serta teman-teman yg jarang kita lakukan dibulan-bulan lain malah
shawal selalunya di guna sebaik mungkin untuk berkumpul dan
menambahkan keeratan dalam masyarakat dengan mengadakan rumah
terbuka,bagi yg mengadakan rumah terbuka dalam mengumpulkan sanak
saudara masa inilah kita boleh mengenal satu sama lain yang telah lama
terpisah.Bulan ini juga bagi boleh dikatakan sebagai bulan pesta makan
kerana boleh dikatakan setiap hari pasti ada yang menjemput datang ke
rumah untuk rumah terbuka.
Bagi mereka yg berkemampaun pasti rumah terbuka mereka menggunakan
catering dengan bermacam jenis hidangan dan juadah malah tetamu juga
ramai tidak terkira,bagi mereka yg sekadar 'senang makan'pasti 2-4
jenis makanan akan mereka hidangkan untuk menjemput teman-teman
sekerja mau pun jiran-jiran terdekat yg dikenali.Untuk para pemimpin
serta ahli politik ini lah masanya untuk mereka bertemu dengan
masyarakat setempat yg diwakili mereka malah upacara begini juga
sering diambil peluang oleh masyarakat untuk bertemu sesama mereka
dalam suasana mesra dan muhibah dan ia juga boleh memperlihatkan
kepada kita ada nya juga manusia yg tamak dalam merebut makanan yg ada
seperti mereka-mereka ini tidak pernah makan.
Apa pun shawal adalah bulan yg sering ditunggu kerana boleh disambut
selama sebulan dan selama sebulan ini jugalah upacara maaf bermaafan
berlangsung. . . .cuma angah tertanya-tanya apakah kita ni harus nak
menunggu tibanya shawal untuk kita bermaafan?N3 ini angah guna HP
melalui email untuk update blog.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan