Pesalah Dikesan Dalam
Laporan Audit Dikenakan
Tindakan - Najib
PUTRAJAYA, 22 Okt (Bernama) --
Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata beliau kecewa dengan
perbelanjaan melampau dan
penyelewengan seperti yang
didedahkan dalam Laporan
Ketua Audit Negara 2008 dan
berjanji akan mengambil
tindakan terhadap mereka yang
bersalah.
"Apa yang penting daripada
laporan itu ialah sama ada kita
akan bertindak atau tidak.
Mereka yang melanggar
peraturan akan dikenakan
tindakan," kata Perdana Menteri
ketika menjawab soalan pada
taklimat media mengenai bajet di
Kementerian Kewangan di sini
Khamis.
Najib berkata sebagai sebahagian
daripada amalan kerajaan yang
baik, kerajaan perlu memberi
penghargaan kepada mereka
yang menunjukkan prestasi baik
tetapi bertindak terhadap
mereka yang melakukan
kesalahan.
Katanya beliau yakin keadaan
akan menjadi lebih baik dengan
adanya Petunjuk Prestasi Utama
dan Bidang Keberhasilan Utama
yang diumumkan awal tahun ini
untuk meningkatkan mutu
penyampaian perkhidmatan
kerajaan.
Baru-baru ini, Najib melantik
bekas pengarah urusan
Penerbangan Malaysia Datuk
Seri Idris Jala sebagai menteri
yang mengetuai sebuah unit
memantau Petunjuk Prestasi
Utama.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan