Hari ini bila baca dalam blog perkembangan mengenai PAS dalam mesyuarat malam tadi sehingga awal pagi dan penerangan dari presiden yang menampakkan kurangnya persediaan presiden dalam menangani wartawan yang telah menunggu lama dan terbukti memang nampak banyak pergantungan presiden terhadap setiausahanya,malah terbukti persoalan yang angah sangka akan berlaku telah berlaku dan yang pasti perkara pokok masih tidak selesai malah masalah baru akan muncul.
Sepatutnya 3 pemimpin yang dikatakan bermasalah harus bersedia menghadapi apa jua tindakan tapi nampaknya kuasa setiausaha mengatasi presiden malah kuasa presiden melantik setiausaha dan pesuruhjaya nampaknya telah dimonopoli bagaikan presiden seperti ada sesuatu yang disembunyi cuma setiausaha sahaja yang tahu.Tapi nampaknya perkara yang dibangkitkan oleh TGNA tidak selesai lagi sehingga timbul pertanyaan dalam fikiran para blogger adakah mesyuarat khas ini telah berjaya dilaksanakan atau pun telah menambahkan kerumitan kerana nampaknya mesyuarat khas telah gagal menyelesaikan perkara pokok dan hancur lah harapan ahli diluar sana yang menyokong saranan TGNA.
Bagi angah kemelut ini pasti berpanjangan kerana mereka yang dikatakan bermasalah masih lagi mempunyai kuasa pada hal kuasa yang mereka dapat adalah melalui lantikan bukan pemilihan jadi mereka masih ada 2 tahun lagi untuk berusaha mencapai matlamat mereka.Dalam zaman internet kita tidak boleh menghalang orang lain memberi kan pendapat maupun kritikan walaupun ada juga yang cuba menyalahkan blogger kerana cerita-cerita mereka yang panas hakikatnya pandangan yang mereka berikan sebenarnya dari perasaan yang perihatin terhadap parti mereka,perlu diingat ahli politik dan aktivitis politik adalah 2 perkara yang berbeza malah ahli politik maukan kuasa tapi aktivitis politik maukan keadilan dan kesaksamaan dan masing-masing menggunakan blog sebagai medium mereka menyampaikan maklumat dan isi hati malah komen yang mereka dapat sepatutnya diguna memperbaiki kelemahan bukan bertambah ego.Yang pasti bagi angah mesyuarat khas adalah membuang masa ramai orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan