Kita dapat melihat semua itu semasa kita masih lagi hidup,contoh yang terdekat adalah diri kita,sekiranya kita seorang yang jahat dalam tingkah laku serta perbuatan malah jauh mengamalkan ajaran islam yang benar maka sekiranya ada jodoh maka pasangan itu juga sebenarnya mempunyai perangai yang sama malah dalam kehidupa seharian juga ia sebenarnya menunjukkan keberkatan,sekiranya kita bekerja dengan menipu serta melakukan perbuatan yang tidak baik maka pendapatan yang kita dapat akan kita rasakan tidak mencukupi malah menjebakkan diri bertambah tamak dengan melakukan rasuah dan sebagainya.Menyara keluarga pun rasanya tidak akan berkata dimana anak-anak itu akan membeasar dengan hati serta jiwa yang gelap,malah yang menjadi mak dan bapa pun seakan melupakan amanah yang sepatutnya dijaga didunia ini dengan dibuta mata hati mereka.
Itu adalah sebahagian contoh terdekat dalam diri kita,malah banyak sebenarnya perbuatan yang tiada berkat juga akan mempengaruhi kehidupan kita bagai angah mereka-mereka yang menjadi pemimpin dalam negara,pemimpin dalam bidang kesukanan,pemimpin dalam bidang keagamaan,pemimpi dalam bidang,hubungan,malah semualah boleh dikata kan sekiranya mengamalkan perbuatan yang tidak beretika maka apa sahaja pimpinan mereka menampakkan kegagalan serta tiada kejayaan malah apa pun perancangannya tiada menampakkan kejayaan baik untuk kumpulan maupun negara contoh terdekat adalh sukan bolasepak bila mana dipimpin oleh mereka yang mengamalkan hidup yang tidak berkat,sejak adanya kuasa diktator bila mana tiada siapa boleh mengkritik badan tersebut maka kita lihat lah sekarang sejauh manakah "hidup" sukan kegemaran dunia ini dinegara kita.
Politik juga mempengaruhi banyak kehidupan kerana politik adalah kunci kehidupan masyarakat dan sekiranya ia dibawa dengan bersertakan agama menjadi panduan maka ia akan kelihatan cantik dan bersih dan sekiranya ia di pimpin oleh mereka yang mengamalkan rasuan,penipuan salahguna kuasa memperkudakan pegawai maka inilah yang berlaku terutama negara membangun seperti Malaysia ini dimana kebelakangan ini satu demi satu kebobrokan kerajaan dibongkar malah segala penipuan mereka dahulu diketahui oleh rakyat.Sekiranya kita tidak mengamalkan perkara-perkara yang mengikut ajaran islam maka siapa pun kita maka lambat laun kehancuran pasti menjelma,banyak manusia terutama mereka yang kononnya bangga dengan kemelayuannya yang mengatakan melayu itu adalah islam secara outomatiknya tapi sebenarnya ramai melayu yang mengoyakkan akhirat untuk menampal dunia sambil mengharapkan kejayaan dunia itu boleh dibawa ke akhirat tanpa jalan yang diberkati. . . . . . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan