Ahad, 23 Mei 2010

KOKAK SANGAT KE LULUSAN SPM

Hari ini PM 1 Malaysia mengatakan seramai 77% tenaga kerja adalah dari lulusan SPM atau yang setaraf dengannya malah katanya lagi sekiranya ini kekal berlaku negara akan sukar mencapai aspirasi menuju negara maju 2020....kenyataan ini bagi angah umpama menghiris perasaan ramai rakyat diluar sana yang selama ini dapat hidup dan berkerja dengan menggunakan sijil SPM sahaja malah 77% itulah yang telah menyumbang dana negara dengan membayar cukai dan sebagainya,yang hidup penuh onak duri mencari rezeki demi keluarga sehingga ada keluarga yang tunggang langgang disebabkan kesibukan siayah dan si ibu berkerja siang dan malam.


Apakah PM 1 Malaysia ini lupa bahawa sekurang-kurangnya rakyat yang menggunakan sijil SPM ini adalah rakyat yang jujur dalam permohonan kerja dari mereka yang ramai membeli ijazah palsu semata-mata untuk menutup kebodohan mereka dan penipuan dalam status pencapaian mereka dan rasanya kisah kebenaran ini semakin menjadi-jadi bila ramai yang telah dibongkar oleh media baru alam maya yang dipercayai sekarang berlumba-lumba menjadi orang tertentu dalam pengajian tinggi awam maupun swasta malah yang menjadi menteri dan ahli parlimen juga tidak tertinggal melakukan nya....jika dah bodoh setinggi man pun ijazah tu tetap menampakkan kebodohannya juga malah hidup sering dihantui penipuan malah diri sendiri pun sanggup dipaksa menanggung penipuan seumur hidup.


Apakah PM 1 Malaysia ini sedar bahawa sekarang ramai penggangur yang berkelulusan tinggi kerana jawatan untuk kategori mereka tiada malah mereka sanggup menggunakan sijil SPM mereka semata-mata untuk dapat bekerja sementara menunggu jawatan yang boleh mereka isi dalam kelulusan mereka tapi hakikat nya penungguan mereka seperti menunggu buah yang tidak akan gugur,apakah kera  jaan yang sedia ada sekarang sedar atau buat-buat tidak sedar dan melepaskan masalah ini kepada rakyat sendiri untuk mereka dapat meneruskan hidup....jangan lah bila sudah berjawatan PM maka dia ingat segalanya sudah sempurna bagi dirinya dan keluarga kerana yang pasti orang yang tiada sijil langsung yang hidup bawah tempurung yang menerima bulat-bulat cerita samaada ia betul atau pun tidak lah yang menyelamatkan dia dan partinya dari karam cepat...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan