Ahad, 30 Mei 2010

DIKTATOR SAMY KASI PECATLAH SEMUA ORANG NI.....ADA BERANI KAA?

Samy lu apa pasal tak mahu dengar cakap Mahathir,dia sudah kata kalau orang sudah tak suka baiklah lu keluar parti cepat-cepat sekurang-kurangnya lu dan keluarga nanti boleh selamat sekarang lu sudah bikin taik sama lu punya parti sendiri jadi lu kenalah tanggung semuanya.....ini baru 1st show lu tunggu lah adengan yang lebih besar nanti.........


Pada jam 5.00 petang Ahad...dianggarkan antara 4,500 ke 5,000 orang berada dalam dewan Pusat Konvensyen The Mines,Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur dimana himpunan Gerakan Anti Samy Vellu berlangsung.Asalnya penganjur GAS anggar 15,000 orang hadir.

Pengajurnya,bekas Timbalan ketua Pemuda MIC V Mugilan mendakwa beberapa buah bas yang membawa penyokong GAS dari Pulau Pinang,Kedah,Pahang dan Johor telah disekat pihak tertentu.

Walaupun jumlah kehadiran kurang dari yang dijangka namun ia berlangsung dalam suasana hangat termasuk seorang yang geram memukul gambar Presiden MIC dengan penyapu.Himpunan yang bermula jam 3 petang itu berakhir jam 5.30 petang.

Malaysiakini melaporkan: 
4.25pm: Jumlah hadirin setakat ini meningkat kepada 5,000.

3.33pm: Jumlah hadiri kini meningkatkan kepada kira-kira 4,000.

3.18pm: Govindarajoo kemudianya bercakap kepada pihak media selepas menyampaikan ucapanya itu.

Katanya, dalam ucapan tersebut, beliau memohon maaf kepada masyarakat India keana membawa Samy Vellu menyertai MIC.

Beliau juga mendakwa mempunyai bukti yang menunjukkan bagaimana Samy Vellu mengkhianati masyarakat dan negara.

gas mines rally 300510 v govindaraju"(Dia melakukan ini) bukan sahaja kepada MIC, tetapi juga MCA serta Umno."

Menurutnya, beliau merupakan orang yang memperkenalkan Samy Vellu kepada MIC, dan kini mahu beliau meletak jawatan.

Govindrajaoo juga menyalahkan Samy Vellu kerana bersikap angkuh dan enggan meletak jawatan selepas kalah dalam pilihan raya umum lalu.

"Kegagalan terbesarnya ialah kalah di (parlimen) Sungai Siput," tambahnya.

3.07pm: Pemimpin veteran MIC, V Govindarajoo menyampaikan ucapan pembukaan di perhimpunan Gerakan Anti-Samy Vellu.

3.00pm: Jumlah hadirin kini meningkat kepada kira-kira 3,500 orang. Ia bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu parti MIC.

gas mines rally 300510 crowd2:50pm: Antara pemimpin yang hadir termasuk bekas timbalan ketua Pemuda MIC Mugilan V dan bekas ahli jawatankuasa pusat, G Kumar, serta pemimpin veteran V Govindaraju.

Govindaraju (kiri, tengah) dikatakan pernah menjadi sekutu kuat Samy Vellu dan membantu Samy Vellu menang kali pertama bertanding jawatan presiden.

Sekitar 1,500 orang sudah mula berkumpul di dalam Pusat Konvensyen dan Pamerah Antarabangsa Mines untuk menyertai perhimpunan gerakan anti-presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Sebelum itu, bekas ahli jawatankuasa pusat MIC bekerja KP Samy tiba pada jam 2.17 petang dan meminta mereka yang hadir untuk mengambil tempat. -Malaysakini
Utusan melaporkan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan