Ahad, 27 September 2009

Apabila Memilih Pemimpin tidak Berjiwa Islam dan Bertaqwa

N3 ni angah kopi dan tempe dari dalam email angah yang dihantar oleh seseorang melalui surau kampung untuk dikongsi bersama-sama teman blogger lain,apa pun pandangan seseorang itu sebenarnya keluar dari diri masing-masing. . . . . . . .

*B*ila pemimipin tidak bertaqwa, maka hatinya akan dikerumini oleh nafsu
nafsu jahat.Antaranya ego, sombong, takabur,riak, ujub, menzalimi,
berdiskriminasi, pilih kasih, gila kuasa, tidak adil,berburuk sangka,
berhasad dengki, terutama sesama pemimipin, menggunakan kuasa dan kedudukan
untuk kepentingan dunia semata mata, menghukum sesuka hati, takut dengan
rakyat sendiri, bersifat pemarah dan bermewah mewah.

Sukar sekali untuk kita cari seorang menteri atau wakil rakyat yang suka
merendah diri dan merasa dirinya setaraf dengan orang lain, tidak berbangga
dengan kuasa, tidak rasa dirinya istimewa, berlaku adil dan lemah lembut,
berbaik sangka, berkasih sayang sesama pemimipin, mengunakan kuasa untuk
kepentingan Islam dan kehidupan Akhirat, berhati hati ketika menghukum, suka
memaaf dan hidup ala kadar, iaitu sekadar keperluan.

Bila hati pemimpin dan sikapnya sudah rosak, kotor dan jahat sekali, maka
tentu pimipinannya berjalan dengan bentuk dan arah yang sama yaitu kearah
kerosakan, kekotoran dan kejahatan, samada mereka sedar atau tidak, mahu
atau tidak mahu.Memimpin bukan untuk menyelamatkan umat tapi kerana
mempertahankan kuasa.Buat kebaikan bukan secara rela tapi terpaksa, sebab
takut dihukum atau dikata nista oleh rakyat.Berlaku zalim, kejam, bermewah
mewah,berpoya poya dengan maksiat mungkar.Kalau ada pun pemimpin yang baik,
tapi kalau bukan atas dasar Islam dan taqwa, nescaya dia akan mencari
kepentingan diri dan tidak tahan di uji. Dan ini akan membawa kepada 1001
masaalah kepada dirinya dan kepada rakyat.Sebagai contoh, lihatlah di
Malaysia hari ini.Pemimpin yang tidak bertaqwa telah menjadikan Rakyat
Malaysia berpecah belah, bergaduh dan bersengit hati sesama sendiri.Bahkan
di kalangan ,mereka pun sama, berdendam berdengki.

Apa alasan dan penyelesaian pada semua ini? Sebab ekonomi kurang?, sebab
kebodohan rakyat?, sebab kemajuan tidak seberapa? Sebab ilmu tidak ada?
Sebenarnya semua itu di sebabkan manusia manusia tidak bertaqwa.Yang mana
kalau masyarakat kita BERTAQWA, nescaya Allah lepaskan kita dari sebarang
kesulitan dan masaalah, dan menjadikan Negara kita Negara yang aman, makmur
dan mendapat keampunan Allah SWT.


Salaam & Regards
*Amri el Wahab*
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

*Mutiara Kata*:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita
dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.
Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita,
hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan