Khamis, 18 Februari 2010

GILA KUASA

Cilok dari TukarTiub dan tempel dalam blog angah untuk kongsi ramai-ramai. SELEPAS 48 JAM BERLAGAK JADI
MB, 15 HEKTAR KEBUN
MUSNAH - harakahdaily
Lajnah Pekerja Dan Peneroka
Bandar PAS Pusat membantah
keras tindakan kerajaan Perak
melalui Pejabat Tanah Larut
Matang dan Selama yang
merobohkan kawasan ladang
yang telah diusahakan selama 12
tahun di Air Kuning, Perak.
Kawasan tersebut yang terletak
berhampiran Taiping berada
dalam Dewan Undangan Negeri
Changkat Jering dalam Parlimen
Bukit Gantang.
Insiden ini berlaku kira-kira 48
jam selepas Zamry Abd Kadir
diisytiharkan sebagai Menteri
Besar Perak..
Kawasan seluas kia-kira 15
hektar itu telah dibangunkan
bersama oleh sekumpulan 10
orang pengusaha dengan
tanaman sayur-sayuran,
ternakan lembu dan kambing,
ternakan ikan dalam kolam serta
pokon buah-buahan.
"Kami membangunkan tanah
tersebut yan tidak didiami bagi
memenuhi hasrat kerajaan yang
mahu memajukan sektor
pertanian dan penternakan,"
kata Mohd Salleh Ariffin,
jurucakap kumpulan peneroka
tersebut.
Pasukan perobohan tersebut
dari Pejabat Tanah Larut Matang
dan Selama, dibantu Pasukan
Simpanan Persekutuan (FRU),
polis dari Taiping, JKR Taiping
dan jentera dari syarikat Gamuda
mengambil masa kira-kira tiga
jam untuk memusnahkan segala
yang telah diusahakan selama 12
tahun.
"Mereka memusnahkan
semuanya yang kami usahakan
termasuk menebang pokok
buah-buahan. Adakah ini slogan
"Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan"?," kata
Mohd Salleh yang turut
ditangkap dan digari kerana
didakwa cuba menghalang kerja-
kerja perobohan tersebut.
Katanya, tindakan meroboh
dengan jentolak dengan
bantuan pasukan polis dan
FRU ini seolah-olah
menyerupai tindakan yang
diambil oleh rejim Zionis Israel
ke atas penduduk Palestine.
KAH KAH KAH..
kah kah kah… INI LAH DIA
POWER… kah kah kah..
woit… MESTI SUDAH ADA
KRONI YANG BUAT WORKING
PAPER … kah kah kah…
woit… MESTI SUDAH ADA
KRONI YANG NAK BUAT
PROJEK DI TANAH INI …. kah
kah kah..
woit… INILAH DIA ZIONIS
TEMPATAN… kah kah kah..
nota:
tengok nanti di hari mauludul
rasul
mesti gerombolan ini akan
berarak
berarak ini untuk menunjukkan
mereka alim
dalam alim alim semua harta
rakyat di baham kah kah kah
DICATAT OLEH TUKAR TIUB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan