Ahad, 28 Februari 2010

INI LAGI BINATANG

Sumbat bayi dalam tangki
tandas
Oleh Johan Afandi
johan@bharian.com.my
JOHOR BAHRU: Seorang wanita
berusia 21 tahun disyaki
membunuh bayi lelaki yang baru
dilahirkannya Isnin lalu dengan
melemaskan anaknya dalam
pam tandas sebuah sekolah
memandu di Segamat, bagi
melindungi hubungannya
bersama dua lelaki daripada
terbongkar.
Mayat anaknya itu kemudian
disumbat dalam tangki pam
tandas berkenaan sehingga
menyebabkan tubuh kecil itu
remuk dan pecah.
Namun, rahsianya tidak bertahan
lama apabila orang ramai yang
merungut bau busuk dari tandas
berkenaan membawa kepada
penemuan mayat bayi yang mula
membengkak dan reput.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan