Angah dan keluarga semuanya peminat Liverpool dan memang dari tahun 70an bila sudah kenal bola sehinggalah berkeluarga dan kini anak-anak pun turut serta melainkan isteri kerana kurang berminat dalam sukan tapi dia pun tumpang seronok bila pasukan keluarga dia menang terutama Liverpool,Selangor dan Perak.Semalam walaupun tak dapat menonton pelawanan antara Liverpool dan M.U tapi masih dapat mengetahui perkembangan melalui internet h/p dan memandangkan prestasi yang tak menentu musim ini membuatkan angah tidak menjangkakan kemenangan dan rabu ini 28 okt Liverpool akan bertemu seteru yang kuat juga iaitu Arsenal yang bermain digelanggang sendiri dan pasti kelebihan ada pada Arsenal.
Apa pun perjalanan Liverpool masih lagi jauh malah apa yang akan mereka tempuhi pasti pasukan ini tidak keseorangan kerana jatuh bangun sesebuah kelab pasti dirasai peminat dan penyokong juga dan angah pasti ramai diluar sana tidak berjalanan keseorangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan