Jumaat, 2 Oktober 2009

SPR AUTA

Setiap kali adanya PRK maka setiap kali itu jugalah pembongkaran tentang pengundi hantu dilakukan dan dibongkar oleh PR malah isu ini sebenarnya memalukan negara kerana dari dahulu sehingga kini kerajaan BN menggunakan penggundi yang tiada ini untuk menambahkan undi mereka serta memenangkan calon-calon yang umpama betina takut kalah bertanding dan mereka-mereka ini bertanding yang ada banyak undi pos,nampak sangatlah kerajan BN bukan nya satu kerajaan yang bersih malah sebenarnya mereka -mereka ini menipu rakyat untuk menjadi pemerintah kononya kemenangan mereka adalah dari mandat rakyat melalui bantuan SPR dari dulu kini selamanya.Malah mereka yang diamanahkan untuk menyelia SPR ini semuanya adalah pro umno.

Angah rasa bukan angah sahaja yang buat n3 seumpama ini malah rasanya banyak blogger diluar sana yang mengkritik SPR berkenaan pengundi hantu maupun undi pos,mereka mengatakan undi pos ini telus tapi hakikat yang ramai angota tentera maupun polis akui bahawa mereka sebenarnya tidak dapat mengundi secara terbuka malah undi mereka dijalankan oleh mereka yang ditugaskan untuk memangkah calon kerajaan sedia ada,begitu lah kelangsungan acara ini bila setiap kali adanya PRK dan terdapat undi pos inilah yang dibanggakan oleh kerajaan BN yang gentar bertanding secara jantan.

Hari ini dalam satu sidang media yang diketuai oleh Mustafa Ali mengatakan bahawa di Bagan Pinang terdapat undi pos yang dikatakan berjumlah 4,604 sebenarnya tinggal seramai 1,200 orang sahaja malah yang lain nya telah berpindah dan ada juga telah pencen jawatan mereka kalau dikira oleh anak-anak sekolah rendah lebih kurang 3,400 lebih mereka yang entah kemana dan jumlah inlah yang akan digunakan oleh umnobn secara total membantu mereka menambahkan undi,inilah SPR yang telah menjalankan tugas dengan penuh rasuah dan berhemah,malah setiap kali pasti adanya pembongkaran begini pasti akan ada jawapan yang dikira bangang dari SPR dan nampaknya ramai lah manusia hidup menyara keluarga dengan kerja-kerja begini moga mereka ini diberikan petunjuk agar sedar sebelum terlambat jika tidak mau anak cucu akan datang menangung malu diatas perbuatan bapa atau datuk mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan