Rabu, 21 Oktober 2009

1MALAYSIA BOLEH

Alam maya hari ini macam-macam cerita yang kita boleh dapat baca dari
laporan ketua audit negara yang mana banyak sangat mereka-mereka
menyalah guna kuasa dengan menjadi kan jawatan yang mereka sandang
sebagai kunci membalun apa yang perlu sehingga mengakibatkan kerugian
berjuta ringgit,malah berita yang ditunggu-tunggu oleh PR serta
keluarga Teoh Beng Hock adalah bagaimana kematian nya dan hari ini
Dr.Pornthip pakar forensik antarabangsa dari Thailand mengatakan
bahawa 80% kematian Teoh adalah dibunuh maka pasti mangkuk-mangkuk
dalam kerajaan dan sprm pasti akan cuba mempertahankan diri mereka dan
jelas sudah malaysia boleh semuanya,dan angah juga tersentuh bila
membaca kisah seorang kanak-kanak didera,diliwat dan dirogol sehingga
menyebabkan kematian dan apa yang menambahkan sakit hati lagi si emak
bersengkokol dengan teman lelakinya seorang negro dan cuba berbohong
pada pihak polis dengan mengatakan anaknya didera pembantu rumah.
Ini lah yang kita boleh lihat sekarang bila dunia diberatkan malah
nilai diri serta nyawa sudah tidak dihargai,apakah tiada usaha untuk
membendung perkara begina dari menjadi lebih teruk dan parah,nampaknya
seakan menunjukkan kepada kita semua jika setiap perkara yang
dilakukan tiada keberkatan maka natijah begini lah yang kita dapat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan