Angah juga mengambil kesempatan cutinya isteri mulai dari selasa hingga sabtu dengan berkunjung kerumah mak abah,makcik saudara mara serta teman,malah kesempatan yang ada juga telah dipergunakan oleh anak sulung angah dengan menjemput kawan-kawan sekolah dan lainnya berkunjung ke rumah angah.Mulai selasa lepas angah telah berkunjung kerumah mak su,mak saudara isteri angah yang berada di cheras baru,lama juga angah disana sambil makan tengahhari maklumlah saban tahun serta waktu kami kesana kerana disitu sering diadakan bacaan yasin hajat sehinggakan bekas menteri wanita pertama pun bersama-sama mengikuti acara ini setiap malam khamis yang dulunya diketuai oleh pak su yang kini telah arwah dan sekarang ia disambung oleh anak-anak lelakinya yang telah pulang dari mesir.
Selepas rumah mak su,kami terus kerumah mak anjang,dalam 1km jarak antara rumah mak su dengan mak jang kami mengambil masa dalam 10 minit dan apa yang menambahkan kegembiraan kami disitu juga isteri angah telah berjumpa sepupunya yang tinggal di Johor datang meraikan hari raya bersama emak mereka di KL,inilah kelebihan acara kunjung mengunjung,walaupun tidak lama disini tapi kepuasan tetap terasa bilamana sepupu dapat bersua muka sesama sendiri.Ingin meneruskan acara tapi emak dan abah masih belum balik dari kampung,maka rancangan ditunda kelain hari.
Rabu angah menjalani rawatan dialisis,selepas balik angah rehat sebentar dalam jam 4,kami terus ke Desa Pandan menuju kerumah mak bapa angah,dengan mak mertua kami telah beraya pada hari raya pertama pagi sebab isteri masuk kerja 1pm sempatlah kami beraya dahulu.Lama juga kami disana dari jam 4 lebih sehingga jam 10 malam baru kami pulang kerumah,sebelum balik mak bagi tau yang dia nak datang kerumah angah hari khamis petang,jadi malam tu isteri dah bagi tau khamis pagi kenalah beli barang untuk masak,maka pagi khamis selepas kami sarapan di kampung Melaka di langat,terus ke econsafe tempat kami selalu beli barang basah kerana sini lah tempat rakyat macam angah berbelanja barang dapur.
Khamis seperti keinginan mak yang nak makan nasi ayam maka isteri angah pun buatlah untuk seluruh keluarga,petang jam 4 lebih mak abah adik 2 orang pun datang lah,mungkin angah menjadi anak pertama yang mak datang kerumah anak-anaknya,kerana maklumlah angah sekeluarga tidak balik mengikut mak serta adik beradik lain beraya diBanting kerana isteri bekerja tahun ini,kebiasannya kami akan beraya diBanting jika tiada aral melintang.2JAM juga keluarga angah lepak kat umah angah sebelum mereka ingin meneruskan kerumah kakak ipar mak yang berada sekitar hulu langat.Selepas pulang mak abah anak angah beritahu bahawa kawan-kawannya akan datang kerumah pada hari jumaat petang,maka kenalah buat persediaan yang sebaik mungkin.
Jumaat pagi angah buat rawatan dialisis lagi,Pak Mohammad teman pesakit buah pinggang ada bagi tau hari rabu sebelum tu yang dia jemput kami semua termasuk staff centre dialisis ke rumah untuk rumah terbuka hari jumaat selepas jam 3 petang,kami merasakan kesempatan ini harus kita tunaikan maka satu perancangan telah dibuat dimana kami kena berkumpul di centre dialisis jam 3.30 setelah 2nd shift habis buat rawatan,maka angah terpaksa meninggalkan rumah membiarkan anak-anak dan isteri melayani kawan-kawan anak angah dengan hidangan mee kari,tapi sebelum angah keluar rumah isteri bagi tau yang anak mak su telah menghantar sms mengatakan yang mereka semua akan datang kerumah selepas waktu asar.Setelah menunggu sehingga jam 3.40 kami bertolak kerumah Pak Mohammad yang terletak di nirwana atas sedikit dari Kampung Pandan,Pak Mat layan kami dengan nasi bryaninya,ayam masak merah,daging kurma,dalca dam banyak lagi,kena lah jaga makan dan minum sebab ada lagi 2 hari lagi nak tunggu dialisis pada hari isnin,tak lama angah disana. . . .
Jam 5 angah terus balik ke rumah,talipon isteri dia bagi tau anak mak su kata sebelum maghrib mereka sampai sebab rumah mereka pun ada tetamu,yang bestnya isteri bagi tau yang dia sudah masak nasi ayam juga untuk menyambut kedatangan mak saudaranya serta sepupu-sepupunya,wah dalam sejam je isteri angah sambil melayan kekawan anak angah dia pun telah hampir siap masak nasi ayam,lepas sembahyang maghrib kami hidangkan mee kari serta nasi ayam,cukuplah seronok tengok dia orang makan,sehingga jam 11 malam tadi mak saudara serta sepupu isteri angah lepak sambil baring-baring,walaupun ada juga jiran datang dan pergi tapi mereka merasakan seronok dengan angin sejuk dari bukit berdekatan kerana rumah angah di tingkat 3 yang berlatar belakangkan bukit hijau yang berkabus saban pagi.
Insyaallah esok tinggal 1 hari lagi sebelum isteri masuk kerja kembali,kami dijemput oleh mak saudara sebelah angah di shah alam ke rumah terbuka nya mulai jam 5 petang,tapi sebelum itu ada perancangan dengan kakak ipar untuk beraya dirumah saudara lain waktu tengahhari,apa pun angah dapat juga merasakan keseronokkan beraya walaupun isteri kena berkerja malah perancangan yang dijalankan secara mengejut juga menampakkan kepuasan hati seluruh keluarga. . . . . . . bersantai-santai dengan bercerita hal sendiri menjauhkan diri sejam dua dari dunia PANASSSSS POLITIK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan