Insyaallah selepas ramadhan,angah akan cuba sebaik mungkin akan update blog nyamuk ini,kerana inilah sebenarnya yang angah lakukan setiap hari dengan membaca banyak blog pilihan cuma angah rasa biarlah angah menyepi untuk menulis dalam bloh sendiri,lagi pun puasa-puasa ini selepas balik dari menjalani rawatan dialisis ia menjadi penat sedikit dan keinginan untuk menulis memang banyak tapi terbantut begitu sahaja,apa-apa pun sekiranya diberian kesihatan dan kekuatan insyaallah minda ini akan kembali seperti biasa.
SEBELUM DATANG 5 PERKARA KENA INGAT 5 PERKARA. KITA KAH YANG MENGUMPULKAN DUNIA ATAU DUNIA YANG MENGUMPULKAN KITA. GELORA OMBAK MENITI HIKMAH, MEMANCAR KILAT ARCA MAKRIFAT, CARA BERTINDAK MESTI BERHEMAH, AGAR SELAMAT DUNIA AKHIRAT.
Isnin, 14 September 2009
MENYEPI 2 BULAN
Lama gak angah tidak update blog ini,hari ini terasa ia seakan memanggil-manggil agar di updatekan apa yang patut,malah menyepi hampir 2 bulan sebenarnya sekadar menyejukkan diri ini yang terasa sakitnya minda dan hati ini bila mengenangkan ramai manusia yang masih lagi menjadi hamba pada dunia dan wang,sifat tamak dan bodoh sombong juga menjahanamkan diri mereka yang telah jauh terpesong dan terbuang,sehingga menjadikan angah menyampah buat seketika dan bertanya pada diri ini sendiri,apa kah mereka -mereka ini tidak mempunyai perasaan untuk berubah malah mereka ini seakan menampakkan bahawa mereka ini lebih teruk dari orang yang sakit,walaupun nampak sahaja mereka ini sihat tapi hakikat yang mereka tidak mahu terima adalah mereka ini terlalu sakit hati dan mindanya sehingga membutakan mata hati yang ALLAH berikan. . . . . . . .
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan