Kebelakangan ini kita disajikan berbagai cerita dan berita dimana kisah ramainya suami yang dayus terhadap tanggungjawab mereka kepada isteri dan anak-anak mereka malah nampaknya telah jauh sangat terpesong dalam mengamalkan ajaran islam yang sebenarnya malah merasakan bangga sekiranya isteri serta anak-anak mereka menjadi tarikan umum masyarakat malah kalau dilihat ini lah karma yang sedang dan akan menimpa salasiah kekeluargaan bila mana mak bapak sibuk mencari dunia melupakan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak,malah kurangnya pengetahuan tentang agama serta malas untuk mencari serta mencampuri urusan akhirat maka terjadilah bila mana anak-anak yang telah membesar dengan kurangnya bab-bab agama serta kurang juga mengamalkannya mula mendirikan rumahtangga tanpa memberatkan ajaran islam dan itulah yang kita dapt lihat sekarang bila mana telah bersuami masih lagi melakukan curang dan yang menjadi anak-anak mereka ini melakukan perbuatan yang mungkar dalam erti kata apa pun sebenarnya masalah ini sudah mula menjadi barah.
Kita lihat sahaja dalam beberapa minggu ini bila dalam akhbar terpampang cerita ramai isteri melakukan curang malah menjadikan suami sebagai tiket untuk menutup kebiadapan serta kecurangan diluar kononnya bekerja membantu si suami,malah ada juga yang memakai pakaian yang menutup aurat tapi perangai serupa binatang buka dibawah untuk siapa pun menerjah,itu belum lagi nak dikira suami yang tidak menasihatkan isterinya berpakaian menutup aurat,bukan angah nak menafikan malah juga percaya kebanyakan perempuan yang memakai tudung serta pakaian sopan juga sebenarnya kurang mengamalkan solat serta amalan lainnya,apakah begitu sukar untuk suami bersuara tentang hukum asas orang-orang islam,janganlah islam itu cuma digunakan semasa akad nikah dan kematian sahaja yang lainnya carca marba,inilah natijahnya mereka yang mengoyakkan akhirat semata-mata mahu menampal dunia sementara mereka,menjadikan nafsu "TAMAK" sebagai keutamaan hidup dan kita haruslah ingat wang sebenarnya kalau dicari tak akan habis pergilah kemana pun kita pergi pasti wang tak akan habis dan bila kita gunakan wang itu sebanyak mana pun pasti ia tidak akan cukup kerana ketamakkan manusia itu.
N3 ini sengaja angah tulis setelah mengikuti perkembangan yang tidak sihat sangat untuk agama islam bila kuasa yang sepatutnya digunakan oleh suami seakan-akan dicabar oleh isteri malah menampakkan kepincangan instituasi kekeluargaan islam bila kehidupan penuh dengan rasuah,salahguna kuasa,tipu dan sebagainya dan bila tiadanya keberkatan maka akan ramailah suami dayus isteri banggang anak-anak tunggang langgang,angah juga terkejut bila ada kisah yang ditulis oleh RPK di m2day berkenaan skandal suami isteri PM negara kita yang kononnya akan dibongkar sedikit masa lagi,malah nampaknya memang terdapat perang saraf diantara PM Najib dengan RPK yang mungkin banyak mengetahui rahsia suami isteri PM Malaysia ini,apa pun yang dilakukan oleh mereka berdua ini suami isteri biarlah rakyat hukum mereka disamping karma yang akan mereka terima didunia yang pasti akhirat adalah pasti untuk semua makhluk Allah.
Menjadi tanggung jawab bagi ibubapa untuk mengamalkan ajaran islam sebaik mungkin malah menunjukkan contoh kepada anak-anak disamping nasihat agar bila mereka mempunyai keluarga nanti pentingkan ajaran islam supaya salasiah keturunan islam yang diwarisi dari dahulu tidak akan terputus dimasa akan datang.Apakah kita mahu melihat nanti bila mana islam seakan dilihat sebagai satu budaya sahaja malah kehidupan pun telah menjadi zaman dahulu kala siapa yang kuat ramailah gundiknya serta pelayan nafsunya,wang dan kuasa menjadikan kuasa elite untuk berkuasa serta melakukan apa sahaja yang mereka suka dan pada masa itu bagaimanakah kehidupan tinggalan cucu cicit kita bila sekarang kita tidak peduli?????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan