Selasa, 27 Oktober 2009

SIAPA SEBENARNYA TALAM 2 MUKA?

Kini terbukti bahawa adanya pemimpin PAS yang menjadi talam 2 muka dari tulisan yang boleh dibaca dalam blog tertentu dimana perjumpaan blogger dengan Nasha dan Hasan Ali memang benar perbincangan tentang kerajaan perpaduan telah berlaku malah katanya hampir seluruh pimpinan atas tahu kecuali TGNA malah benarlah perancangan ini juga diketahui oleh DAP dan PKR dan bila diminta penjelasan oleh DAP maka putar alam pun berlaku.
Nampak sangat lah pemimpin Pas ini benar-benar nak berkuasa,walaupun menang dgn bantuan DaP dan Pkr tapi kerana ketamakan untuk berkuasa mereka sanggup bersengkokol dengan umno yang telah menipu rakyat selama ini.Cakap tak serupa bikin konon nya Pas untuk semua tapi kerajaan perpaduan dengan umno tu buat apa?
Bagi angah apa pun cerita yang akan keluar esok EGM harus diadakan malah perpecahan pasti tidak dapat dielakkan dan yang pasti mereka-mereka yang menyokong PAS kerana TGNA akan berada dibelakang tuan guru dan mulai hari ini boleh lah mereka yang menyokong kerajaan perpaduan bersama umno kita gelar ''MUSANG BERJANGGUT 2 MUKA''.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan