Sabtu, 31 Oktober 2009

MUNGKIN USAHA MENGGANTIKAN TGNA SEDANG DIJALANKAN

Kebarangkalian usaha untuk menggantikan TGNA mungkin sedang dijalankan sekarang bila kata hati angah menyatakan begitu dan ia dikuatkan lagi dengan usaha mereka dalam dewan ulama sedang memancing bekas mufti suatu masa dahulu.Apa pun perkiraan politik PAS sekarang yang masih panas walaupun cuba dipesongkan oleh mereka yang telah dikategorikan sikaduk naik junjung tapi bagi manusia yang mengelarkan diri mereka aktivitis politik yang mengutamakan keadilan dalam perjuangan perkara sebegini amat mereka perhatikan biar apa pun tanggapan orang terhadap kita malah menjadi hak semua orang untuk bersuara kerana kita memperjuangkan demokrasi.

Andainya kata hati angah ini mengandungi prasangka yang tidak betul maka angah memohon maaf kerana kealpaan diri sebagai manusia,tapi sebagai ahli parti ada beberapa persoalan yang bermain dalam pemerhatian angah dimana angah dapat melihat kurangnya hubungan rapat diantara TGNA dan Haron Din malah
nampak sekali sikap mereka berdua bagai ada dua persepsi dalam perjuangan dimana kita nampak Tgna dengan islam seluruh perjuangannya dan Haron Din dengan melayu islam menampakkan condong kearah proaksi UG,malah angah ada terbaca bahawa Haron Din pernah mendapat bantuan dari geng ganu yang berkuasa mengatasi presiden bila waktu anak Haron Din dilanda musibah dahulu dan mungkin kerana rasa terhutang budi maka ini lah jurang yang kita nampak sekarang.Walaupun nama mereka berdua dianggap sebagai nama yang besar dan sepatutnya menjadi impak yang besar tetapi keadaan sebaliknya.

Persoalan juga ditambah dengan fungsi apakah dewan ulama serta majlis syura ditubuhkan,adakah kerana tidak mahu mereka yang boleh digelar otai yang tidak dipilih ke jawatan kuasa pusat maka perlantikan sebegini sebagai projek menambat mereka dalam parti tanpa cuba mengunakan kelebihan yang ada pada mereka terasa pada angah bahawa dewan dan majlis ini sekadar menyokong dan mengiakan keatas orang tertentu.

Orang kata lagi tinggi ilmu seseorang itu maka lagi besar dan beratlah dugaan yang diterima malah satu yang perlu kita ingat apa pun parti yang konon nya mempunyai perlembagaan sendiri selagi bernama manusia lama kelamaan perlembagaan entah kemana bila pangkat dan kemewahan menjadi sandaran dalam parti.Apa pun sekiranya bekas mufti ini dapat menyertai PAS maka angah nak melihat dia dapat menyedarkan ramai islam melayu yang terdapat dalam parti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan