Khamis, 15 Oktober 2009

TANDA-TANDA KECIL

Malaysia Catat 40 Gempa Bumi Dalam Tempoh Dua Tahun PETALING JAYA, 15 Okt (Bernama) -- Dalam tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007 , Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong, di Pahang. Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung ( Perak) dan Jerantut (Pahang). Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29 gempa bumi dicatatkan di kawasan Bentong itu. Kes terbaru pada 8 Okt lepas bagaimanapun mencatat gempa bumi paling kerap, sebanyak lapan kali dari pukul 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari, bermagnitud di antara 1.1 dan 2. 8 skala Richter. Kesemua gempa bumi itu dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik yang mempunyai garis sesar berukuran 15 kilometer lebar dan 70 kilometer panjang. Bagaimanapun hanya sekali, iaitu pada Mei 2008 , jabatan berkenaan mengesan gempa lebih kuat berukuran 3.5 pada skala Richter. "Apa yang boleh kita katakan ialah walaupun Bukit Tinggi dan Janda Baik berada di atas garisan gempa bumi, ia tidak mungkin melepasi ukuran 5.0 pada skala Richter dan ini bermakna, jika berlakupun gempa bumi, ia tidak akan merosakkan struktur bangunan yang kukuh. "Kami tegaskan juga bahawa gempa berkenaan berlaku di sesar berkenaan dan bukannya di Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang negara," katanya dalam temu bual dengan Bernama di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan