2009 luar jangkaan; Sasaran
lima peratus 2010
PUTRAJAYA: Ekonomi Malaysia
yang menguncup sepanjang
sembilan bulan pertama tahun
lalu, kembali pulih dengan
mencatat pertumbuhan tinggi
sebanyak 4.5 peratus pada suku
keempat 2009.
Pertumbuhan luar jangkaan itu
menjadikan penguncupan
keseluruhan tahun lalu hanya
1.7 peratus, jauh lebih baik
berbanding unjuran awal
penguncupan sebanyak 3.0
peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak, ketika
mengumumkan perkara itu,
berkata berikutan pencapaian
berkenaan, ekonomi Malaysia
tahun ini dijangka berkembang
pada kadar lima peratus.
"Jika tidak berlaku perkara luar
jangkaan kepada ekonomi
global, boleh dikatakan ekonomi
Malaysia sudah pulih daripada
kesan krisis global dan akan
menikmati pertumbuhan kukuh
pada 2010.
"Jangkaan awal pertumbuhan
tahun ini adalah sekitar empat
peratus, tetapi saya yakin ia akan
merekodkan pertambahan
pertumbuhan antara satu hingga
dua peratus lebih tinggi daripada
unjuran itu," katanya pada
sidang media di sini, semalam.
Sent using a Sony Ericsson mobile phone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan