Isnin, 21 September 2009

TERIMA KASIH

Angah dikesempatan ini mengucapkan berbanyak kesyukuran dan berterima
kasih pada mereka-mereka yg sudi mengorbankan masa-masa gembira mereka
dengan bekerja.Bagi pesakit seperti angah yg menjalani rawatan
dialisis maka dengan bukanya operasi centre dialisis ini dapatlah
pesakit macam kami meneruskan rawatan dan kesimnabungan hidup dapat
dikekalkan sementara menunggu penjanjian kita dengan yang maha esa
dilaksanakan.

Mewakili para pesakit yg berada diseluruh negara maka angah membuka N3
ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pusat-pusat dialisis
yg beroperasi pada hari ini dan hari-hari seterusnya,dan terima kasih
juga kepada para pekerja yg sanggup berkorban cuti semata-mata rasa
tanggungjawab terhadap pesakit buah pinggang.Semoga Allah memberikan
rahmatnya diatas usaha-usaha begini insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan