Ahad, 11 Oktober 2009

KALAH SUDAH PASTI MENANG BELUM TENTU

2 Hari angah tidak dapat update blog angah terasa seakan satu kekurangan dalam hari-hari tersebut dari hari jumaat dan sabtu dan hari ini ahad masa yang ada dapatlah angah layan sepuas-puasnya mengadap alam maya sambil mengikuti perkembangan pilihan raya kecil Bagan Pinang yang seang berlangsung pagi ini malah sengaja angah membuka N3 ini dengan tajuk diatas.Mengapa angah membuka N3 ni dengan tajuk diatas ada cerita disebaliknya dan inilah masanya angah nak bercerita dan ia juga bersangkut dengan suasana PRK di Bagan Pinang hari ini.

Jumaat memang angah buat rawatan dialisis seperti juga lah hari isnin dan rabu angah akan buat rawatan 3 hari seminggu dan masa rawatan angah adalah dalam jam 7.30 pagi selama 4 jam sekali rawatan dan cerita pada hari jumaat lepas dimana terasa seakan-akan kalahnya angah sudah pasti tapi menang belum tentu bila mana balik dari dialisis terasa letih sangat disamping tekanan darah pada masa itu agak rendah yang boleh membuatkan seseorang  merasa pitam dengan tiba-tiba malah pening kepala juga pun boleh  menyerang dan perasaan tidak selesa serta kekejang akan terasa.

Selalunya memang setiap orang pesakit setelah menjalani rawatan dialisis pasti akan merasa letih dan ia juga bergantung kepada pesakit itu juga tapi ada juga yang merasakan lebih tenang serta cergas selepas dialisis dan hari jumaat memang hari tu angah terasa sangat letih bila mana tekanan darah pun agak rendah ini juga mempengaruhi keadaan fizikal angah,untuk mengawal dari mengalami pitam atau sakit kepala angah bawa diri angah dengan tidur dan selalunya pesakit serupa angah juga akan lakukan perkara yang sama kerana menghadkan pergerakan buat sementara sambil tekanan darah itu akan naik semula.Tapi hari jumaat bukan itu sahaja yang angah nak berlawan kekejangan juga menyerang perut  serta sakit juga mengcengkam ulu hati malah dibelakang badan pun terasa kekejangan dan inilah menambahkan ketidak selesaan malah tidur kerap terganggu.

Sebelah petang nya pula angah bagaikan terasa akan kalah bila mana ditambah dengan dugaan sakit gigi serta sakit perut yang teramat sangat,dengan perut pedih mencucuk dan sakit gigi yang boleh menyakitkan hati  menyebab kan angah tungang langang menahan kesakitan mencari jalan bagaiman nak mengurangkan kesakitan sakit gigi sambil berkumur-kumur beberapa kali dengan air sejuk menyebabkan sakit bertambah tapi ia akan hilang dalam 1-2 minit disamping kesakitan pedih perut juga telah beransur kurang maka masa mengambil makanan angah segerakan dan juga mengambil ubat tahan sakit sekadar mengawal kesakitan dari berulang dan hari itu mood angah tetiba je mati untuk menulis dalam blog dan hari tu angah lepaskan dengan menonton TV sambil mengawal diri agar tekanan darah akan naik semula.

Sabtu walaupun terasa mahu mengupdate blog tapi ia umpama kosong ,sambil update antivirus serta scan laptop dan sesekali layan alam maya masuk blog ikutan angah bagaikan kekuatan untuk berblog hari itu hilang entah kemana malah bertekad dan cuba memujuk diri dengan berkata dalam hati lepas balik dari rumah adik petang barulah nak buat N3 baru.Janji dengan mak kami akan pergi kerumah adik perempuan diBatang Kali selepas waktu zohor dan kami bertolak kesana dalam jam 2 petang dan entah mengapa hari tu juga keadaan jalan raya penuh sesak,keluar dari ampang jalan bergerak perlahan sampailah masuk ke jalan gombak baru jalan sedikit lancar tapi kenderaan berpusu-pusu walaupun agak banyak kenderaan tapi jalan tetap bergerak walaupun tidaklah lancar sehinggalah di kawasan berdekatan batu cave jalan  mula sesak dan perlahan dan hendak tak hendak terpaksalah layan kerenah jalan raya dan hampir 3 jam barulah angah sampai ke batang kali.

Memandang keadaan jalan yang sesak jadi kami merancang untuk balik sedikit lambat agar kesesakan berkurangan,selepas maghrib kami bertolak balik cuma sampai di Sungai Tua sehingga lah simpang ke batu cave jalan masih lagi sesak untuk ke KL disitu mengambil lebih 30 minit sahaja selalunya kalau tidak ada kesesakan jalan cuma tak sampai pun 10 minit selepas baru cave jalan bertambah lancar tapi sampai ke melawati selepas zoo negara jalan bertambah perlahan dan sesak sehinggalah angah dapat perhatikan jalan menuju ke pandan indah pun bergerak perlahan dan sesak,angah singgah dirumah mak dan mula bergerak balik tapi singgah ke klinik di pandan jaya untuk membawa anak yang kecil sebab kurang sihat dengan batuk dan angah juga nak mengambil ubat dan sampai ke rumah sudah jam 11.40 malam kerana keletihan maka tak buka lah laptop.

Dan hari ini kita tahu bahawa PRK di Bagan Pinang dijalankan dan rasanya semua orang sudah dapat menangkap memang dasar SPR memenangkan BN terserlah bila setiap kali adanya PRK dikawasan BN maka undi akan dijalankan waktu ahad tapi  sekiranya ada pemilihan dikawasan PR maka dibuatnya waktu kerja inilah kehebatan serta kebangsatan SPR yang sememangnya kerja mereka memenangkan BN  dalam cara mana pun,malah menjadi juri,peguam dan hakim adalah kerja sampingan mereka dan angah merasakan bahawa angah perlu satu tajuk yang membawa 2 makna dalam satu tajuk N3 kali ini,dengan rasuah,SPR yang 3suku berat sebelah,polis bersengkokol, undi pos milik mereka dan banyak lagi penipuan yang dijalankan oleh bantuan SPR maka kekalahan PAS hampir pasti tapi perlu diingat kemenangan UMNO belum lagi boleh ditentukan oleh kiraan diatas begitu juga lag sebaliknya,apa pun perancangan ALLAH lebih baik dari perancangan kita,maka tunggulah apa yang akan kita ketahui lagi 8 jam dari sekarang.insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan