Selasa, 27 Oktober 2009

KETUA PEMUDA PAS MACAM TAIK

Angah sering juga memerhatikan dan mengikuti perkembangan ketua pemuda Pas yang baru si Naruddin yang menggantikan Salahuddin Ayub malah nampaknya si Nasruddin ini macam taik dan jauh lebih teruk tidak seperti Salahuddin yang nampak lebih gentleman dan istiqomah dalam menjalani tanggung jawab sebagai ketua pemuda.Entah macam mana lah perwakilan yang diberikan amanah boleh memilih orang yang begini menjadi ketua pemuda dan tengok lah apa yang dia lakukan semasa PRK Manek Urai dan tindak tanduk dia kebelakangan ini
sehingga ada blogger menegur pun tak peduli dan sepatutnya pemuda PAS ini membentuk satu pasukan bagi mengikuti semua perkembangan terutama dalam sistem media baru tanpa sempadan ni tapi nampaknya kurang mengambil berat tentang pandangan serta kritikan blogger yang juga ahli parti.
Tugas pemuda sepatutnya lebih aktif malah harus berani bertindak dengan cepat dalam menangani kemelut semasa dan juga menjadi tanggung jawabnya juga menjadikan UBN sebagai lawan yang betul bukan kawan dalam PAS sebagai seteru walaupun tidak sependapat.Kalaulah PAS ramai orang macam ni maka tak mustahil nanti parti ini akan ditinggal orang kerana parti politik adalah medium untuk orang menyuarakan pendapat.Menjadi pemimpin sebenarnya seseorang itu boleh memberikan pandangan yang baik dan juga boleh menerima kritikan orang kerana pemimpin ini bukan seorang pengurus yang boleh dilantik sesuka hati malah sifat pemimpin itu mesti nampak dalam diri seseorang itu sebenarnya.
Belajar lah dari kesilapan dan pengalaman orang dan jangan jadikan jawatan ketua sebagai kunci menambahkan keegoan dan kebodohan dan ambil lah peringatan selagi masih ada orang nak mengingati bermakna masih ada orang yang perihatin dan jangan pula sampai ada orang mula tak peduli dan ambil tahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan