Selasa, 13 Oktober 2009

KONGSI GUNA TEKNOLOGI UNTUK H/P 3G

Angah rasa nak berkongsi info ini kepada mereka -mereka yang berminat untuk melayari internet tapi tiada komputer maupun laptop,tapi masih mempunyai H/P 3G yang boleh menerima wifi maupun hotspot,malah yang mempunyai ciri-ciri terbaru tapi yang menggunakan 3G yang lama juga apa salahnya untuk mencuba,angah menggunakan sonyericsson C905,bukan niat untuk mengajar tapi sekadar ingin berkongsi pada mereka yang benar-benar minat pada alam maya malah kekadang tu tiada peralatan mungkin ke luar kawasan yang ada cuma H/P 3G malah sebenarnya dengan H/P ini kita boleh melayari internet maupun update blog sendiri maupun copy dan paste dan menghantar pada blog kita.Hakikat yang kita kena terima setiap minat itu pasti sedikit sebanyak menggunakan kewangan juga,malah dalam bidang teknologi alam maya ini satu yang paling perlu dan pasti ialah kemampuan kita untuk menggunakan broadband dan angah sejak dulu menggunakan CELCOM walaupun dasarnya mutu broadband negara kita jauh ketinggalan tapi biarlah ada dari tak ada itu yang paling teruk sekali.

Menggunakan H/P 3G ini kita sudah ada browser dalam H/P itu sendiri tapi sebenarnya kita banyak pilihan browser yang boleh menghubungkan kita ke alam maya,terlupa pula angah nak beritahu CELCOM ada pakej broadband harian,mingguan dan bulanan dari harga rm 7 sehari,rm 20 seminggu serta rm 68&rm 98 sebulan,kebanyakan blogger serta mereka yang aktif keluar sering menggunakan broadband dan menggunakan latop untuk melayari internet kerana kepuasan yang lebih dari segi skrin dan sebagainya tapi sekiranya laptop kita mungkin rosak ataupun dijangkiti virus serta memerlukan masa untuk diprogram semula maka pilihan yang ada adalah H/P 3G ini.Mengenai browser yang boleh didownload didalam aplikasi H/P angah telah menggunakan 2 browser iaitu OPERA MINI 5 dan BOLT 1.5 malah kedua-dua browser ini mempunyai ciri-ciri tersendiri,malah kalau rajin cubalah masuk dalam laman www.GetJar.com ini kerana dari sini lah angah dapat semua ini,dan disini juga anda semua boleh mengetahui apa yang boleh diaplikasikan dengan H/P anda.

Bagi mereka yang menggunakan broadband bulanan sebenarnya pilihan kita banyak kerana sim kad itu juga boleh dimasukkan kedalam H/P 3G malah boleh digunakan terus seperti kita menggunakan untuk laptop dan dari situ bolehlah kita masuk kelaman yang biasa kita masuk untuk membaca,malah update serta upload gambar pun boleh,mungkin sekarang ramai yang menggunaka H/P 3G melayari internet kerana beban serta keselamatan membawa laptop menjadi masalah buat kita sekarang ini yang lebih selesa berlenggang,malah dapat kita lihat sekarang ramai yang menggunakan H/P 3G yang boleh kita lihat di KFC,MCD dan sebagainya melayari internet dengan percuma disini,tapi dengan menggunakan broadband yang boleh kita langgan bersama panggilan serta internet maka dunia tanpa sempadan ini memang benar-benar mengujakan kita semua.

Samada mengunakan postpaid maupun prepaid kita bisa melanggan broadband,malah angah mencadangkan pada mereka yang menggunakan CELCOM bolehlah melanggan pakej mingguan dengan rm 20 seminggu tanpa had,gunalah selama mana pun sehari,upload banyak mana pun sehari tapi cuma rm 20 seminggu,walaupun kepuasan tidak sama kita menatap laptop yang mempunyai skrin yang besar tapi lambat laun perasaan kita akan bertambah seronok serta teruja dengan kecanggihan H/P 3G yang banyak sekarang dipasaran,malah dengan H/P kita boleh buka email,facebook,masuk blog serta update blog,masuk laman tu dan ini lebih-lebih lagi pada mereka yang menaiki kenderaan awam maka inilah masanya untuk kita mengetahui cerita dan berita tak kala kita dalam pejalanan ketempat kerja mau pun balik dari berkerja,malah mungkin masa berehat di tempat rehat di lebuhraya kita juga berkesempatan mengetahui perkembangan isu semasa,bagi angah sekiranya kita berminat tiada halanagn bisa menghentikan minat kita ini dan yang penting kesedian kita untuk menambahkan ilmu lagi.

Mana-mana yang diluar sana yang telah mengetahui pasti akan berkongsi pandangan serta info sebegini kepada kawan-kawan mereka,malah dengan langganan broadband kita boleh berchatting bersama-sama teman kita tanpa had kerana kita menggunakan aplikasi seperi yahoo,gmail,skype,facebook dan banyak lagi tanpa menggunaka sms yang  dikenakan charge  tapi melalui langganan mingguan serta bulanan ini membolehkan kita berhubung sepanjang masa dimana juga kita berada,diharap apa yang cuba angah paparkan dalam N3 ini sedikit sebanyak menambahkan lagi pengetahuan serta minat kepada pembaca diluar sana,carilah ilmu dengan berkongsi apa juga info serta pengetahuan yang boleh dimanafaatkan kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya,jadilah manusia yang celik mata hatinya serta celik IT nya juga,insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan