Jumaat, 23 Oktober 2009

BILA TGNA DAH BOSAN

Nampaknya kesabaran TGNA terhadap pemimpin yang bermasalah sudah tidak boleh dibendung lagi malah sikap presiden yang lemah dan mudah dikawal oleh pro UG dan pro umno ganu banyak mendatangkan masalah kepada parti serta sokongan dari bangsa cina dan india nampaknya telah menunjukkan kekurangan yang banyak dimana ia adalah gara-gara egois pesuruhjaya Selangor yang telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam menangani isu arak dan kepala lembu dan nampaknya usaha umno dengan memasukkan musang berjanggut nampaknya menghasilkan kejayaan.Bagi angah maju dan jatuh nya parti sebenarnya terletak pada pewakilan serta pemimpin yang berani dan sekiranya perwakilan yang diamanahkan untuk memilih pemimpin pun serupa hidup segan mati tak mahu dan mudah dibeli dengan kata-kata maka ini lah yang terjadi sekarang dan segala perancangan kumpulan UG nampaknya berjaya.
Hari ini banyak blog menyatakan sokongan terhadap TGNA bila beliau mencadangkan EGM khas dalam menangani kemelut ini dari berpanjangan dan membosankan.Apa jua pandangan TGNA perlulah diambil perhatian sewajarnya dan bagi angah yang menjadi ahli bawahan merasakan sudah masanya kita menghapuskan musang berjanggut ini dari dalam parti kerana usaha mereka nak bermesra dengan umno dan mendapatkan jawatan tertinggi dalam pentadbiran pusat dan negeri. Kita harus bersedia menanti serangan balik dari 3 pemimpin atasan serta proaksi di Selangor bila dengan jelas nama mereka disebut sebagai pembawa masalah dan mungkin ini lah masanya untuk rakyat serta ahli mengetahui siapa diri mereka sebenarnya.N3 ini angah guna h/p untuk update ke blog.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan