Banduan dibicara semula
selepas 16 tahun
PUTRAJAYA: Ketika
menyifatkannya sebagai kes luar
biasa, Mahkamah Rayuan hari ini
mengarahkan perbicaraan
semula bekas pengawal
keselamatan yang dijatuhi
hukuman penjara seumur hidup
dan enam sebatan dalam kes
senjata api di Johor Baharu, 16
tahun lalu.
Mahkamah membatalkan sabitan
ke atas Abdul Rahim Itap selepas
mendengar bahawa tidak
terdapat alasan kehakiman
daripada Mahkamah Sesyen dan
Mahkamah Tinggi yang terbabit
dalam kesnya, oleh kerana
kedua-dua hakim telah
meninggal dunia.
Peguambela K Viknesvaran
berkata, terdapat wujud
kekeliruan mengenai seksyen
dalam Akta Senjatapi (Hukuman
Tambahan) yang digunakan
kerana kertas pertuduhan tiada
dalam rekod rayuan.
Panel yang terdiri daripada
Hakim Datuk Suriyadi Halim
Omar, Datuk K N Segara, dan
Datuk Ahmad Ma'arop
memerintahkan Abdul Rahim,
41, dihadapkan ke Mahkamah
Sesyen Johor Baharu pada 26
Oktober bagi sebutan kes.
Abdul Rahim yang telah
menjalani hukuman penjara
selama 16 tahun, merayu selepas
Mahkamah Tinggi mengekalkan
keputusan Mahkamah Sesyen
mensabit dan menjatuhkan
hukuman ke atasnya pada 30
Mei 2006.
Pada prosiding hari ini,
Viknesvaran berkata tidak
terdapat alasan penghakiman
daripada Hakim Mahkamah
Sesyen Abdul Kahar Kamar dan
Pesuruhjaya Kehakiman K P
Gengadharan Nair yang kini
telah meninggal.
Mengenai kekeliruan tuduhan,
beliau berkata hakim Mahkamah
Sesyen ketika mencapai
keputusannya, membuat rujukan
bahawa Abdul Rahim dituduh di
bawah Seksyen 5 Akta
berkenaan, bertentangan
dengan hujah oleh kedua-dua
peguam Abdul Rahim dan
Timbalan Pendakwa Raya yang
merujuk kepada Seksyen 4 Akta
itu.
Seksyen 4 adalah kesalahan
membabitkan pemameran
senjata api sementara Seksyen 5,
memiliki senjata api.
Suriyadi berkata: "Ini sesuatu
yang aneh. Anda tidak menemui
kertas siasatan, tidak dapat
menjelaskan di bawah
peruntukan mana dia
dituduh...sekalipun jika kita
menangguhkan (kes) ke tarikh
lain, tidak akan berlaku sebarang
perbezaan.
"Di sini, kita menangani nyawa
seseorang, jadi kita perlu
pastikan segalanya betul".
Viknesvaran berkata terdapat
juga kekeliruan mengenai
hukuman oleh Mahkamah
Sesyen yang mengisytiharkan
penjara seumur hidup tetapi
hukuman di bawah Seksyen 4
dan Seksyen 5 ialah penjara ke
akhir hayat dan tidak kurang
daripada enam sebatan.
Di luar mahkamah, Viknesvaran
berkata beliau akan membuat
representasi kepada unit
pendakwaan di Johor Baharu
agar menarik balik tuduhan
terhadap Abdul Rahim. -
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan