Naib Canselor UUM bakal
disumbat ke penjara?
Posted on Monday, October 12
@ 01:15:36 PDT by paktam
Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Dengan tajuk "Naib Canselor
UUM patut letak jawatan?" di
ruangan ini beberapa bulan lalu
saya mengulas perihal kelalaian
pihak pentadbir Universiti Utara
Malaysia (UUM) sehingga
membuka ruang kepada
tindakan mahkamah diambil
terhadap IPTA itu.
Apa yang berlaku ialah, KIC
Management Sdn Bhd dan D-
Men Resources (M) Sdn Bhd
(DRSB) pada 8 Julai 2009 melalui
firma guaman Tetuan CV Devan
& Co dari Klang, telah berjaya
dalam permohonan
mendapatkan injunksi ex-parte
terhadap UUM Sintok, Kedah,
untuk kemungkiran kontrak
berkaitan Perjanjian yang
ditandatangani bagi usahasama
dalam menawarkan program
Master of Business
Administration (MBA).
Permohonan injunksi tersebut
dikemukakan kepada mahkamah
memandangkan pihak UUM
telah bertindak menamatkan
perjanjian yang ditandatangani
pada 1 September 2008 antara
syarikat plaintif dan UUM tanpa
mengikuti peruntukan dalam
klausa perjanjian tersebut.
Tindakan penamatan yang
dibuat oleh UUM ini adalah
ekoran syarikat plaintif telah
memfailkan saman berjumlah
RM5.85 juta pada 5 April 2009
terhadap UUM kerana
melanggar kontrak perjanjian
sebelumnya yang ditandatangani
pada 7 Julai 2003 antara syarikat
plaintif dan UUM bagi kerjasama
menjalankan Program Masters of
Business Administration di
Kampus Kulim.
Mengikut peruntukan dalam
klausa Memorandum Perjanjian
bertarikh 1 September 2008,
mana-mana pihak yang ingin
menamatkan kontrak mestilah
memberi notis bertulis selama
enam bulan memaklumkan
keinginan untuk tidak
menyambung kontrak dan
penamatan sepenuhnya hanya
berkuatkuasa apabila pelajar dari
sesi terakhir menamatkan
pengajian.
Malangnya pihak pengurusan
UUM telah bertindak secara
salah dengan menghantar surat
kepada pihak plaintif pada 18
Mei 2009 dan memaklumkan
penamatan kontrak
Memorandum Perjanjian serta
merta berkuatkuasa 1 Jun 2009.
Ini dengan terang dan nyata
melanggar peruntukan dalam
klausa perjanjian.
Ini juga merupakan kali kedua
UUM tidak mematuhi
peruntukan dalam perjanjian-
perjanjian yang telah
ditandatangani kedua-dua pihak.
Pihak plaintif menulis surat
kepada pihak pengurusan UUM
terbabit menasihati agar menarik
balik dengan kadar segera surat
tersebut kerana dengan nyata
melanggar peruntukan dalam
perjanjian yang dipersetujui.
Pihak UUM juga dimaklumkan
bahawa UUM bakal menghadapi
tindakan injunksi sekiranya
enggan menarik balik surat
penamatan kontrak berkenaan.
Malangnya UUM berdegil dan
berlakulah apa yang tidak
sepatutnya berlaku kepada
sebuah institusi pengajian tinggi
awam.
Melalui injunksi itu plaintif
berjaya menahan UUM daripada
menawarkan program MBA
tersebut kepada pihak lain atau
UUM menguruskan program
MBA tersebut sehingga
perbicaraan kes saman selesai.
Kalangan yang cintakan
pembangunan dunia akademik
sangat berharap biarlah kemelut
yang mengheret UUM ke
mahkamah berakhir di situ. UUM
diharap mengambil tindakan
serius dan proaktif untuk
mengembalikan imejnya yang
tercalar. Selesaikan apa yang
patut diselesaikan dengan
segera.
Jika kesalahan berada di pihak
UUM, betulkan. Buangkan sikap
ego dan bodoh sombong, jika
ada, dalam mencari
penyelesaian. UUM bukan parti
politik. Mereka tidak rugi apa-
apa jika mencari penyelesaian
mengikut budi bicara, timbang
tara atau kalau benar-benar
mahu guna saluran mahkamah
pun, lakukan secara
professional.
Malangnya, semua kaedah itu
semacam tidak berlaku.
Syarikat KIC Management Sdn
Bhd (KIC) (plaintif)
mengenalpasti bahawa UUM,
selepas isu mahkamah yang
pertama, telah dengan sengaja
melanggar perintah mahkamah.
Maka pada minggu ini KIC
membuat permohonan untuk
memfailkan komital di
Mahkamah Tinggi terhadap
UUM kerana melanggar perintah
mahkamah dengan meneruskan
pengajian Sarjana Pengurusan
Perniagaan (MBA).
Tuntutan dibuat di hadapan
Hakim Mahkamah Tinggi, Dato'
Zamani Abd Rahim, selepas UUM
didapati melanggar kontrak
perjanjian antara kedua-dua
pihak.
Perintah injuksi lalu melarang
UUM bagi menjalankan sendiri
program MBA yang dikelolakan
KIC sebelum ini dan pihak UUM
mestilah membenarkan pihak
KIC untuk terus mengendalikan
program tersebut
memandangkan penamatan
perjanjian adalah tidak sah.
Namun UUM enggan untuk
membenarkan KIC untuk terus
mengandalikan program MBA
dan menarik balik program
tersebut serta merta dan
menyebabkan KIC memohon
injunksi di Mahkamah Tinggi Alor
Setar bagi menahan mana mana
pihak termasuk UUM
mengambilalih program MBA
tersebut.
Walaupun injunksi telah
diserahkan ke pejabat Naib
Canselor UUM sendiri oleh wakil
Mahkamah Tinggi namun UUM
tidak mempedulikan perintah
larangan tersebut sebaliknya
telah memulakan kelas untuk
program MBA di Safira Golf Club
Seberang Jaya, Pulau Pinang
untuk pelajar-pelajar di bawah
seliaan KIC sebelum ini.
Pihak KIC dengan kerjasama
pihak polis telah pergi ke lokasi
di mana kelas MBA tersebut
dijalankan dan menasihati agar
program tersebut dihentikan
kerana terdapat perintah injuksi
dari Mahkamah Tinggi Alor
Setar, namun UUM tetap
meneruskan program tersebut
pada hari berikutnya.
Ini dengan jelas menunjukkan
UUM telah menghina perintah
Mahkamah Tinggi Alor Setar dan
pihak KIC telah membuat dua
laporan polis terhadap UUM.
Pihak KIC mempunyai bukti
kukuh bagi menyokong usul
prosiding komital terhadap Naib
Canselor UUM yang akan
dikemukakan secepat mungkin
kepada Mahkamah Tinggi Alor
Setar.
Isu besarnya, jika usul komitial
itu berjaya, ialah: Individu yang
dinamakan untuk dimasukkan ke
penjara kerana menghina
mahkamah ialah Naib Canselor
UUM sendiri, Dr Nordin Kardi.
Sekarang media arus perdana
semacam cuba menyembunyikan
isu tersebut dari dipaparkan di
dada akhbar. Namun jika nanti
seorang Naib Canselor terpaksa
disumbat ke penjara, apakah
media-media arus perdana
mampu menyembunyikannya
lagi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan