Rasanya masih belum terlambat lagi untuk angah mengucapkan tahniah atas kejayaan UBN mempertahankan Bagan Pinang,malah meletakkan bekas MB di sana nampaknya membuahkan hasil bagi parti PAS angah jga mengucapkan tahniah walaupun kalah tapi perjuangan mereka tetap seperti dahulu,bagi yang menang mungkin inilah peluang untuk BN untuk merasakan kemenangan setelah 8 kali dengan 7 kali kecewa dan 1 kali di Batang Ai BN menang maka dengan kemenangan ini juga angah berharap agar UBN dapat mengubah tabiat buruk perangai pemimpin mereka,bukan angah nak mengulas pasal PRK ini kerana yang pasti sudah ada blogger menyauarakan pandangan mereka bagaimana setiap kali berlakunya PRK maka bersengkokolnta pihak SPR bagaikan menjaga tuannya sedang bertarung malah menekan pihak lawan dengan cara apa sekali pun agar tuannya mendapat kejayaan tapi kali ini usaha mereka telah berjaya mungkin PAS perlu menilai apa kah masalah dalaman yang sebenarnya berlaku.
Menang dan Kalah sudah pasti adat bertanding,malah siapa pun sekiranya bersemangat tinggi pasti akan berjaya biarpun berapa kali mereka jatuh dan bangun kembali bertanding insyaallah jika kita sedar dan memperbaiki diri pasti akan berjaya,bukan angah nak menyokong UBN tapi jauh disudut hati ini juga merasakan sebahagian pimpinan tertinggi bagaikan ayam berak kapur,meraskan bahawa kedudukan mereka telah tinggi membuat seakan mereka-mereka ini lupa siapa yang menaikkan mereka,mungkin mereka merasakan PR semakin popular maka kemenangan akan terjadi setiap kali adanya PRK tapi fakta itu sebenarnya memakan diri sendiri,sepatutnya semua pimpinan tertinggi pusat maupun negeri bersatu berusaha menunjukkan muka serta berkerja bersama -sama dengan ahli bawahan yang datang serta bekerja untuk parti tanpa balasan,nampaknya kerjasama ini seperti tiada sambutan dari pimpinan tertinggi malah keegooan sesetengah pemimpin mengalahkan sundal diBukit Bintang.
Sudah masanya aktivitis politik membasuh ahli politik biar mereka ini sedar siapa pun mereka selagi bernama manusia semuanya tiada maksum biarpun dia berjubah sana sini,berkuliah sana sini apa pun jawatan tertinggi meraka kerana jawatan itu sebenarnya amanah yang harus dipikul sebaik mungkin,ingat kehidupan manusia ini ada naik dan turunnya setiap yang naik pasti akan turun dan begitulah seterusnya,dan yang pasti lama pasti akan berganti maka sama ada gantian itu memakan masa lama atau cepat bergantung kepada prestasi pemimpin itu juga,kena ingat mungkin ramai bangsa cina serta india tertarik dengan PAS kerana sikap toleransi serta tawaduk TGNA ,bukan nak menafikan tapi itu memang kenyataan dan jangan biarkan musuh dalam selimut mengawal minda serta perjalanan PAS maupun PKR dan DAP jika itu berlaku. . . . . . . . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan