Keunikan
Malaysia
Posted on Sunday, October 11 @
20:43:03 PDT by Paktam
Oleh Amin Iskandar
Malaysia adalah sebuah negara
yang unik.
Keunikan Malaysia
tidak dapat
dinafikan oleh mana-mana
negara di dunia ini. Selain
daripada rakyatnya yang terdiri
dari pelbagai agama dan bangsa,
Malaysia hanya diperintah oleh
satu parti semenjak negara
mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957.
Terbaru, Malaysia sekali lagi
melakar sejarah apabila seorang
pemimpin yang pernah
dijatuhkan hukuman oleh
partinya kerana didapati
bersalah di atas amalan rasuah
politik dipertahankan oleh
perdana menteri secara terbuka.
Perdana menteri
mempertahankan pemimpin
tersebut oleh kerana ingin
memastikan partinya memenangi
pilihanraya kecil (PRK) di selatan
Semenanjung Malaysia setelah
berkali-kali parti yang
diperintahnya tumpas ketangan
pakatan pembangkang dalam
PRK.
Untuk menghalalkan tindakan
partinya meletakkan pemimpin
tersebut sebagai calon PRK,
perdana menteri telah mencipta
satu istilah baru yang dinamakan
"kesalahan teknikal" ataupun
"technical offense".
Kata perdana menteri, kesalahan
yang dilakukan oleh pemimpin
tersebut hanyalah kesalahan
teknikal.
Inilah kehebatan Malaysia.
Di Israel, negara yang paling
dibenci oleh rakyat Malaysia dan
satu-satunya negara yang tidak
dibenarkan oleh passport
Malaysia untuk masuk (kerana
Malaysia tidak mengiktiraf
penubuhan negara Israel dan
menyokong perjuangan rakyat
Palestin) perdana menterinya,
Ehud Olmert terpaksa
meletakkan jawatan kerana
menghadapi tuduhan rasuah.
Rasuah yang dituduh kepada
Ehud Olmert tidaklah sehebat
kes PKFZ, akan tetapi beliau
tetap meletakkan jawatan kerana
ditekan oleh rakyat negara
tersebut yang mahukan
pemimpin mereka bersih dan
kelihatan bersih.
Di Malaysia, apabila laman web
Malaysia Today mendedahkan
mengenai kertas mesyuarat
kabinet berkenaan dengan PKFZ,
yang disiasat bukannya isi
kandungannya tetapi pihak yang
membocorkan kertas mesyuarat
tersebut. Begitulah hebatnya
Malaysia. Orang yang bersalah
tidak disiasat. Yang menjadi
mangsa adalah orang yang
membocorkan kesalahan
tersebut.
Orang Melayu dan Rasuah
Dikalangan rakyat Malaysia,
terutamanya bagi orang-orang
Melayu yang beragama Islam,
rasuah bukanlah satu kesalahan
yang besar. Ianya boleh
disucikan cukup dengan apabila
perlaku rasuah tersebut pergi
menunaikan umrah atau naik
haji.
Sewaktu saya masih lagi
mahasiswa dan pada ketika itu
terlibat dengan aktivisme, pernah
sekali saya timbulkan isu-isu
rasuah pemimpin negara kepada
saudara-mara di kampung.
Saya telah dimarah oleh seorang
makcik saya yang mengatakan,
"Kalau kau jadi perdana menteri
pun kau akan ambik jugak.
Biarlah pemimpin yang ada
sekarang nak ambik sikit!"
Pada ketika itu barulah saya
sedar mengapa parti pemerintah
mampu terus bertahan
walaupun sudah begitu lama
berkuasa.
Orang-orang Melayu
terutamanya dari generasi
sebelum merdeka dan generasi
pertama selepas merdeka,
memberikan sokongan padu
kepada mereka sehinggakan
rasuah atau penyelewengan
kuasa tidaklah dianggap sebagai
satu kesalahan.
Sikap dan pandangan seperti ini
bukanlah hanya dimiliki oleh
penyokong-penyokong parti
pemerintah yang berideologikan
"nationalist", ia turut dikongsi
oleh sebahagian penyokong-
penyokong parti Islam yang kini
telah memerintah beberapa
buah negeri selepas pilihanraya
umum (PRU) 8 Mac 2008.
Lihatlah selepas 8 Mac 2008.
Berapa banyak demonstrasi yang
dianjurkan oleh sayap pemuda
parti tersebut untuk menentang
konsert berbanding dengan
menentang rasuah?
Oleh kerana terlalu antikan
konsert, mereka turut
membantah konsert dari artis
yang terlibat membantu
pergerakkan hak asasi manusia
sedunia seperti Avril Lavingne
yang diketahui umum membantu
kempen Amnesty International
(AI), sebuah pergerakkan hak
asasi manusia sedunia untuk
membantu kesengsaraan rakyat
di Darfur.
Negara "kafir" dan rasuah
Saya pernah menetap di sebuah
negara "kafir" yang dinamakan
Korea Selatan. Korea Selatan
bukanlah asing bagi rakyat
Malaysia. Produk-produk seperti
Samsung, LG, Kia dan drama
seperti "Winter Sonata" kuat
dalam ingatan rakyat negara ini.
Dinegara salah satu gergasi
ekonomi Asia ini, rasuah adalah
satu perkara yang sensitif dan
perlakunya akan mengambil
tindakan yang ekstrim seperti
membunuh diri jika dituduh atau
disabitkan dengan kesalahan
rasuah.
Pada bulan Mei tahun ini, dunia
dikejutkan apabila bekas
presiden Korea Selatan, Roh
Moo-Hyun membunuh diri
akibat daripada tuduhan rasuah
terhadap beliau.
Dalam nota yang ditinggalkan
sebelum membunuh diri, Roh
mengatakan: "I have no face to
show to the people. I am sorry
for disappointing you." ("Saya
tidak sanggup untuk berhadapan
dengan rakyat. Maafkan saya
kerana mengecewakan anda.")
Lihatlah bagaimana pendirian
orang Korea mengenai rasuah.
Seorang bekas presiden
membunuh diri oleh kerana
malu untuk berhadapan dengan
rakyat apabila dikaitkan dengan
rasuah.
Di Malaysia, seorang yang
pernah dijatuhkan oleh kerana
dibuktikan mengamalkan rasuah
masih boleh bertanding dalam
pilihanraya dan disokong oleh
perdana menteri. Begitulah
kehebatan Malaysia yang tiada
pada negara lain.
Tidak hairanlah Korea Selatan
telah jauh meninggalkan
Malaysia. Satu ketika dahulu,
Malaysia berdiri lebih tinggi dari
Korea Selatan. Kini, rakyat
Malaysia terpaksa bergantung
dengan produk-produk dari
Korea Selatan untuk menjalani
kehidupan seharian kerana lebih
murah jika dibandingkan dengan
produk-produk dari Jepun dan
Amerika Syarikat.
Kerana rasuah dan
penyelewengan, rakyat Malaysia
tidak dapat menikmati
perkhidmatan secara percuma
dan terpaksa memikul beban
hutang yang tinggi sebaik sahaja
keluar dari universiti.
Kerana rasuah dan
penyelewengan, rakyat Malaysia
terpaksa membayar harga
minyak yang tinggi walaupun
Malaysia adalah negara
pengeluar minyak. Kerana harga
minyak yang tinggi, rakyat
Malaysia terpaksa dibebani
dengan kos sara hidup yang
tinggi walaupun pendapatan
mereka rendah.
Selagi pemikiran majoriti orang-
orang Melayu yang beragama
Islam tidak berubah terhadap
rasuah, selagi itulah rasuah akan
berleluasa dalam negara. Selagi
itulah pemimpin yang
menghadapi pertuduhan rasuah
dapat terus bertanding dan
menang dalam pilihanraya.
Apabila pemimpin yang pernah
disabitkan dengan kesalahan
rasuah menang dalam
pilihanraya, jangan marahlah jika
beliau terus menerus
mengamalkan budaya rasuah.
Rakyat yang memilih harus
dipersalahkan kerana tidak
menolak budaya rasuah.
Jika amalan rasuah tidak
dibendung dan terus dibiarkan,
jangan terkejut jika Malaysia
akan terus ketinggalan dan tidak
mustahil akan menjadi negara
yang terkebelakang.
Petroleum yang selama ini
menjadi tunggak kepada
kekuatan ekonomi negara akan
habis juga satu hari nanti. Jangan
apabila ianya menjadi kenyataan,
kita akan menyesal kerana pada
ketika wang negara masih
banyak, kita tidak berbuat apa-
apa untuk melawan rasuah.
http://
www.themalaysianinsider.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan