Bagi mereka yang bercita-cita menjadi pemimpin maka inilah masa serta peluang untuk mereka menonjolkan diri kononnya perubahan ini adalah disebabkan telah lama ditipu serta dipermainkan oleh UMNOBN disamping berjuang untuk membebaskan Anwar dari belengu penjara yang dicanangkan oleh PM pada masa itu digelar MAHAFIRAUN.Berduyun-duyun lah rakyat dari semua profesional tak kira taraf kehidupan masuk menjadi ahli parti PAS dan PKR,ahli UMNO yang merasakan mereka selama ini ditipu mula lah berhijrah baik yang memegang jawatan tinggi dalam cawangan maupun bahagian mula lah bercongkak dengan harapan akan dipilih menjadi pemimpin satu hari nanti dan bermula lah era akar umno meresap dalam parti-parti ini sehinggalah sekarang dan sekarang banyak lah yang kita telah dilihatkan bila mana jiwa yang biasanya hidup dengan kemewahan wang menjadi gelap matanya bila wang menjadi mainan hidup.
Inilah yang telah terjadi bila wang serta kuasa menjadi perjuangan mereka-mereka ini malah segala impian serta sumpah janji parti menjadi mainan dimulut sahaja sehinggakan lupa pada amanah yang diberikan,malah ia akan menjadi barah sedikit demi sedikit jika ia tidak ditangani dengan baik,malah kemungkinan ia akan lebih parah dari umno yang telah parah dan hampir musnah sekarang,angah merasakan ramai pemimpin yang merasakan kedudukan mereka yang dipilih menjadi pemimpin sekarang telah selamat dan mereka merasakan keselesaan sehinggakan segala rungutan serta pandangan ahli bawahan tidak diambil peduli,malah bagi mereka semua ini bisa digula-gulakan semasa kedatangan pemilihan baru dan barulah muka serta kerja mereka dinampakkan untuk menarik perhatian perwakilan,bagi angah parti apa pun ia tidak bersalah tapi jiwa-jiwa yang menjadi ahli serta perlaksanaan yang dijalankan oleh pemimpin tertentu yang TAMAK BERKUASA lah yang menjahanamkan parti tersebut.Jiwa-jiwa beginilah yang sepatutnya kita kuburkan awal-awal supaya ia tidak menjadi nanah dan barah. . . . .pemimpin perlukan ahli-ahli bawahan untuk menjadi pemimpin tapi bila ahli bawahan mahukan perubahan mengapa diperbodoh-bodohkan dan dipandang sepi??????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan