Rabu, 14 Oktober 2009

BILA DIRI MENJADI HIPOKRIT

Ramai yang tak sedar bahawa diri mereka yang dahulu adalah seorang
yang berwawasan dan bertanggung jawab semasa permulaan jatuh bangun
perjuangan era reformasi malah muncul bak pahlawan keluar dari
pertapaan bagai menyahut cabaran kekejaman pemerintah pada masa era
Mahathir,malah buat seketika nama-nama ini disebut menjadi wira
reformasi dan bermula lah perang serta ceramah saban hari dilokasi
yang mudah menarik orang ramai untuk bersama-sama berjuang menentang
ke zaliman rejim Mahathir pada masa itu sehingga suatu ketika sejarah
dicipta di KESAS yang membangkitkan kemarahan rakyat dan kini ia
menjadi satu kekuatan untuk rakyat berdemo menyuarakan ketidak puas
hatian terhadap tekanan yang dilakukan oleh kerajaan.Bila
panglima-panglima merasakan tekanan serta sejarah masa silam yang
penuh dengan masalah peribadi maka sedikit demi sedikit wira bertukar
menjadi ular.Walaupun begitu masih ramai lagi wira ular yang
berselindung disebalik penampilan tokoh perjuangan dalam parti islam
dan kini hipokrit ini bergerak dan bertindak dalam senyap,malah
hipokrit ini bukan sahaja berada dalam jemaah pejuang islam tapi
mereka yang sudah merasakan kemewahan telah ramai berubah malah
ketaksuban mereka mengumpul dunia mengalahkan si karun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan