Sabtu, 29 Mei 2010

PROJEK MASUK POKET KRONI DAN SENDIRI ADALAH



Lebih Banyak Projek Rakyat Boleh Dilaksana Melalui Pengurangan Subsidi: Shafie
SEMPORNA, 28 Mei (Bernama) -- Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal berkata lebih banyak projek rakyat boleh dilaksanakan jika penjimatan perbelanjaan kerajaan dapat dilakukan menerusi pengurangan subsidi.

Beliau berkata Malaysia pada hari ini merupakan antara negara paling banyak berbelanja untuk subsidi dengan hampir separuh daripada perbelanjaan negara adalah untuk tujuan itu.

"Banyak bidang pembangunan dalam negara kita yang perlu dipertingkatkan seperti bidang pendidikan yang masih memerlukan banyak kemudahan seperti pembinaan bangunan sekolah.

"Sekiranya langkah pengurangan subsidi ini dapat disusun atur dengan baik, maka penjimatan-penjimatan itu dapat dimanfaat sepenuhnya untuk tujuan lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek bekalan air bersih luar bandar di Kampung Tarusan Tengah, Pulau Bum-Bum, di sini.

Beliau yakin jika pengurangan itu dilakukan secara berperingkat dan teratur ianya tidak akan menjejaskan bantuan kerajaan kepada golongan yang memerlukan.

Mengenai penubuhan Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah kementeriannya baru-baru ini, Shafie berkata unit itu bertujuan memantau secara dekat pelaksanaan projek-projek di bawah NKRA.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan