Jumaat, 26 Februari 2010

ANWAR JAWAB PASAL EKONOMI

Ekonomi Malaysia:Retak
Menanti Belah
Oleh Anwar Ibrahim
Pengumuman terbaru oleh
Perdana Menteri bahawa
"senario ekonomi terburuk"
negara telah berakhir kerana
KDNK berkembang pada kadar
4.5% dalam suku terakhir 2009
bukan sahaja dikira terlalu awal
tetapi juga tidak
bertanggungjawab.
Apa yang jelas, pertumbuhan itu
sebenarnya dipacu oleh
perbelanjaan besar-besaran oleh
kerajaan sejak setahun lepas.
Suntikan pakej rangsangan,
seperti yang diketahui oleh
mana-mana ahli ekonomi,
sebaiknya adalah langkah
sementara dan tidak boleh
dilakukan secara berterusan.
Oleh sebab itulah, saya amat
khuatir kerana kaedah
pergantungan yang berterusan
kepada perbelanjaan kerajaan
secara besar-besaran seperti
yang diamalkan Barisan Nasional,
akan membawa kita ke kancah
permasalahan ekonomi yang
sangat serius
Saat apabila ekonomi negara
yang kini retak akan terbelah
dan berkecai sebenarnya sudah
hampir tiba. Sejak 1998, kerajaan
Barisan Nasional hanya tahu satu
dasar ekonomi sahaja, iaitu
menaikkan perbelanjaan
kerajaan (melalui projek-projek
besar yang tidak diperlukan dan
membazir kerana melibatkan
kepentingan kroni) untuk
menutup kegagalannya menarik
pelaburan individu dan swasta
yang telah jatuh merudum.
Data pelaburan individu dan
swasta sejak 1991 menjadi
peringatan bagaimana Barisan
Nasional telah mengheret negara
ke lembah kehancuran ekonomi.
Kalau sebelumnya di antara
tahun 1991 hingga 1997
pelaburan individu dan swasta
meningkat setiap tahun pada
kadar 16.2%, selepas 1998
hinggalah kini kadar ini hanya
menokok 1% secara purata sejak
11 tahun lepas.
Mengambil kira kesan inflasi,
maknanya di antara tahun 2005
sehingga 2008, pelaburan
individu dan swasta kekal tidak
berkembang pada tahap RM20.3
billion setiap tahun. Jumlah ini
adalah lebih rendah dari jumlah
pelaburan individu dan swasta
semasa saya mula-mula menjadi
Menteri Kewangan dalam tahun
1991, iaitu hampir 20 tahun lalu.
Pada ketika Barisan Nasional
terus hilang punca untuk
menghidupkan kembali ekonomi
bagi jangka masa panjang, kadar
pelaburan individu dan swasta
menjunam berbanding dengan
tahapnya sebelum tahun 1997.
Pada ketika itu, pelaburan
individu dan swasta
menyumbang 40% kepada
KDNK. Malangnya sejak sedekad
yang lalu, sumbangan pelaburan
individu dan swasta terus
merosot secara puratanya
kepada kadar 28% sahaja
daripada KDNK.
Oleh sebab itu, Pakatan Rakyat
tidak akan membuat
pengisytiharan yang cuai seperti
Perdana Menteri bahawa
ekonomi kita sudah pulih,
kerana masih terlalu banyak
masalah pokok yang perlu
diselesaikan dengan segera
sekiranya kita tidak mahu
Malaysia terus tertinggal di
belakang.
Tindakan Perdana Menteri
merwar-warkan anggaran
pertumbuhan 5% bagi 2010
sebagai sangat baik sebenarnya
kurang berhemah. Apa yang
tidak diwar-warkan oleh Perdana
Menteri di sebalik anggaran
pertumbuhan 5% itu adalah
hakikat bahawa pada kadar
tersebut, Malaysia ditinggalkan
jauh oleh negara-negara seperti
Korea Selatan, Singapura,
Taiwan, Indonesia, Thailand,
Filipina malahan juga Vietnam
dalam tahun 2010 kelak.
Malaysia pada suatu ketika
adalah setanding dengan Korea
Selatan dan Singapura dan jauh
lebih maju dari negara-negara
yang lain.
Anggaran terbaru yang
dikeluarkan oleh IMF pada
Oktober 2009 menunjukkan bagi
tahun 2010, Malaysia
dijangkakan akan tumbuh pada
kadar yang paling lembap
berbanding kumpulan negara-
negara tadi, walaupun ekonomi
dunia dijangka akan mula pulih.
Vietnam dijangka akan tumbuh
pada kadar dua kali ganda lebih
baik dari Malaysia dan negara-
negara lain akan berkembang
pada kadar yang secara
puratanya 50% lebih pesat dari
Malaysia.
Kerajaan Barisan Nasional
perlulah bertanggungjawab dan
menerima hakikat bahawa
ekonomi kita tersangkut di
dalam perangkap seperti yang
diumumkan Menteri Kewangan
Kedua suatu masa dahulu;
adalah disebabkan oleh
salahguna kuasa dan rasuah
oleh mereka yang berkuasa sejak
sekian lama.
Kemakmuran negara pada masa
hadapan hanya boleh dijamin
oleh sebuah kerajaan yang
memikul amanah yang diberikan
oleh rakyat dengan rasa
tanggungjawab yang tinggi.
Maka, persoalan ketelusan dan
amalan pentadbiran yang baik
adalah prasyarat untuk
memulihkan ekonomi negara.
Oleh sebab itu, Pakatan Rakyat
akan terus bekerja keras untuk
menawarkan kepada rakyat
pentadbiran ekonomi yang telus,
tulus dan berkembang secara
sihat bagi jangkamasa yang
panjang demi generasi akan
datang.
*Kenyataan media oleh Anwar
Ibrahim selaku Ketua
Pembangkang Parlimen Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan