Rabu, 30 September 2009

UMNO BELI PARTI GANTI MIC

Berita yang angah baca dari blog greenboc mengatakan bahawa PM Najib memberikan bantuan kewangan sebanyak rm30 juta yang telah dijanjikan melalui tabung BN untuk menyokong tertubuhnya Makkal Sakthi untuk menggantikan parti bangsa india iaitu MIC yang kini dilanda badai taufan yang akan menghancurkan pertubuhan parti MIC sedikit masa lagi.Menurut kata M.Murugan salah seorang aktivitis Hindraf yang rapat dengan sumber pimpinan tertinggi mengatakan kini sejumlah wang sebanyak rm7 juta telah didahulukan semasa pilihan raya kecil Bukit Selambau 7 april lalu.Inilah umno dengan wang cuba membodohkan rakyat terutama pemimpin yang buta mata hati bila digelapkan dengan wang sedemikian banyak untuk membeli satu-satu parti demi kepentingan mereka.

Apakah ahli-ahli gabungan BN yang lain akan juga merasakan bahawa sebenarnya pemimpin mereka telah dibeli dan ahli-ahli bawahan diperbodoh-bodohkan dan digula-gulakan?mungkin pertanyaan serta kesedaran ini tidak sampai lagi kepada ahli-ahli lain tapi bagi pemimpin Makkal Sakthi inilah masanya untuk mereka bernaung bersama BN agar mereka juga boleh dilantik menjadi pemimpin negara dan lupa pada perjuangan ahli,kalau beginilah etika nya pimpinan parti yang bakal mengantikan MIC maka serupalah perangai dan sikap mereka.

Memang dasar BN semuanya boleh dibeli,pangkat serta kuasa yang mereka kecapi selama ini adalah dibeli dengan menlembukan mereka -mereka yang bermasalah untuk menjadi kuda trojan menyalahgunakan kuasa mereka bila mereka-mereka ini menjadi ketua satu-satu badan kerajaan dan itu lah yang kita nampak sekarang bila mana "RASUAH"menjadi kawan serta mainan pegawai serta pimpinan ahli politik,BN boleh bermegah dengan menjadi kerajaan selama 50 tahun lebih tapi harus mereka ingat bahawa sebenarnya rakyat telah sedar selama ini BN berkuasa melalui "RASUAH" bukan melalui mandat rakyat.

UGUT MENGUGUT DALAM UMNO

Nampaknya setiap perbuatan jahat umno telah memakan dirinya sendiri bila mana dalam pemilihan calon di Bagan Pinang umno di Teluk Kemang telah mengugut akan memboikot PRK disana sekiranya calon pilihan mereka iaitu Isa Samad tidak terpilih,apa pun angah merasakan sekiranya umno Teluk Kemang boleh melakukan tindakan begini janganlah kita terperanjat sekiranya umno kawasan lain juga turut melakukan perkara yang sama.

Mungkin kita masih mengingati akan berita maupun cerita dalam internet bila mana PM sekarang iaitu Najib dihebohkan dengan berbagai cerita berkenaan kisahnya dengan salah seorang artis perempuan yang terkenal kononnya telah ditangkap berdua bersama-sama,bagi angah sejauh mana pun betul atau dustanya cerita itu lambat laun pasti akan diketahui juga,mungkin tekanan dengan peristiwa ini maka bermula lah perang saraf ugut mengugut sekiranya kehendak sebahagian yang menyokong Isa Samad tidak di turuti maka akan berlakulah "PECAH TEMBELANG" maka terpaksalah juga dituruti.

Kita tengok lah apa yang akan terjadi,30 tahun beliau diberi kesempatan tapi di sia-siakan,malah khabarnya semasa menjadi MB pembangunan sukar dilihat terutama di Port Dickson malah ditempat-tempat lain juga agak mudur dan kebelakangan,PAS perlu berkerja kuat dan inilah masanya PR perlu tunjukkan kepada rakyat bahawa PR benar-benar berjuang untuk keadilan untuk semua orang,bukan berjuang untuk pangkat serta kroni akan datang dan berebut kuasa nak menjadi ketua,Bagan Pinang tempat umno sekiranya di tempat sendiri mereka kalah sudah masanya mereka berubah minda dan belajar menjadi pembangkang pula,insyaallah.

Selasa, 29 September 2009

JIWA UMNO DALAM PAS DAN PKR

Selepas trajedi kepecatan Anwar dari BN maka ramailah manusia melayu mula berhijrah dari umno ke dalam parti-parti pembangkang selepas itu dan bermula lah dari detik itu kejatuhan umno malah banyaklah rahsia terbongkar satu demi satu dibongkar oleh mereka yang pada masa itu yang dipanggil zaman reformasi,malah pada masa itu kita nampak juga lah mereka-mereka yng selama itu menyokong UMNOBN telah berubah secara drastik malah kononnya cuba menjadi idola serta hero baru dalam negara dengan menyertai pembangkang,perhh sana sini ceramah dijalankan semata-mata nak menujukkan sipulan sipulan telah berhijrah dari UMNOBN ke pembangkang dan pada masa itu lah juga parti KEADILAN dibentuk,tapi sebelum iu ramailah yang berhijrah ke dalam parti PAS dan bagi penyokong Anwar parti KEADILAN menjadi wadah perjuangan baru untuk menonjolkan diri menjadi pemimpin baru.

Bagi mereka yang bercita-cita menjadi pemimpin maka inilah masa serta peluang untuk mereka menonjolkan diri kononnya perubahan ini adalah disebabkan telah lama ditipu serta dipermainkan oleh UMNOBN disamping berjuang untuk membebaskan Anwar dari belengu penjara yang dicanangkan oleh PM pada masa itu digelar MAHAFIRAUN.Berduyun-duyun lah rakyat dari semua profesional tak kira taraf kehidupan masuk menjadi ahli parti PAS dan PKR,ahli UMNO yang merasakan mereka selama ini ditipu mula lah berhijrah baik yang memegang jawatan tinggi dalam cawangan maupun bahagian mula lah bercongkak dengan harapan akan dipilih menjadi pemimpin satu hari nanti dan bermula lah era akar umno meresap dalam parti-parti ini sehinggalah sekarang dan sekarang banyak lah yang kita telah dilihatkan bila mana jiwa yang biasanya hidup dengan kemewahan wang menjadi gelap matanya bila wang menjadi mainan hidup.

Inilah yang telah terjadi bila wang serta kuasa menjadi perjuangan mereka-mereka ini malah segala impian serta sumpah janji parti menjadi mainan dimulut sahaja sehinggakan lupa pada amanah yang diberikan,malah ia akan menjadi barah sedikit demi sedikit jika ia tidak ditangani dengan baik,malah kemungkinan ia akan lebih parah dari umno yang telah parah dan hampir musnah sekarang,angah merasakan ramai pemimpin yang merasakan kedudukan mereka yang dipilih menjadi pemimpin sekarang telah selamat dan mereka merasakan keselesaan sehinggakan segala rungutan serta pandangan ahli bawahan tidak diambil peduli,malah bagi mereka semua ini bisa digula-gulakan semasa kedatangan pemilihan baru dan barulah muka serta kerja mereka dinampakkan untuk menarik perhatian perwakilan,bagi angah parti apa pun ia tidak bersalah tapi jiwa-jiwa yang menjadi ahli serta perlaksanaan yang dijalankan oleh pemimpin tertentu yang TAMAK BERKUASA lah yang menjahanamkan parti tersebut.Jiwa-jiwa beginilah yang sepatutnya kita kuburkan awal-awal supaya ia tidak menjadi nanah dan barah. . . . .pemimpin perlukan ahli-ahli bawahan untuk menjadi pemimpin tapi bila ahli bawahan mahukan perubahan mengapa diperbodoh-bodohkan dan dipandang sepi??????

MAHA&RAJAKATAK!JANGANKAN ORANG KUBUR PUN TAK NAK

2 Ekor makhluk ni dah lebih binatang dari binatang,mengingatkan kezaliman semasa pemerintahannya serta keburukan perangainya yang TAMAK merasakan beliau sahaja yang boleh memerintah dan boleh membangunkan negara mengunakan wang rakyat disamping menafikan pembangunan serta wang royalti pada kerajaan negeri pimpinan pembangkang bagaikan lupa bahawa rakyat telah dan benar-benar membenci sikap pemimpin begini malah kubur pun tak nak terima manusia munafik begini.1 orang yang telah menjadi pemimpin tertinggi dan 1 orang lagi bertekad mahukan kembali kepada umno serta menjadi pimpinan kerajaan maka inilah yang kita nampak sehingga lupa siapa sebenarnya yang memberikan mereka kuasa serta jawatan,inilah satu contoh bila mana pintu hati telah ditutup,yang dah pencen bawa-bawa lah beringat yang kau tu lah punca rakyat negara ini sengsara,yang tak sedar diri lagi sorang tu beringatlah PRU13 tak lama lagi akan tiba jadi tunjukkan lah PERKASA mu itu.


Hari ini angah ada terbaca yang MAHA gila ni mempertikaikan TGNA kononnya gagal membangunkan Kelantan,angah nak bagi tau dan tanya satu soalan lepas umnongok kalah dalam pilihan raya di Kelantan berapa banyak hutang kerajaan umnongak tinggalkan untuk kerajaan PAS pimpinan TGNA?BANGANG ke kau ni mahathir?22 tahun lu jadi PM tapi lihat apa yang kau dapat buat untuk rakyat selain tinggalkan lubang besar hutang bertimbun-timbun,kroni bermaharajela sana sini habis rakyat diperah keringat,nilai wang menjadi susut ,mahkamah bawah tapak kaki pemimpin UMNO,polis menjadi lembu ,badan-badan berkanun sudah menjadi tempat lanun cari makan dan banyak lagi tak kan itu semua kau dah lupa ke?kalau tak nyanyok memang kau ni jenis buta hati . . . . . .inilah kelebihan mahathir.Hari ni si mamat ni juga mempromosikan si brahim raja katak,betul lah apa yang angah sangka kan tempoh hari dalam N3 angah lepas pasti brahim katak ni maukan sokongan si mamat ni untuk kembali kepada umno setelah dirinya dipecat oleh bekas presiden ini juga dahulu,bagus,bagus,bagus.


Perancangan ALLAH lebih baik dari perancangan manusia,maka terkumpullah kembali semua pemimpin yang betul-betul dibenci oleh rakyat kedalam umno,sehingga mahathir ni lupa yang dia lah bapa segala rasuah dan haram jadah,wah marah betul angah ni. . . . . . memang pun! itu hak kita untuk bersuara, siapa mereka bila diberi kuasa untuk menjadi pemimpin tapi tidak beramanah malah menipu sepanjang pemerintahannya malah masih cuba menjadi hero bila sudah menjadi bekas PM melalui pintu belakang,ini lah karma nya bila memfitnah orang terutama Anwar yang banyak membantunya dahulu tapi sekarang Allah telah tunjukkan siapa sebenarnya "meliwat",yang si raja katak ni kita tak payahlah nak layan-layan dia sangat,biarlah dia hidup dengan dunia kekatakkannya kerana 2 mangkuk ni bukan sahaja orang tak suka tapi kubur pun tak nak. . . . . . . .

Ahad, 27 September 2009

Apabila Memilih Pemimpin tidak Berjiwa Islam dan Bertaqwa

N3 ni angah kopi dan tempe dari dalam email angah yang dihantar oleh seseorang melalui surau kampung untuk dikongsi bersama-sama teman blogger lain,apa pun pandangan seseorang itu sebenarnya keluar dari diri masing-masing. . . . . . . .

*B*ila pemimipin tidak bertaqwa, maka hatinya akan dikerumini oleh nafsu
nafsu jahat.Antaranya ego, sombong, takabur,riak, ujub, menzalimi,
berdiskriminasi, pilih kasih, gila kuasa, tidak adil,berburuk sangka,
berhasad dengki, terutama sesama pemimipin, menggunakan kuasa dan kedudukan
untuk kepentingan dunia semata mata, menghukum sesuka hati, takut dengan
rakyat sendiri, bersifat pemarah dan bermewah mewah.

Sukar sekali untuk kita cari seorang menteri atau wakil rakyat yang suka
merendah diri dan merasa dirinya setaraf dengan orang lain, tidak berbangga
dengan kuasa, tidak rasa dirinya istimewa, berlaku adil dan lemah lembut,
berbaik sangka, berkasih sayang sesama pemimipin, mengunakan kuasa untuk
kepentingan Islam dan kehidupan Akhirat, berhati hati ketika menghukum, suka
memaaf dan hidup ala kadar, iaitu sekadar keperluan.

Bila hati pemimpin dan sikapnya sudah rosak, kotor dan jahat sekali, maka
tentu pimipinannya berjalan dengan bentuk dan arah yang sama yaitu kearah
kerosakan, kekotoran dan kejahatan, samada mereka sedar atau tidak, mahu
atau tidak mahu.Memimpin bukan untuk menyelamatkan umat tapi kerana
mempertahankan kuasa.Buat kebaikan bukan secara rela tapi terpaksa, sebab
takut dihukum atau dikata nista oleh rakyat.Berlaku zalim, kejam, bermewah
mewah,berpoya poya dengan maksiat mungkar.Kalau ada pun pemimpin yang baik,
tapi kalau bukan atas dasar Islam dan taqwa, nescaya dia akan mencari
kepentingan diri dan tidak tahan di uji. Dan ini akan membawa kepada 1001
masaalah kepada dirinya dan kepada rakyat.Sebagai contoh, lihatlah di
Malaysia hari ini.Pemimpin yang tidak bertaqwa telah menjadikan Rakyat
Malaysia berpecah belah, bergaduh dan bersengit hati sesama sendiri.Bahkan
di kalangan ,mereka pun sama, berdendam berdengki.

Apa alasan dan penyelesaian pada semua ini? Sebab ekonomi kurang?, sebab
kebodohan rakyat?, sebab kemajuan tidak seberapa? Sebab ilmu tidak ada?
Sebenarnya semua itu di sebabkan manusia manusia tidak bertaqwa.Yang mana
kalau masyarakat kita BERTAQWA, nescaya Allah lepaskan kita dari sebarang
kesulitan dan masaalah, dan menjadikan Negara kita Negara yang aman, makmur
dan mendapat keampunan Allah SWT.


Salaam & Regards
*Amri el Wahab*
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

*Mutiara Kata*:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita
dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.
Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita,
hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.

Sabtu, 26 September 2009

NAJIB,MAHATHIR BERGABUNG

Nampaknya slogan 1 Malaysia memakan diri sendiri,Najib bila menjadi PM menggantikan Paklah nampaknya cuba berusaha untuk menarik balik sokongan terhadap BN malah menjadikan nya seorang pemimpin pilihan rakyat malah slogan 1 Malaysia yang diambil dari citarasa parti pembangkang menjadi slogan menggantikan Islam Hadhari yang kini telah lari entah kemana bagikan menuang air didaun keladi disambut dingin oleh rakyat kerana sikap tak bertamadun dengan kerja jahat merampas Perak menggunakan mahkamah serta lembu-lembu ditarik hidungnya yang diberi jawatan hakim.


Bertimbalankan Muhyiddin Yasin bagaikan karma yang menimpa dirinya bila masa Paklah menjadi PM begitulah timbalannya berkerja dan pada masa tu timbalannya adalah beliau sendiri dan kini setelah 7 prk semuanya selepas beliau menjadi PM semuanya berpihak kepada PR,malah keegoan BN tercalar berat sehinggalah ada usaha membawa balik Mahathir ke pada umno,malah kebelakangan ini suara Mahathir telah mengalahkan suara PM sedia ada,dan satu pertubuhan yang sepatutnya menjadi parti politik iaitu Perkasa mencalonkan agar Mahathir dijadikan penasihat kerajaan serta penasihat bagi umno,inilah dunia politik bila mana presiden perkasa ini menggunakan platform PAS bertanding di Parlimen yang kononnya ramai ahli UMNO menyokongnya cuba menjadi juara supaya umno boleh mengambilnya semula setelah dibuang oleh Mahathir semasa beliau menjadi presiden umno dulu.


Zaman Paklah dia tidak mengharapkan bekas PM menjadi penasihat tapi dia menggunakan anak serta menantunya menjadi pemikir serta membalun dan menjahanamkan negara yang telah sedia jahanam dari peninggilan era Mahathir,kini bila Najib berkuasa nampaknya ia seakan-akan mempercepatkan kejatuhan BN serta umno,malah sekiranya ia menjadikan mentornya sebagai penasihat umno serta BN maka dapatlah kita akan melihat karma yang bakal malah telah pun terjadi,mungkin terlalu awal untuk angah mengatakan inilah pengakhirannya satu perjuangan oleh mereka yang menipu rakyat tapi menafikan penipuannya selama ini dengan menuduh orang lain jahat tapi mereka yang merompak serta membinasakan negara adalah orang yang bertanggungjawab.Bergabunglah Najib dengan Maha atau sesiapapun yang pasti rakyat sudah bertekad untuk berubah dan berhijrah malah kebencian akan bertambah-tambah sekiranya tiada perubahan drastik cukuplah 50 tahun lebih rakyat diperbodoh-bodohkan. . . . . . . atau pun masih lagi nak perbododhkan rakyat lagi?????????

PERKASANYA IBRAHIM ALI

Inilah manusia yang bertuankan Syaitan,dia lupa bila merangkak memohon kepada TGNA untuk membolehkan dia bertanding di Parlimen Pasir Mas menggunakan parti PAS secara tidak langsung menutup peluang pemimpin PAS setempat bertanding Parlimen situ,malah hari ini bila mana TGNA telah mengeluarkan komen terhadap beliau yang mengatakan telah lama dia diminta meletakkan jawatan ahli Parlimen Pasir Mas dia semakin menunjukkan perkasanya sebagai presiden perkasa dengan mencabar agar satu pilihan raya kecil adun dilakukan untuk mengetahui siapa dia sebenarnya,malah katanya yang penuh angkuh umpama bodoh sombong mengatakan kemenangannya di Parlimen sekarang adalah sokongan dari ahli BN yang menyokongnya,orang bodoh pun kalau diberitahu cerita ini pasti akan bertanya kalau dia sememangnya hebat serta perkasa mengapa meminta menjadi calon PAS untuk bertanding dalam PRU12?


Apalah malangnya ahli perkasa yang dibodoh-bodohkan oleh Ibrahim Ali ini yang berangan-angan untuk menjadi menteri malah kalau boleh jawatan PM pun mahu diidamkannya,menjadikan Mahathir sebagai idola perjuangannya maka dari dahulu sikap Ibrahin Ali ini sering menagungkan Mahathir walaupun manusia bekas PM ini sebenarnya adalah punca kehancuran bangsa melayu,malah kutty ini dipuja oleh presiden perkasa ini agar satu hari kutty ini akan terbuka hatinya mencalonkan presiden perkasa ini kepada pimpinan Najib untuk dilantik menjadi menteri,malah hari ini kita dapat mengetahui bahawa perkasa telah mencalonkan nama Mahathir sebagai penasihat kepada kerajaan serta umno,sepatutnya perkasa kenalah memohon menjadi satu parti politik dan memohonlah menjadi ahli gabungan BN seperti yang dilakukan hindraf,barulah peluang menjadi pemimpin dalam gabungan BN akan dapat dipercepatkan.


Nasihat kepada Ibrahim Ali,simpanlah perkasaan kamu sehinga PRU13,bertandinglah dalam Parlimen dan undangan negeri tunjukkan kehebatan kamu dengan mejadi presiden perkasa sehingga tiada siapa boleh membinasakan kamu,beringatlah dan berharap bahawa tiadanya doa dari mereka yang ditipu terutama TGNA,jangan lupa juga mintalah perkasa memberikan kesihatan dan kekuatan untuk kamu hidup 100 tahun lagi dan minta jugalah perkasa memanjangkan umur Mahathir agar dia boleh lihat bagaimana cicitnya akan menjalani kehidupan dimasa akan datang bila datuknya menjadikan perniagaan minuman keras sebagai pendapatan untuk membesarkan anak serta cucunya,banyak sangat makan duit haram maka otak dan lidah pun seakan binatang . . . . . . . . tunggu je PRU13 binatang ini pasti bertanding sebagai calon umno perkasa.

KUNJUNG MENGUNJUNG

Aidil Fitri acara kunjung mengunjung antara saudara serta teman-teman baik ke rumah kita ataupun kerumah mereka,bagi mereka yang mengambil kesempatan bercuti sehingga mula bekerja ini lah masanya acara serta budaya yang masih diamalkan oleh sesetengah masyarakat yang masih lagi perihatin serta mengambil berat akan hubungan kekeluargaan maupun jiran tetanga serta sahabat handai.Bagi mereka yang telah kembali ke rumah sambil menunggu kembali bekerja hari isnin ini maka minggu ini sabtu dan ahad merupakan kesempatan bagi orang bandar untuk meraikan sanak saudara serta teman-teman dengan menjemput mereka datang kerumah terbuka dan ini juga lah masa yang baik kerana selepas ini masa untuk bekerja telah bermula.


Angah juga mengambil kesempatan cutinya isteri mulai dari selasa hingga sabtu dengan berkunjung kerumah mak abah,makcik saudara mara serta teman,malah kesempatan yang ada juga telah dipergunakan oleh anak sulung angah dengan menjemput kawan-kawan sekolah dan lainnya berkunjung ke rumah angah.Mulai selasa lepas angah telah berkunjung kerumah mak su,mak saudara isteri angah yang berada di cheras baru,lama juga angah disana sambil makan tengahhari maklumlah saban tahun serta waktu kami kesana kerana disitu sering diadakan bacaan yasin hajat sehinggakan bekas menteri wanita pertama pun bersama-sama mengikuti acara ini setiap malam khamis yang dulunya diketuai oleh pak su yang kini telah arwah dan sekarang ia disambung oleh anak-anak lelakinya yang telah pulang dari mesir.


Selepas rumah mak su,kami terus kerumah mak anjang,dalam 1km jarak antara rumah mak su dengan mak jang kami mengambil masa dalam 10 minit dan apa yang menambahkan kegembiraan kami disitu juga isteri angah telah berjumpa sepupunya yang tinggal di Johor datang meraikan hari raya bersama emak mereka di KL,inilah kelebihan acara kunjung mengunjung,walaupun tidak lama disini tapi kepuasan tetap terasa bilamana sepupu dapat bersua muka sesama sendiri.Ingin meneruskan acara tapi emak dan abah masih belum balik dari kampung,maka rancangan ditunda kelain hari.

Rabu angah menjalani rawatan dialisis,selepas balik angah rehat sebentar dalam jam 4,kami terus ke Desa Pandan menuju kerumah mak bapa angah,dengan mak mertua kami telah beraya pada hari raya pertama pagi sebab isteri masuk kerja 1pm sempatlah kami beraya dahulu.Lama juga kami disana dari jam 4 lebih sehingga jam 10 malam baru kami pulang kerumah,sebelum balik mak bagi tau yang dia nak datang kerumah angah hari khamis petang,jadi malam tu isteri dah bagi tau khamis pagi kenalah beli barang untuk masak,maka pagi khamis selepas kami sarapan di kampung Melaka di langat,terus ke econsafe tempat kami selalu beli barang basah kerana sini lah tempat rakyat macam angah berbelanja barang dapur.


Khamis seperti keinginan mak yang nak makan nasi ayam maka isteri angah pun buatlah untuk seluruh keluarga,petang jam 4 lebih mak abah adik 2 orang pun datang lah,mungkin angah menjadi anak pertama yang mak datang kerumah anak-anaknya,kerana maklumlah angah sekeluarga tidak balik mengikut mak serta adik beradik lain beraya diBanting kerana isteri bekerja tahun ini,kebiasannya kami akan beraya diBanting jika tiada aral melintang.2JAM juga keluarga angah lepak kat umah angah sebelum mereka ingin meneruskan kerumah kakak ipar mak yang berada sekitar hulu langat.Selepas pulang mak abah anak angah beritahu bahawa kawan-kawannya akan datang kerumah pada hari jumaat petang,maka kenalah buat persediaan yang sebaik mungkin.


Jumaat pagi angah buat rawatan dialisis lagi,Pak Mohammad teman pesakit buah pinggang ada bagi tau hari rabu sebelum tu yang dia jemput kami semua termasuk staff centre dialisis ke rumah untuk rumah terbuka hari jumaat selepas jam 3 petang,kami merasakan kesempatan ini harus kita tunaikan maka satu perancangan telah dibuat dimana kami kena berkumpul di centre dialisis jam 3.30 setelah 2nd shift habis buat rawatan,maka angah terpaksa meninggalkan rumah membiarkan anak-anak dan isteri melayani kawan-kawan anak angah dengan hidangan mee kari,tapi sebelum angah keluar rumah isteri bagi tau yang anak mak su telah menghantar sms mengatakan yang mereka semua akan datang kerumah selepas waktu asar.Setelah menunggu sehingga jam 3.40 kami bertolak kerumah Pak Mohammad yang terletak di nirwana atas sedikit dari Kampung Pandan,Pak Mat layan kami dengan nasi bryaninya,ayam masak merah,daging kurma,dalca dam banyak lagi,kena lah jaga makan dan minum sebab ada lagi 2 hari lagi nak tunggu dialisis pada hari isnin,tak lama angah disana. . . .


Jam 5 angah terus balik ke rumah,talipon isteri dia bagi tau anak mak su kata sebelum maghrib mereka sampai sebab rumah mereka pun ada tetamu,yang bestnya isteri bagi tau yang dia sudah masak nasi ayam juga untuk menyambut kedatangan mak saudaranya serta sepupu-sepupunya,wah dalam sejam je isteri angah sambil melayan kekawan anak angah dia pun telah hampir siap masak nasi ayam,lepas sembahyang maghrib kami hidangkan mee kari serta nasi ayam,cukuplah seronok tengok dia orang makan,sehingga jam 11 malam tadi mak saudara serta sepupu isteri angah lepak sambil baring-baring,walaupun ada juga jiran datang dan pergi tapi mereka merasakan seronok dengan angin sejuk dari bukit berdekatan kerana rumah angah di tingkat 3 yang berlatar belakangkan bukit hijau yang berkabus saban pagi.


Insyaallah esok tinggal 1 hari lagi sebelum isteri masuk kerja kembali,kami dijemput oleh mak saudara sebelah angah di shah alam ke rumah terbuka nya mulai jam 5 petang,tapi sebelum itu ada perancangan dengan kakak ipar untuk beraya dirumah saudara lain waktu tengahhari,apa pun angah dapat juga merasakan keseronokkan beraya walaupun isteri kena berkerja malah perancangan yang dijalankan secara mengejut juga menampakkan kepuasan hati seluruh keluarga. . . . . . . bersantai-santai dengan bercerita hal sendiri menjauhkan diri sejam dua dari dunia PANASSSSS POLITIK.

Khamis, 24 September 2009

BERAMANAHKAN JAWATAN

Terasa terpanggil untuk angah membuka N3 ini sekadar berkongsi pandangan dengan sebahagian blogger PR berkenaan sikap sebahagian pemimpin yang diberikan amanah untuk memegang jawatan tertentu maupun didalam parti dan juga negeri dan apa pun amanah yang diberikan pastinya masyarakat yang dipimpin mahu melihat serta menilai apakah keupayaan sebenar seseorang itu menjadi pemimpin,kesempatan ini juga angah terasa saban hari kisah malah komen sebahagian blogger kepada Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Hassan Ali yang kini banyak menghiasi N3 blogger PR malah ada mengatakan ia bagaikan satu masalah besar buat PR malah nampaknya berat kepada BN minda serta hujahan nya seakan-akan ia juga menunjukkan bahawa memang terdapat satu perasaan tersembunyi yang telah secara tidak sengaja terkeluar dan kini ia bagaikan menunjukkan siapa dia sebenarnya.

Ingatlah sebagai manusia yang telah diberikan kelebihan berpetah bercakap dan berkata-kata maka ia haruslah digunakan sebaik mungkin,tapi jika kelebihan itu menjadi ukuran untuk menjadi ketua atau memegang jawatan tertinggi maka ia sebenarnya bukan ukuran yang tepat kerana setiap patah perkataan serta petahnya seseorang itu bercakap pasti akan ada masanya memakan diri sendiri,kerana yang pasti kita hanya merancang tapi ALLAH yang tentukan.Angah merasakan sudah masanya pemimpin tertinggi PAS iaitu Presiden melihat perkara ini malah sekiranya orang yang diberikan jawatan sebagai Pesuruhjaya Negeri pastinya mewakili hasrat serta impian ahli-ahli parti mahukan seorang pemimpin yang benar-benar menjaga serta menghormati amanah seorang Presiden,malah kegagalan seseorang Pesuruhjaya sedikit sebanyak juga menunjukkan ia adalah kegagalan Presiden itu sendiri yang tak tahu menjaga dan mengawal panglimanya.

Ingat jawatan yang dipegang oleh sesiapa pun cuma amanah buat sementara waktu,dan ia boleh dinilai melalui pertukaran jawatan tersebut dari seseorang kepada seseorang yang lain,kerana itulah kita diajar untuk bersikap bertanggungjawab serta beramanah,lainlah kalau kita juga berperasaan jawatan itu akan kekal kerana orang lain tidak layak dan terselit juga agenda untuk menjatuhkan mereka yang dilihat boleh memberi saingan,siapa pun kita selagi kita bernama manusia janganlah bertuankan perasaan TAMAK,kerana TAMAK lah syaitan yang paling jahat dalam diri manusia kerana TAMAK boleh mengubah manusia menjadi lebih hina dari binatang dan janganlah kehinaan menutup diri kita hingga akhir hayat pastinya ia amat memedihkan hati serta jiwa keluarga yang bakal menanggung diatas ke TAMAKAN diri.Seseorang harus memainkan peranan nya agar situasi ini tidak merebak menjadi nanah dan janganlah terjadi untuk mengejutkan sesorang dari tidur dengan menyimbah air sebaldi. . . . . . . . baru nak tersedar dari mimpi.

RASUAH

Pengguna seluruh dunia dikenakan bayaran berlebihan kira-kira AS$300
billion kerana rasuah menaikkan kos projek sekurang-kurangnya
10%.Laporan yg dikeluarkan oleh Transparency International(TI)
menyebut 300 kartel swasta didapati mengenakan bayaran berlebihan
kepada pengguna dari tahun 1990-2005,selain itu juga RASUAH bagi
pegawai dan ahli politik dinegara membangun berjumlah AS$40billion
setahun@sumber angah ambil dari Malaysiakini yang dipetik dari
BERNAMA.

Malaysia juga termasuk dalam negara membangun dan jika diteliti dari
tahun 1990-2005 telah 15 tahun berlalu dan jika dikira andai Malaysia
mengamalkan RASUAH menaikkan kos projek 5% setahun maka banyaklah wang
rakyat dibazirkan untuk pemimpin serta kroni mereka dan kiraan ini
harus kita kira paling kurang pun 15 tahun,agak-agak nya berapa banyak
wang rakyat digunakan.Bagi RASUAh para pegawai dan ahli politik yang
ramai rakyat negara ini telah sedar betapa teruknya RASUAh dikalangan
mereka-mereka ini sekiranya 5% dari jumlah 40billion agak-agaknya
berapa banyak wang yg masuk dalam poket pegawai dan ahli politik
begini untuk setahun?kiraan angah AS$2billion,itu lah sebabnya
kerajaan BN sedaya upaya menghalang dan memburukkan PAKATAN RAKYAT
agar segala tembelang kerajaan serta pemimpin mereka termasuk pegawai
tidak diketahui rakyat,yang pasti selama mana pun penipuan serta kerja
jahat pasti akan terbongkar juga.

Itu cerita rasuah,angah nak ingatkan kembali mungkin perkara ini orang
ramai masih tidak ambil tahu malah ada juga pemimpin dari PR yg tak
tahu perkara ini iaitu REZAB EMAS,Anwar baru-baru ini ada memberitahu
semasa beliau menjadi menteri kerajaan BN nilai rezab emas adalah
tinggi dan kini telah menyusut dengan teruk sekali,carilah N3 ini jika
anda semua berminat tanyalah diri sendiri mengapa pemimpin BN terutama
umno begitu takut pada Anwar sehingga ada saja fitnah,helah dan
tuduhan ditujukan pada beliau.
Update dan n3 ni angah guna hp,kita guna sebaik mungkin teknologi ini.

Isnin, 21 September 2009

TERIMA KASIH

Angah dikesempatan ini mengucapkan berbanyak kesyukuran dan berterima
kasih pada mereka-mereka yg sudi mengorbankan masa-masa gembira mereka
dengan bekerja.Bagi pesakit seperti angah yg menjalani rawatan
dialisis maka dengan bukanya operasi centre dialisis ini dapatlah
pesakit macam kami meneruskan rawatan dan kesimnabungan hidup dapat
dikekalkan sementara menunggu penjanjian kita dengan yang maha esa
dilaksanakan.

Mewakili para pesakit yg berada diseluruh negara maka angah membuka N3
ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pusat-pusat dialisis
yg beroperasi pada hari ini dan hari-hari seterusnya,dan terima kasih
juga kepada para pekerja yg sanggup berkorban cuti semata-mata rasa
tanggungjawab terhadap pesakit buah pinggang.Semoga Allah memberikan
rahmatnya diatas usaha-usaha begini insyaallah.

Ahad, 20 September 2009

Salam Shawal

Salam shawal,bulan untuk kita bertemu keluarg terdekat,sanak saudara
serta teman-teman yg jarang kita lakukan dibulan-bulan lain malah
shawal selalunya di guna sebaik mungkin untuk berkumpul dan
menambahkan keeratan dalam masyarakat dengan mengadakan rumah
terbuka,bagi yg mengadakan rumah terbuka dalam mengumpulkan sanak
saudara masa inilah kita boleh mengenal satu sama lain yang telah lama
terpisah.Bulan ini juga bagi boleh dikatakan sebagai bulan pesta makan
kerana boleh dikatakan setiap hari pasti ada yang menjemput datang ke
rumah untuk rumah terbuka.

Bagi mereka yg berkemampaun pasti rumah terbuka mereka menggunakan
catering dengan bermacam jenis hidangan dan juadah malah tetamu juga
ramai tidak terkira,bagi mereka yg sekadar 'senang makan'pasti 2-4
jenis makanan akan mereka hidangkan untuk menjemput teman-teman
sekerja mau pun jiran-jiran terdekat yg dikenali.Untuk para pemimpin
serta ahli politik ini lah masanya untuk mereka bertemu dengan
masyarakat setempat yg diwakili mereka malah upacara begini juga
sering diambil peluang oleh masyarakat untuk bertemu sesama mereka
dalam suasana mesra dan muhibah dan ia juga boleh memperlihatkan
kepada kita ada nya juga manusia yg tamak dalam merebut makanan yg ada
seperti mereka-mereka ini tidak pernah makan.

Apa pun shawal adalah bulan yg sering ditunggu kerana boleh disambut
selama sebulan dan selama sebulan ini jugalah upacara maaf bermaafan
berlangsung. . . .cuma angah tertanya-tanya apakah kita ni harus nak
menunggu tibanya shawal untuk kita bermaafan?N3 ini angah guna HP
melalui email untuk update blog.

Sabtu, 19 September 2009

SALAM AIDIL FITRI 2009

Sempena dengan kedatangan aidil fitri angah ingin memohon maaf kiranya
selama blog ini berfungsi dengan n3 nya yg mungkin banyak menyakitkan
hati sesiapa jua dan mungkin dilakukan tanpa sengaja maupun
sengaja.Bagi mereka yg akan pulang ke kampung halaman diingatkan
supaya berhati-hati dan bertimbang rasa semasa memandu dan angah juga
berharap agar para pemandu kenderaan berkhemah semasa memandu dan
janganlah memandu secara laju dan merbahaya.Kelajuan sebenarnya ada 2
perkara yg harus diingatkan,1 sekiranya selamat maka akan cepat sampai
dan ke 2 sekiranya terjadi musibah maka tiada lah lagi didunia
nyata,jadi pilihan sebenarnya ditangan kita semua.Kepada mereka yg
bertugas anggap lah ini sebagai kerjasama antara kita dan teman-teman
yg dapat bercuti agar mereka dapat menyambut hari kemenangan disamping
keluarga tersayang.Semoga aidil fitri ini akan membuka minda kita
kearah keadilan dan menambahkan kekuatan kita pada agama insyaallah,n3
ini angah guna HP melalui email kerana inilah realiti dunia tanpa
sempadan.

Isnin, 14 September 2009

Kalung selipar untuk Mahathir

MIC nak hadiahkan kalung selipar untuk Mahathir,apa reaksi UMNO bila
bekas presiden parti dan bekas PM dilayan begitu rupa?Retak menanti
belah ini lah yg dihadapi oleh BN dan ini lah peluang bagi PR untuk
menambah lg kerusi di Bagan Pinang,rakyat sudah jemu dgn parti
perkauman ni kerana ia seakan menjaga kepentingan pemimpin-pemimpin
tertinggi sahaja dan sudah masanya rakyat harus sedar agar tidak
diperkudakan oleh parti perkauman masing-masing,apakah dengan memberi
sedikit kuasa kepada pewakilan untuk memilih para pemimpin tertinggi
itu dipanggil demokrasi?

Apa pun mari lah kita renung bersama,apa bila segala macam jenis
penipuan,rasuah,salah laku,dan banyak lagi perkara korup sudah tidak
dapat disorok maka ini lah yg akan terjadi,Malaysia ini negara kecil
kalau berkapasiti kan 28 juta penduduk pun masih gagal menjaga rakyat
maka jangan lah ego, bongkak serta bodoh dan buta mata hati bila
rakyat bangun untuk merefomasi kan keadaan.Karma sedang menghampiri
BN,jadi apa nak tunggu lagi?

Update ini menggunakan email dan hp 3G untuk angah membuat thread baru.

Guna email melalui hp tulis blog

Percubaan pertama guna email hantar kpd blog guna hp

MENYEPI 2 BULAN

Lama gak angah tidak update blog ini,hari ini terasa ia seakan memanggil-manggil agar di updatekan apa yang patut,malah menyepi hampir 2 bulan sebenarnya sekadar menyejukkan diri ini yang terasa sakitnya minda dan hati ini bila mengenangkan ramai manusia yang masih lagi menjadi hamba pada dunia dan wang,sifat tamak dan bodoh sombong juga menjahanamkan diri mereka yang telah jauh terpesong dan terbuang,sehingga menjadikan angah menyampah buat seketika dan bertanya pada diri ini sendiri,apa kah mereka -mereka ini tidak mempunyai perasaan untuk berubah malah mereka ini seakan menampakkan bahawa mereka ini lebih teruk dari orang yang sakit,walaupun nampak sahaja mereka ini sihat tapi hakikat yang mereka tidak mahu terima adalah mereka ini terlalu sakit hati dan mindanya sehingga membutakan mata hati yang ALLAH berikan. . . . . . . .

Insyaallah selepas ramadhan,angah akan cuba sebaik mungkin akan update blog nyamuk ini,kerana inilah sebenarnya yang angah lakukan setiap hari dengan membaca banyak blog pilihan cuma angah rasa biarlah angah menyepi untuk menulis dalam bloh sendiri,lagi pun puasa-puasa ini selepas balik dari menjalani rawatan dialisis ia menjadi penat sedikit dan keinginan untuk menulis memang banyak tapi terbantut begitu sahaja,apa-apa pun sekiranya diberian kesihatan dan kekuatan insyaallah minda ini akan kembali seperti biasa.