Ahad, 25 Oktober 2009

REAKSI PROAKSI DAH JELAS

Memang angah dok tunggu bagaimana tindak balas dari mereka-mereka yang dipanggil proaksi umno dalam PAS dan buat masa ini cuma sebahagian sahaja yang telah menunjukan kepandaian mereka dengan memberikan reaksi yang berbeza dimana TP mengatakan majlis syura harus memutuskan samaada perlu dilakukan EGM Khas atau tidak dan yang seorang lagi mewakili balacinya mengatakan tidak perlu diadakan EGM khas kerana tiada apa masalah untuk dibincangkan,kita masih belum mendengar dari Presiden dan Setiausaha malah kita juga nak menunggu apa komen dari orang-orang atasan parti berkenaan isu yang sedang hangat diperkatakan oleh semua orang.Bagi angah semua ini adalah tanggungjawab perwakilan kerana merekalah yang memilih pemimpin jadi samaada jatuh dan naiknya parti ditangan mereka,apakah yang sedang mereka berdua ini fikirkan akan menjadi perhatian semua orang dan reaksi mereka bakal menentukan sejauh mana lagi mereka dalam dunia politik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan