Angah sekadar mau mengambil sebahagian cerita yang angah baca dalam blog ini http://ureka.asia/2010/05/berkatalah-anak-aku-siri-3/ dan adakah ini mungkin terjadi pada kita sekiranya sempat kita melaluinya...
.“Dia tanya siapa yang nak hantar ayah dan ibu dia ke Rumah Orang Tua?”
“Jadi Along jawab apa?”
“Bukan Along saja, semua satu kelas jawab tak mahu!”
“Jadi apa masalahnya?”, tanya aku ingin tahu.
“Cikgu Math ni kata dia hantar ayah dia ke Rumah Orang Tua!”
“Apalah Cikgu Math Along tu! Tak kenang ayah dia langsung!,” runggut ibunya.
“Ada Cikgu Math tu cakap kenapa dia buat macamana tu?”, tanya aku lagi ingin tahu.
“Dia tanya kami pula mengapa ayah dan ibu hantar adik dan baby ke Rumah Pengasuh? Kami jawab sebab tak ada orang gaji! Dia tanya lagi kalau ada orang gaji mengapa ada yang hantar ke Baby Sitter ataupun Tabika?”
“Kemudian apa ceritanya lagi?”, menarik juga pandangan Cikgu Math ini.
“Dia kata ayah dan ibu kita hantar adik dan baby kita ke Baby Sitter ataupun Tabika sebab ayah dan ibu kita sangat sayangkan kita dan pada masa yang sama adik dan baby kita akan dijaga dengan baik serta boleh belajar. Sebab itulah Cikgu Math ini hantar ayah dia ke Rumah Orang Tua. Dia hantar pagi dan petang dia ambik balik. Ayah dia lebih selamat di Rumah Orang Tua malah lagi seronok kerana dapat berkawan dan beribadat dengan kawan-kawan sebaya dengannya.”
“Betulle cakap Cikgu Math itu. Ayahpun seronok juga kalau duduk dengan kawan-kawan bila tua nanti. Tahlah hari-hari kena marah dengan ibu saja! Jadi apa yang Along runsingkan?”, tanya aku.
“Minggu lepas Ustaz sekolah Along pula kata sesiapa yang hantar ibu dan ayah mereka ke Rumah Tua akan jadi si Tanggang!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan