Potongan Subsidi Penting Untuk Penjagaan Kesihatan Lebih Baik - Tiong Lai
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Cadangan Makmal Rasionalisasi Subsidi (SRL) untuk meningkatkan caj rawatan pesakit luar di klinik dan hospital kerajaan kepada RM3 dari RM1 adalah penting bagi meningkatkan kualiti kemudahan penjagaan kesihatan di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
"Kita sedang merangka pembaharuan menyeluruh penjagaan kesihatan di dalam negara dan kita mahu meningkatkan lagi sistem penyampaian kita kerana masih banyak kesesakan berlaku di klinik dan hospital kerajaan.
"Kerajaan akan terus menyediakan peruntukan besar untuk penjagaan kesihatan dan pada masa yang sama kita mahu meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan kita, jadi kita memerlukan lebih banyak subsidi (melalui potongan subsidi)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perayaan Hari Wesak di bangunan Persatuan Buddha Malaysia (bahagian Kuala Lumpur dan Selangor) di Jalan Klang Lama di sini.
SRL turut mencadangkan bahawa kos rawatan bagi pesakit dalaman digantikan kepada RM160 untuk wad kelas pertama, RM40 (kelas kedua) dan RM6 (kelas ketiga).
Bagi isi rumah yang berpendapatan bawah RM2,160 atau dikategori di bawah Akta Yuran akan masih boleh menikmati pengecualian yuran.
Ia turut mencadangkan bahawa mulai 2013, pesakit membayar seperatus daripada kos pesakit dalaman berbanding kadar semasa dan mulai 2015, pesakit juga perlu membayar seperatus daripada rawatan pesakit luar dan perubatan.
Liow juga berkata Kabinet telah mengarahkan kementerian tersebut untuk membuat kajian lebih mendalam berhubung kesan pengharaman penjualan rokok 14 batang.
"Pengecualian daripada pengharaman akan berjalan sehingga satu tarikh diperolehi tetapi Kementerian Kesihatan telah mencadangkan ia dilakukan secepat mungkin. "Kabinet merasakan kita perlu membuat kajian lanjut tentang kesan yang akan timbul hasil daripada pengharaman tersebut.
"Kita akan membuat kajian yang mana kemudiannya Kabinet akan membuat pengumuman yang perlu tentangnya," kata Liow.
Larangan jualan rokok 14 batang merupakan sebahagian inisiatif kerajaan untuk mengehadkan jualan rokok kepada umum terutama di kalangan remaja.
Pengharaman jualan rokok tujuh batang telah dilakukan sebelum ini. -- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan