Rabu, 28 Oktober 2009

BILA BARUA BERMAHARAJA LELA

Nampaknya sekarang hakim,polis benar-benar menunjukkan bahawa mereka ini lembu ditarik hidung dan jawatan yang mereka pegang adalah untuk menjaga tuan mereka iaitu umno malah mereka-mereka ini sanggup bersengkokol dan hidup dalam kehinaan bila melakukan keburukan dalam kehidupan masyarakat yang mengamalkan demokrasi.Kita lihat apa yang terjadi di Perak hari ini bila kekasaran dan kekejaman dilakukan oleh pihak polis terhadap wakil-wakil rakyat PR dimana speaker Sivakumar diperlakukan dengan kejam bagaikan polis Malaysia ada juga dari golongan yang tak bertamadun.Membuat kejahatan dan kekasaran bagi pasukan polis ada dibenarkan sehingga kematian dalam jagaan polis pun tiada tindakan,bila orang gigit polis sebab keganasan yang mereka lakukan maka hakim nereka jahanam pun jatuhkan hukuman 6 bulan penjara rm3 ribu bayar denda,agaknya betapa siksanya mak bapak dia orang yang dah mati dalam kubur bila mana perangai anak-anak mereka yang mengejar pangkat dan dunia.
Malaysia dimata dunia semakin teruk malah dengan rakyat seramai 28 juta pun tak terkawal itu nak lagi bersaing menjadi negara maju,minda pemimpin UBN yang masih lagi mundur dengan sikap tamak berkuasa dan mementingkan diri sendiri lagi ada hati nak maju tapi rakyat dilayan macam pendatang,ini lah pencapaian negara kita yang konon nya bertaraf global kerana usaha PM ke4 iaitu Mahathir bila mana jawatan PM yang dia sandang dahulu membolehkan dia mendiktaktorkan negara ini dengan mengelembukan orang yang bermasalah dan ini yang kita boleh nampak sekarang bila mangkuk hayun menjadi ketua agensi habis punah semuanya.
Bila raja pun boleh dikotak katikkan malah juga bersengkokol bersama kerajaan jahanam apa lagi yang ada untuk diharapkan,kalau dulu kala raja-raja bagi makan dan minum pada rakyat sekarang rakyat pula yang menjaga tembolok mereka,perlu diingat bila ekonomi menjadi tunjang kekuatan untuk berkuasa dan bila mana retorik kuasa beralih tangan disebabkan kebodohan dan ketamakan pemimpin mengadai dan menjual aset negara maka jangan lah terkejut sekiranya institusi raja-raja dihapuskan kerana sikap-sikap kerabat raja yang banyak menyusahkan. Malaysia belum diuji dengan musibah yang besar tapi tanda-tanda kecil sudah menunjukkan kekerapan bila gempa kecil berlaku melebihi 40 kali dalam 2 tahun kebelakangan ini kerana kita pun tidak dapat mengetahui apa yang bakal terjadi kemudian hari dan ditakdirkan berlaku apakah kita boleh menyalahkan sikap buruk pemerintah terhadap rakyatnya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan