Ingatlah sebagai manusia yang telah diberikan kelebihan berpetah bercakap dan berkata-kata maka ia haruslah digunakan sebaik mungkin,tapi jika kelebihan itu menjadi ukuran untuk menjadi ketua atau memegang jawatan tertinggi maka ia sebenarnya bukan ukuran yang tepat kerana setiap patah perkataan serta petahnya seseorang itu bercakap pasti akan ada masanya memakan diri sendiri,kerana yang pasti kita hanya merancang tapi ALLAH yang tentukan.Angah merasakan sudah masanya pemimpin tertinggi PAS iaitu Presiden melihat perkara ini malah sekiranya orang yang diberikan jawatan sebagai Pesuruhjaya Negeri pastinya mewakili hasrat serta impian ahli-ahli parti mahukan seorang pemimpin yang benar-benar menjaga serta menghormati amanah seorang Presiden,malah kegagalan seseorang Pesuruhjaya sedikit sebanyak juga menunjukkan ia adalah kegagalan Presiden itu sendiri yang tak tahu menjaga dan mengawal panglimanya.
Ingat jawatan yang dipegang oleh sesiapa pun cuma amanah buat sementara waktu,dan ia boleh dinilai melalui pertukaran jawatan tersebut dari seseorang kepada seseorang yang lain,kerana itulah kita diajar untuk bersikap bertanggungjawab serta beramanah,lainlah kalau kita juga berperasaan jawatan itu akan kekal kerana orang lain tidak layak dan terselit juga agenda untuk menjatuhkan mereka yang dilihat boleh memberi saingan,siapa pun kita selagi kita bernama manusia janganlah bertuankan perasaan TAMAK,kerana TAMAK lah syaitan yang paling jahat dalam diri manusia kerana TAMAK boleh mengubah manusia menjadi lebih hina dari binatang dan janganlah kehinaan menutup diri kita hingga akhir hayat pastinya ia amat memedihkan hati serta jiwa keluarga yang bakal menanggung diatas ke TAMAKAN diri.Seseorang harus memainkan peranan nya agar situasi ini tidak merebak menjadi nanah dan janganlah terjadi untuk mengejutkan sesorang dari tidur dengan menyimbah air sebaldi. . . . . . . . baru nak tersedar dari mimpi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan