Apakah ahli-ahli gabungan BN yang lain akan juga merasakan bahawa sebenarnya pemimpin mereka telah dibeli dan ahli-ahli bawahan diperbodoh-bodohkan dan digula-gulakan?mungkin pertanyaan serta kesedaran ini tidak sampai lagi kepada ahli-ahli lain tapi bagi pemimpin Makkal Sakthi inilah masanya untuk mereka bernaung bersama BN agar mereka juga boleh dilantik menjadi pemimpin negara dan lupa pada perjuangan ahli,kalau beginilah etika nya pimpinan parti yang bakal mengantikan MIC maka serupalah perangai dan sikap mereka.
Memang dasar BN semuanya boleh dibeli,pangkat serta kuasa yang mereka kecapi selama ini adalah dibeli dengan menlembukan mereka -mereka yang bermasalah untuk menjadi kuda trojan menyalahgunakan kuasa mereka bila mereka-mereka ini menjadi ketua satu-satu badan kerajaan dan itu lah yang kita nampak sekarang bila mana "RASUAH"menjadi kawan serta mainan pegawai serta pimpinan ahli politik,BN boleh bermegah dengan menjadi kerajaan selama 50 tahun lebih tapi harus mereka ingat bahawa sebenarnya rakyat telah sedar selama ini BN berkuasa melalui "RASUAH" bukan melalui mandat rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan