Rabu, 26 Mei 2010

BAWA-BAWA LAH TUKAR ORANG KAT ATAS TU......

Terbaca satu keratan akhbar melalui alam maya dalam bernama yang mengatakan bahawa sipulan-sipulan masih mau Presiden FAM dikekalkan jawatan malah mereka mahu presiden disambungkan tugas untuk 4 tahun lagi mulai tahun 2010-2014 dan rasanya sudah lama presiden ini menjadi presiden tanpa ada orang berpeluang menggantikan beliau malah semakin lama menjadi presiden semakin ketara kediktotoran melanda badan sukan bolasepak negara.....tukar lah sejak zaman reformasi politik negara sampai la ni zaman kejatuhan bolasepak tak naik-naik malah dilihat semakin teruk dan yang kita boleh nampak sesiapa dalam gabungan FAM yang mengkritik badan tu pasti akan dapat balasan.


Pengalaman peribadi angah semasa menjadi ahli gabungan KLFA semasa arwah Megat Junid menjadi presiden dan pernah menghadiri mesyuarat KLFA arwah pernah berkata bahawa dalam badan yang besar tu mempunyai masalah dan masalah yang beliau katakan itu nampaknya semakin parah sehingga hari ini.......sampai bila lah agaknya rakyat akan bebas memilih orang yang sepatutnya menjaga sukan negara bukan mereka yang disokong melalui gelaran maupun pangkat yang penuh muslihat untuk menaikan orang tertentu....bila sukan pun dah berRASUAH maka tiadalah keberkatan dan kalau dahulu kita bermegah dengan kekuatan pasukan bolasepak kita sekarang kita juga bermegah kerana presiden FAM bukan calang-calang orang......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan