Bunyi asmara ganggu warga
New York
NEW YORK: Lebih dua pertiga
penduduk di bandaraya ini
sering mendengar suara dan
bunyi jiran mereka melakukan
hubungan seks, namun hanya
sejumlah kecil berani membuat
aduan, kata kajian, semalam.
Laman web berita dan maklumat
untuk pemilik rumah,
BrickUnderground.com yang
membuat tinjauan pendapat ke
atas 400 penduduk di New York
mendapati dua pertiga daripada
mereka mengaku ‘sakit telinga’
ketika mendengar suara jiran
melakukan hubungan seks.
Hasil kajian itu menunjukkan
bunyi yang paling kerap
didengar ialah bunyi hentakan
(60 peratus), rengekan (56
peratus), jeritan (28 peratus) dan
‘ lain-lain’ (23 peratus).
“Bagaimanapun, hanya 14
peratus daripada mereka pernah
menegur jiran atau membuat
bantahan kepada pihak
pengurusan bangunan.
“ Kajian ini menunjukkan bahawa
jika anda tinggal di New York,
anda tidak perlu risau dengan
‘ suara kuat’ dari atas katil pada
Hari Kekasih, kerana terlalu
sedikit penduduk yang akan
merungut, ” kata pengasas
BrickUndergrounds, Teri Karush
Rogers.
Laman web itu juga menyatakan,
bagi kebanyakan penduduk New
York, mendengar suara jiran
melakukan hubungan seks
bukan perkara luar biasa, malah
di kebanyakan kediaman yang
dipisahkan hanya dengan
dinding nipis, hubungan seks
bukan perkara ‘tertutup’.
“Ia seperti bunyi enjin yang
rosak. Anda terpaksa berhenti
membuat kerja untuk
mendengarnya walaupun
bunyinya ‘teruk’,” kata warga
New York, Melissa Buck, 29.
“ Saya bersama seorang kawan
sedang memasak pada jam 6.30
apabila terdengar ’suara’ jiran
kami. Kami berhenti memasak
untuk mendengarnya, ” katanya.
- Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan