Sabtu, 26 September 2009

NAJIB,MAHATHIR BERGABUNG

Nampaknya slogan 1 Malaysia memakan diri sendiri,Najib bila menjadi PM menggantikan Paklah nampaknya cuba berusaha untuk menarik balik sokongan terhadap BN malah menjadikan nya seorang pemimpin pilihan rakyat malah slogan 1 Malaysia yang diambil dari citarasa parti pembangkang menjadi slogan menggantikan Islam Hadhari yang kini telah lari entah kemana bagikan menuang air didaun keladi disambut dingin oleh rakyat kerana sikap tak bertamadun dengan kerja jahat merampas Perak menggunakan mahkamah serta lembu-lembu ditarik hidungnya yang diberi jawatan hakim.


Bertimbalankan Muhyiddin Yasin bagaikan karma yang menimpa dirinya bila masa Paklah menjadi PM begitulah timbalannya berkerja dan pada masa tu timbalannya adalah beliau sendiri dan kini setelah 7 prk semuanya selepas beliau menjadi PM semuanya berpihak kepada PR,malah keegoan BN tercalar berat sehinggalah ada usaha membawa balik Mahathir ke pada umno,malah kebelakangan ini suara Mahathir telah mengalahkan suara PM sedia ada,dan satu pertubuhan yang sepatutnya menjadi parti politik iaitu Perkasa mencalonkan agar Mahathir dijadikan penasihat kerajaan serta penasihat bagi umno,inilah dunia politik bila mana presiden perkasa ini menggunakan platform PAS bertanding di Parlimen yang kononnya ramai ahli UMNO menyokongnya cuba menjadi juara supaya umno boleh mengambilnya semula setelah dibuang oleh Mahathir semasa beliau menjadi presiden umno dulu.


Zaman Paklah dia tidak mengharapkan bekas PM menjadi penasihat tapi dia menggunakan anak serta menantunya menjadi pemikir serta membalun dan menjahanamkan negara yang telah sedia jahanam dari peninggilan era Mahathir,kini bila Najib berkuasa nampaknya ia seakan-akan mempercepatkan kejatuhan BN serta umno,malah sekiranya ia menjadikan mentornya sebagai penasihat umno serta BN maka dapatlah kita akan melihat karma yang bakal malah telah pun terjadi,mungkin terlalu awal untuk angah mengatakan inilah pengakhirannya satu perjuangan oleh mereka yang menipu rakyat tapi menafikan penipuannya selama ini dengan menuduh orang lain jahat tapi mereka yang merompak serta membinasakan negara adalah orang yang bertanggungjawab.Bergabunglah Najib dengan Maha atau sesiapapun yang pasti rakyat sudah bertekad untuk berubah dan berhijrah malah kebencian akan bertambah-tambah sekiranya tiada perubahan drastik cukuplah 50 tahun lebih rakyat diperbodoh-bodohkan. . . . . . . atau pun masih lagi nak perbododhkan rakyat lagi?????????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan