Angah sebenarnya suka membaca dan memerhati apa yang berlaku disekeliling dan satu yang angah nampak berkenaan isu besar yang terjadi bila mana kes polis menembak mati pelajar yang didakwa oleh pihak polis dengan bermacam-macam andaian serta tuduhan malah bila ada bukti dari saksi maka segala perancangan yang terdesak telah menampakkan satu penipuan terancang malah kes ini menjadi punca bila rakyat bertanya sekiranya dalam sesuatu kes apakah polis sering bertindak begini untuk menghalalkan cara mereka bertindak dan yang bagusnya bila komen dari ketua polis negara menampakkan bahawa itulah sikap mereka yang sebenar,mempunyai kuasa bukan bererti kuasa untuk menekan rakyat malah kuasa yang diamanahkan seharusnya dimanafaatkan kepada seluruh rakyat dimana jua mereka berada dan tiada pilih kasih dalam menjalankan kewajipan dan bila keegoan meninggi malah disalah gunakan maka inilah yang telah dapat kita lihat.
Sepatutnya kes seperti ini sudah dapat diselesaikan dengan mudah jika pihak polis dengan rasa rendah diri meminta maaf diatas kejadian dan akan menyiasat tanpa melindungi sesiapa juga dan apa pun pangkat mereka,malah jika ini berlaku rakyat pasti akan menerima serta menunggu tindakan susulan malah pihak polis seharusnya dengan berkhemah dan telus dalam menangani perkara supaya pandangan rakyat tidak akan menganggap polis di Malaysia sering dilembukan dan disalah gunakan oleh puak-puak yang merasakan bahawa Malaysia ini layak dipimpin oleh kerajaan yang sedia ada.Setiap manusia akan ada karma mereka,bila karma kita datang baru lah kita mula terfikir apa kah ini balasan dari perbuatan kita dahulu,itu pun kalau kita sedar sekiranya mata dan hati menjadi buta adakah karma ini akan nampak?Bagaiman perasaan keluarga,rakan dan semua yang mengenali si mangsa apakah kita boleh mengubah persepsi yang telah terjadi,bukan senan mengubah pandangan orang bila rakyat pun sekarang mempertikaikan pihak polis umpama lembu ditarik hidung oleh puak gila kuasa.
Bila perkara senang menjadi susah dan kini telah dihangatkan oleh pejuang-pejuang rakyat yang memang mengutamakan keadilan untuk semua malah memang akan menjadi isu politik bila mereka mewakili parti masing-masing menyuarakan bantahan serta teguran dan mahu pihak polis bertanggungjawab sepenuhnya kerana mereka tidak mahu kes seperti ini berulang dan sekiranya pada mula kejadian ini berlaku pihak polis tidak cuba mengubah cerita atau cuba menutup perkara yang benar dan memohon maaf diatas apa yang terjadi nescaya ia tidak akan menjadi isu yang besar dan diperkatakan oleh ramai rakyat.....apa yang rakyat nampak dan akan mempertikaikan kemudian hari bila satu penipuan terjadi maka 10 lagi penipuan akan dilakukan semata-mata untuk menutup 1 penipuan itu tadi dan bila sekali berlaku ia pasti akan ada jangkitannya malah ini yang yang sedang pihak polis hadapi,ingat lah amnah walaupun sekecil zarah bila kita tak menjaga dan melakukan nya dengan betul dan bila rakyat yang diindas tidak memaafkan dunia akhirat maka apa yang kita lakukan didunia akan kita pikul disana nanti........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan