Khamis, 25 Februari 2010

INI BARU BETUL RAKYAT DIUTAMAKAN

Isu tarif air: Kerajaan
Selangor sedia ke mahkamah
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor
bersedia berdepan dengan
Syarikat Bekalan Air Selangor
(Syabas) di mahkamah bagi
mempertahankan tindakannya
tidak membenarkan syarikat
utiliti itu menaikkan tarif air, kata
Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata, Syabas melalui
firma guaman Tetuan Cheang
dan Ariff menghantar surat
bertarikh 12 Februari lalu
menuntut Kerajaan Selangor
membayar sejumlah RM339 juta
sebagai pampasan dalam
tempoh 14 hari dari tarikh surat
dikeluarkan atau berdepan
dengan tindakan undang-
undang.
"Kerajaan negeri menerima
nasihat daripada panel peguam
berhubung perkara itu dan
mendapati Syabas tidak layak
membuat tuntutan sedemikian
kerana tiada keperluan untuk
berbuat demikian," katanya pada
sidang media selepas
mempengerusikan mesyuarat
mingguan Exco Kerajaan
Selangor di sini, hari ini.
Abdul Khalid berkata, kerajaan
negeri akan menghalang
sebarang usaha atau cubaan
untuk menaikkan tarif air di
Selangor.
"Kerajaan Selangor tetap dengan
pendirian bahawa Syabas
melanggar beberapa perkara
penting dalam perjanjian konsesi
dan perkara itu diperakui oleh
Jabatan Audit Negara.
Perlanggaran syarat oleh Syabas
telah menyebabkan kerugian
besar kepada rakyat Selangor,"
katanya.
Abdul Khalid berkata, kerajaan
negeri telah mengemukakan
cadangan untuk menstruktur
semula perkhidmatan air di
Selangor bertujuan
meningkatkan mutu
perkhidmatan dan mengelakkan
kenaikan tarif air.
Bagi merealisasikan cadangan
penstrukturan semula itu,
kerajaan negeri membuat
tawaran munasabah untuk
pengambilalihan itu supaya
Syabas mempunyai sumber
kewangan mencukupi untuk
dijadikan suntikan modal dan
membuat pelaburan.
"Kerajaan negeri berpendapat
tiada sebab untuk Syabas
menuntut bayaran pampasan
jika syarikat utiliti itu menerima
tawaran yang dibuat oleh
kerajaan negeri. Sebarang
keputusan untuk menaikkan tarif
air perlu mendapat persetujuan
tiga pihak iaitu kerajaan negeri,
pemegang konsesi dan Kerajaan
Pusat," katanya.
Abdul Khalid berkata, setakat ini
kerajaan negeri tidak bercadang
untuk menaikkan tarif air dan
akan terus menyimpan hak
sebagai pembekal air mentah. -
Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan