasang untuk menjual kasut crocs.
Kalau dah di pasar malam tu terang-teranglah ia adalah kasut crocs tiruan. Berhati-hati membeli kasut crocs tiruan ini kerana saya mendapat email berkenaan lambang crocs tiruan ini yang ada iras-iras kalimah Allah. Mungkin orang kata saya ni terlalu sensitif, takpelah bab-bab agama ni kita memang perlu sensitif terutama ianya akan dijadikan alas kaki.
Kalau entri di isuhangat semalam berkaitan kucing ada kalimah Allah, oklah. Ini benda ciptaan manusia yang kemungkinan disengajakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja untuk menghina kesucian Islam
Ini adalah logo crocs yang ori..


Gambar 4 diatas adalah gambar yang menunjukkan lambang crocs tiruan yang ada iras-iras kalimah Allah

Rabu, 26 Mei 2010

BAWA-BAWA LAH TUKAR ORANG KAT ATAS TU......

Terbaca satu keratan akhbar melalui alam maya dalam bernama yang mengatakan bahawa sipulan-sipulan masih mau Presiden FAM dikekalkan jawatan malah mereka mahu presiden disambungkan tugas untuk 4 tahun lagi mulai tahun 2010-2014 dan rasanya sudah lama presiden ini menjadi presiden tanpa ada orang berpeluang menggantikan beliau malah semakin lama menjadi presiden semakin ketara kediktotoran melanda badan sukan bolasepak negara.....tukar lah sejak zaman reformasi politik negara sampai la ni zaman kejatuhan bolasepak tak naik-naik malah dilihat semakin teruk dan yang kita boleh nampak sesiapa dalam gabungan FAM yang mengkritik badan tu pasti akan dapat balasan.


Pengalaman peribadi angah semasa menjadi ahli gabungan KLFA semasa arwah Megat Junid menjadi presiden dan pernah menghadiri mesyuarat KLFA arwah pernah berkata bahawa dalam badan yang besar tu mempunyai masalah dan masalah yang beliau katakan itu nampaknya semakin parah sehingga hari ini.......sampai bila lah agaknya rakyat akan bebas memilih orang yang sepatutnya menjaga sukan negara bukan mereka yang disokong melalui gelaran maupun pangkat yang penuh muslihat untuk menaikan orang tertentu....bila sukan pun dah berRASUAH maka tiadalah keberkatan dan kalau dahulu kita bermegah dengan kekuatan pasukan bolasepak kita sekarang kita juga bermegah kerana presiden FAM bukan calang-calang orang......

WANG BESAR,WANG BESAR TARAK WANG TARAK KUASA



UMNO MCA telah menggunakan wang dalam keadaan meragukan semasa pilihanraya : Mahathtir

 

Ini cerita otai dalam umno apco memang dah dasar mereka wang dan kuasa segalanya kalau ada wang tak ada kuasa pun tak guna contoh terdekat lihat lah bapa mirzan ni....wang berlambak tapi bila kuasa tak ada meroyan tak habis-habis dan petikan ini angah kopi dan tempel dari blog mimpi senja untuk dikembangkan kealam blogger lain untuk rekod infomasi yang berguna pada kemudian hari,apa pun hayatilah luahan rasa bekas PM Malaysia yang bernilai rm200............



PETALING JAYA : Mantan Perdana Menteri dan bekas presiden Barisan Nasional (BN) Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Umno dan MCA telah menggunakan wang dalam keadaan meragukan semasa pilihanraya, menurut laporan dalam kewangan politik.

"Tidak dapat dinafikan politik membabitkan wang. Tanpa wang, karier politik anda tiadk boleh bergerak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu temubual tahun lepas bersama Transparensi Antarabangsa-Malaysia (TI-M) yang diterbitkan dalam laporan Politik Kewangan di Malaysia, Ahad lalu.

Disebabkan kebergantungan hubungan antara politik dan wang, Mahathir berkata Umno membangun hasil daripada perolehan wang rakyat.

"Rakyat Malaysia senang dipujuk. Mereka percaya jika dengan sumbangan itu mereka akan dapat hasilnya," kata bekas pemimpin Umno selama 22 tahun itu.

"Jadi bila tibanya pilihanraya, rakyat akan datang dan minta wang pada kita. Kadangkala duit itu diguna tanpa direkodkan, jadi terpulang sama ada kita jujur atau tidak."

Mahathir mendakwa amalan beli undi sentiasa terjadi ketika pilihanraya umum yang diadakan setiap tiga tahun dan mendakwa "boleh dikatakan setiap orang" yang terpilih dalam Majlis Tertinggi Umno itu menggunakan cara sedemikian.

"Jadi anda boleh berkata ahli Majlis Tertinggi itu dilantik hasil daripada undian sogokan," katanya.

Beliau kemudiannya mengaitkan pengalamannya semasa tahun 2006 apabila beliau membida untuk merebut jawatan tertinggi Umno ketika Mesyuarat Agung Tahunan namun dihalang kerana pencabarnya telah membeli undi ahli.

Pada ketika itu beliau kalah untuk merebut tempat sebagai wakil Bahagian Kubang Pasu yang dipimpinnya selama lebih daripada tiga dekad.

"Saya kalah kerana Ibu Pejabat Umno tabur duit kepada ahlinya supaya tidak mengundi saya. Ketua Bahagian dapat RM2,000 dan setiap ahli mendapar RM200.

Nilai saya hanya RM200 – Dr M

"Saya meluat. RM200, adakah saya begitu murah? Berapa banyak benda yang anda mampu beli dengan RM200? Anda jual kuasa untuk menentukan pemimpin dengan hanya RM200?" katanya.

Dalam laporan TI-M itu juga terdapat petikan temubual bersama bekas Menteri Kewangan dan Bendahari Umno Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang mendedahkan bagaimana Umno melakukan suapan melalui pemberian kontrak kerajaan.

Ku Li mendakwa, pengendalian projek selalunya bertukar tangan, keuntungan akan jatuh, dan mendorong kepada hasil kerja yang kurang elok terutamanya membabitkan projek infrastruktur.

"Hospital retak, stadium runtuh, itu semua hasil daripada kroni kontraktor.

"Tak semestinya disebabkan ada unsur rasuah. Boleh jadi disebabkan reka bentuk yang buruk dan sebagainya kerana kontraktor yang dilantik oleh ahli politik berdasarkan jumlah sogokan yang diberi.

"Jika kontraktor tak bagi duit, mereka tidak akan berminat dengan anda. Anda nak tambah duit, anda mesti suap kroni anda secara haram".

Pemimpin MCA Dr Chua Soi Lek (semasa menjadi pemimpin No.2 MCA tahun lepas) mendedahkan ramai calon BN membelanjakan banyak wang semasa pilihanraya umum.

"Calon dihadkan berbelanja sebanyak RM200,000 tapi jumlah rasmi tidak mencatatkan jumlah yang sebenarnya dimana mereka kebiasaannya menghabiskan wang antara RM500,000 sehingga RM1 juta ketika berkempen.

Dalam laporan setebal 234 muka surat itu, TI-M turut mengkritik Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain kerana terlibat dalam urusan perniagaan yang mengawal organisasi media.

TI-M turut mengemukakan 19 cadangan untuk membanteras rasuah dan memperbaiki ketelusan politik wang.

Selasa, 25 Mei 2010

DULU,KINI DAN SELAMANYA HUTANG NEGARA RM363BILLION


Pertukaran Dengan Singapura, Berkait Dengan Defisit Negara?


SHAH ALAM 25 MEI: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee tertanya-tanya sama ada perjanjian pertukaran enam bidang tanah di Tanjong Pagar dengan dua kawasan di Singapura, ada kaitan dengan masalah defisit negara yang berjumlah RM363 bilion.

Beliau bimbang kerajaan Umno Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak, sanggup berbuat demikian kerana faktor terdesak dan tidak ada pilihan lain berikutan defisit negara yang semakin membengkak.

Bercakap kepada TV Selangor, Tony Phua tidak terkejut jika perjanjian pada 1 Julai 2011 ini akibat tindakan terdesak kerajaan Umno BN untuk melangsaikan hutang negara.

“Buat masa ini, kita nampak antara satu kebaikan yang Najib boleh terima ialah wang daripada pembangunan tanah di Singapura, tanah yang diperolehi dan dimiliki memang tinggi nilainya.

"Saya rasa antara sebab Najib setuju membuat perjanjian biarpun ada perubahan dalam polisi tentang tanah, berkemungkinan kerana kerajaan Malaysia dapat banyak wang hasil kerja yang bakal dibuat di tanah KTM itu,” katanya.

Sebelum ini, Najib dan rakan sejawat dari Singapura Lee Hsien Loong bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Malaysia akan menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan Bajet 2010 tahun lalu menyelar pentadbiran kerajaan persekutuan berikutan defisit negara melonjak dalam tempoh beberapa tahun sahaja.

Pada tahun 2008, hutang negara meningkat 18.3 peratus daripada RM306.4 bilion kepada RM362.5 bilion tahun 2009.

Statistik menunjukkan hutang negara pada 2006 yang berjumlah RM242.2 bilion kemudian meningkat sebanyak 49.7 peratus.

“Kami punya defisit agak tinggi. Defisit negara sudah mencapai RM363 bilion,” katanya yang kesal walaupun pelbagai langkah diumum bagi memacu ekonomi tetapi kemerosotan pendapatan negara, mendorong masalah defisit yang berpanjangan.

“Saya rasa Malaysia sekarang ini tidak cukup wang dan defisit negara sangat tinggi. Jadi, kerajaan BN terdesak untuk menyelesaikan masalah dan bakal mendapat pulangan wang melalui perjanjian seperti itu,” katanya. - TVSelangor

MANA NAK SOROK MUKA KATAK PURU YANG BERPURA=KASI BONGKAR




Kopitiam Bang Nan minta maaf sebab kopi okaw cilok thread kopitiam bang nan untuk post di blog angah ni,dari hari tu sejak musim mengawan sikatak lompat hati dok sakit sampai la ni,angah pun nak tau juga apa cerita sebenar so bila terbaca thread ni angah saja kopi dan tempel sekadar buat ingatan untuk mengikuti perkembangan berita ini....apa-apa pun kita tunggu je lah.

Kongres PKR mahu dedah ‘rahsia’ MP, Adun keluar parti?
May 25, 2010
KUALA LUMPUR, 25 Mei — Selepas sebahagian besar wakil rakyat yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan “rahsia” kepimpinan sepanjang tiga bulan lalu, komponen Pakatan Rakyat (PR) ini dijangka membuat “pendedahan balas” sebab dan punca mereka mengkhianati parti itu hujung minggu ini.
Beberapa pemimpin yang ditemui The Malaysian Insider berkata mereka menunggu “lampu hijau” pucuk kepimpinan untuk membuat pendedahan ketika Kongres Nasional Keenam PKR di Kota Baru.
“Kami mengarah ke sana, sekarang tunggu lampu hijau daripada (Penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, bila dan siapa yang perlu membuat pendedahan... kemungkinan ketika Kongres Nasional kali ini... sama ada Datuk Seri Anwar sendiri ataupun pemimpin kanan yang lain,” kata seorang pemimpin kanan parti itu, tetapi enggan namanya didedahkan atas alasan parti masih memikirkan strategi pendedahan.
“Parti sudah banyak bersabar dan kini sudah sampai masa bagi parti menjelaskan kepada perwakilan apa yang sebenarnya berlaku.
“Kita akan mendedahkan habuan yang mereka dapat, pendedahan akan dibuat melalui beberapa saluran yang akan membuktikan apa yang menjadi punca mereka mengkritik kepimpinan parti habis-habisan dan mahu keluar parti,” katanya lagi.
Menurut pemimpin ini, pendedahan mereka akan memfokus terhadap lima Ahli Parlimen yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat.
Malah, katanya, ia juga kemungkinan memfokus bagaimana usaha sedang diambil Barisan Nasional (BN) untuk memancing seorang lagi Ahli Parlimen.
Lima Ahli Parlimen PKR yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas ialah wakil kawasan Bayan Baru, Nibong Tebal, Kulim-Bandar Baharu, Wangsa Maju dan Bagan Serai. Selain lima Ahli Parlimen terbabit PKR juga kehilangan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu masing-masing dua di Kedah dan Perak dan seorang di Selangor.
Kecuali Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang telah dipecat oleh PKR, empat lain mengumumkan keluar parti atas alasan kecewa dengan kepimpinan dalaman PKR dan juga Pakatan Rakyat.
Ketika sesi perbahasan di Parlimen pertengahan Mac lalu, lebih sebulan selepas keluar PKR, Ahli Parlimen Bayang Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli telah mendedahkan sedikit sebanyak gerak-geri Anwar termasuk rancangan 16 Sept 2008 mahu mengambil alih kerajaan pusat.
Zulkifli pula mendedahkan isu berkaitan pembunuhan wanita Mongolia. Zulkifli mendedahkan telah ditawarkan ganjaran lumayan untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu empat tahun lalu.
Ekoran pendedahan itu, Najib mengadakan pertemuan dengan kedua-dua mereka di Washington ketika lawatan ke Amerika Syarikat.
Kongres PKR dijangka membincangkan pendekatan untuk menangani masalah keluar dan lompat parti di Kota Baru hujung minggu ini.
Minggu lalu Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh memberi tempoh notis sebulan kepada mereka yang ingin keluar parti sebelum pihaknya menjalankan proses penjenamaan semula selepas Kongres Nasional Keenam.

BILA ANAK MUDA TEMBERANG TIDUR MEMANJANG

Syabas AMK yang telah bangun dan berjuang menuntut segala penjelasan dari PM 1Malaysia berkenaan isu tanah keretapi yang bakal dipindahkan dan nampaknya sekarang senang sangat PM dibawah BN tunduk kepada kemahuan pemimpin negara luar adakah mereka ini mempunyai masalah peribadi yang digunakan oleh pemimpin luar negara supaya pemimpin negara ini mengikut telunjuk mereka sayangnya pemuda kaki temberang masih tidur lena diam membisu termasuklah NGO yang entah apa-apa kononnya perihatin-my foot lebih sudu dari kuah.


Sudahlah kes Pulau batu putih pun kita dikotak katik kan,almaklumlah kita mempunyai peguam negara temberang terkenal seluruh dunia,cakap siapa tidak mengenali peguam negara kita...sebut nama je semua orang yang bermaian undang-undang pasti gelak kerana ketotokan dia cuma sekadar menjaga undang-undang rimba.

Biarkan lah pemuda temberang  tidur biarkan depa tidur sampai berkubur,kerana bagi mereka perjuangan mereka dan bangun mereka atas sifat wang semata-mata dan kepentingan peribadi sahaja yang lain tolak tepi yang pandai berlakun pun ramai macam bapak mirzan dan yang sewaktu dengannya kerana mereka ini bukan sahaja bermasalah mental tapi tak kenal diri sama ada mereka ini melayu atau pun alien.......

MASIH RAMAI YANG SUKA MENJADI SYAITAN


Kopi dan tempel je sekadar menambahkan ilmu melalui alam maya,mohon maaf kerana mengambil thread ini untuk dimuatkan dalam blog angah.


Khutbah Jumaat 21 Mei 2010

Oleh: A. Ariff

maza1

21 Mei 2010, Bukit Mertajam:- Dr Mohd Asri hari ini telah menyampaikan khutbah di Masjid Jamek Kg Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Khutbah yang menyentuh mengenai peristiwa di antara Adam dan Iblis di dalam al-Quran banyak mengajak para jemaah untuk tidak mencontohi Iblis yang ingkar, sebaliknya mengajak jemaah untuk mengikuti jejak Adam AS apabila melakukan kesalahan.

Dr Mohd Asri menjelaskan akan kenapa Iblis dicampakkan ke dalam neraka, walhal Adam juga yang membuat kesalahan dikeluarkan dari syurga, namun ditempatkan ke atas dunia. Perbezaan di antara Adam dan Iblis apabila melakukan kesalahan adalah apabila Iblis angkuh terhadap Allah dalam pengingkarannya, sedangkan Adam apabila melakukan kesilapan, baginda rendah diri dalam taubatnya seraya berdoa;

“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiayai diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi.” (al-A’raf:23)
Beliau berkata; “Sewajarnya kita mengikut perangai bapa kita, Adam, apabila kita melakukan kesalahan, iaitu kita bertaubat kepada Allah. Dan bukannya mengikuti perangai syaitan yang melawan perintah Allah Azza wa Jalla.”
Selain itu, beliau juga menyentuh tentang pengeluaran lesen judi yang dikeluarkan baru-baru ini. Beliau berkata, bahawasanya judi itu haram, tidak kira bagi yang dilesenkan mahupun tidak, bahkan semua agama menganggap bahawa judi adalah suatu benda yang memudaratkan serta tidak membawa manfaat. Lebih daripada itu, pengeluaran lesen judi mampu membawa kepada keruntuhan nilai moral serta membawa kerugian kepada masyarakat dan negara secara amnya.
Beliau berkata; “Dalam keadaan di mana gejala sosial sudah pun banyak dan berleluasa, usahlah ditambah lagi dengan perkara ini (perlesenan judi).”
Sementara itu, Dr Mohd Asri juga mengulas akan kempen melukis gambar Rasulullah SAW yang dilancarkan di Facebook baru-baru ini.
Kempen yang bertajuk ‘Everybody Draw Mohammed Day’ (Semua orang melukis sempena Hari Muhammad) yang diadakan di ruangan sosial, Facebook, pada 20 Mei 2010 bertujuan untuk menghina Nabi Muhammad SAW telah menimbulkan ketegangan di sesetengah negara yang menggesa perkara ini dihentikan.
Dr Mohd Asri ketika membicarakan bab ini berkata; “Orang Islam pasti tidak akan buat perkara seperti ini kepada agama lain kerana Islam melarang penganutnya untuk mencerca agama lain. Dan di sini kita nyatakan bantahan kita dan perbuatan ini adalah satu perbuatan yang tidak bertamadun.”

BENGGANG TAK HABIS LAGI!!!!!ADA SERUPA TAK ADA


Sultan dan Masjid: Titah atau Boneka?

Seorang pakar undang-undang yang dikenali di negara ini Abdul Aziz Bari memberikan ulasan tentang motivasi di sebalik hidupnya semula peranan Raja Melayu sebagai ketua agama Islam, peranan yang sudah sekian lama tidak dipraktikkan tetapi secara tiba-tiba muncul dalam suasana yang menimbulkan pelbagai persoalan.

Beliau menekankan bahawa walaupun secara dasarnya Sultan adalah ketua agama tetapi fungsi dan kuasa istimewa ini mestilah digunakan selaras dengan hukum-hukum Islam dan mestilah bebas daripada pengaruh kerajaan hari ini.

Beliau menerangkan, “Inilah caranya bagaimana peranan diraja, yang dibiarkan tanpa penguatkuasaan oleh perlembagaan, harus difahami. Ianya bukan hanya terletak atas kemahuan dan kehendak diraja sahaja.”
Di dalam temuramah eksklusif bersama Malaysiakini, Professor Undang-Undang dari UIA itu mempersoalkan tentang karakter peribadi dan ilmu agama yang dimiliki oleh pihak diraja yang mempunyai banyak kekurangan walaupun mereka berperanan sebagai ketua agama.
Abdul Aziz berkata, “Perkara ini sudah terlalu jelas dan telah pun menjadi pengetahuan umum.”
Walaupun begitu, apa yang lebih menjadi persoalan adalah, “Kenapa pihak diraja tiba-tiba menjadi sungguh agresif dalam hal ini?”
Persoalan sekitar keneutralan Sultan
“Di manakah Sultan Selangor ketika Khir Toyo mengeluarkan arahan yang menghalang tazkirah daripada diadakan di masjid-masjid dalam bulan Ramadan? Apakah yang dilakukan oleh Sultan ketika Khir Toyo merobohkan satu masjid di Bangi dan mengunci pula satu masjid lain di Batu Tiga beberapa tahun lepas?” dia bertanya.
Abdul Aziz juga menimbulkan semula tentang satu insiden dimana secara tiba-tiba Agong menolak cadangan untuk meletakkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai pengerusi zakat di sana.
Dia bertanya, “Sebagai ketua Agama Islam di Melaka, Sabah dan Sarawak, mengapakah Agong tidak melakukan perkara yang sama di sana? Adakah ini bermakna bahawa ketiga-tiga negeri tersebut adalah lebih baik daripada Pulau Pinang?”
Beliau mengatakan bahawa ada beberapa insiden lain yang melibatkan Sultan dan agama yang juga terjadi di Pahang dan Perak.
Professor Undang-Undang itu menambah bahawa ,“Ada beberapa perkara yang Raja Muda Perak Raja Nazrin – yang telah mengeluarkan satu peringatan dua minggu lepas mengenai kuasa penuh pemerintah Diraja ke atas urusan agama - perlu ambil perhatian.”
Abdul Aziz kemudiannya mengatakan bahawa menurut pengamatannya, insiden-insiden ’selektif’ yang menampakkan pihak diraja mara ke hadapan bertindak sebagai pejuang agama kelihatan seperti ada hubungan dengan isu-isu yang melibatkan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.
“Titah-titah diraja ini kelihatan seperti digerakkan oleh golongan yang rapat dengan UMNO terutamanya dalam isu-isu yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang,” Abdul Aziz menyatakan pengamatannya.
Walaubagaimanapun, sama ada ianya berlaku di Perak, Selangor, Pulau Pinang atau Perlis, pakar undang-undang itu berpendapat bahawa segala yang berlaku menyebelahi UMNO. Beliau juga menambah, “Pemerintah-pemerintah diraja kelihatan seperti mengatur arah hidup mereka selari bersama UMNO.”
“Ke manakah perginya kenyataan yang di buat oleh Raja Nazrin dan ayahandanya yang menegaskan bahawa kedudukan pemerintah diraja berada lebih tinggi daripada politik kepartian?” beliau bertanya.
Beliau menambah, “Hal ini menjadi lebih ketara di Pahang di mana Sultan dengan jelasnya menyatakan, Sokonglah BN!”
Sebagaimana yang pernah dilaporkan oleh Bernama pada tahun lepas, Sultan Pahang menggesa rakyat supaya terus menyokong BN untuk memastikan pembangunan akan berterusan di negeri itu.
“Apa yang mereka sedang lakukan adalah bertentangan dengan konsep raja berperlembagaan dan sistem berparlimen. Tanpa ragu-ragu lagi, pemerintah-pemerintah diraja itu sedang menekan butang pemusnah diri mereka sendiri.”
“Seperti yang berlaku pada tahun 1992 ketika kecuaian fatal Sultan Johor akhirnya menyebabkan hak-hak istimewa diraja ditarik balik oleh Parlimen,” Abdul Aziz berkata lagi.
Bukan hasutan
Walaupun beliau faham bahawa parti melayu itu akan menidakkan dan mempersoalkan apa jua usaha untuk menilai perkara ini, beliau berkata, “Secara prinsipalnya, dalam undang-undang, perkhidmatan awam dan kuasa awam adalah tertakluk kepada pemerhatian awam.”
“Penggunaan kuasa mereka mestilah telus,” kata Abdul Aziz. Beliau juga menambah bahawa setakat ini, fungsi pemerintah diraja sebagai ketua agama masih lagi tidak kelihatan.
Oleh kerana itu, beliau percaya bahawa isu ini mestilah diamati dan difahami oleh masyarakat umum.
“Tdak ada unsur hasutan dalam hal ini, perkara ini melibatkan orang-orang Islam yang merupakan majoriti di negara ini.
Mereka ada hak untuk tahu. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjelaskan isu-isu ini kepada mereka dengan menghubungkannya kepada peraturan dan peranan yang termaktub dalam perlembagaan,
Beliau mengakhiri bicaranya dengan berkata, “Kerana secara dasarnya, negara kita adalah negara raja berperlembagaan.”
Sumber: Malaysiakin