Selasa, 9 Februari 2010

MARUAH RASUAH

Thread ini mengambarkan keadaan sekarang yang mana kehidupan dalam negara ini telah membuktikan bahawa ramai yang maruahnya dinaik taraf dengan kelebihan mengamalkan rasuah malah kini apa pun bila maruah boleh diatasi dengan rasuah maka apa pun bisa dilakukan sehingga sanggup menjadi kambing hitam,lembu ditarik hidungnya,pencacai keselamatan,pengerusi dan pengarah dungu,pengamal keadilan duniawi malah ada juga menjadi musang berjanggut dalang segala kejahatan dan mereka ini menjadikan rasuah sebagai maruah alaf baru.Kebelakangan ini banyak perkara yang telah menaikan kemarahan dan kebencian rakyat malah dengan tindak tanduk pemerintah yang telah buta mata dan perasaan dengan perbuatan yang memalukan serta kebodohan pelaksana undang-undang bukan sahaja kebencian ini dirasai rakyat negara sendiri malah masyarakat antarabangsa pun mengkritik kerajaan Malaysia pimpinan umno bn yang hampir nazak malah jika dilihat perbuatan mereka terhadap rakyat serta pimpinan PR maka ini lah tanda kehancuran umno bn telah dekat cuma menunggu waktunya sahaja.
Apa yang perlu dilakukan bagi rakyat yang menyokong pakatan rakyat haruslah bersedia malah pemimpin PR juga mampu melahirkan pemimpin yang benar-benar berjuang dan tidak dibayangi kekuatan pemimpin seperti DSAI,TGNA,LGE,HM,LKS,SH dan pemimpin muda juga harus menunjukan keberanian mempertahan apa yang betul dan memperbaiki kesalahan diri,pemimpin dan juga parti kerana kekuatan sesebuah parti terletak dibahu ahli yang juga rakyat,apa yang biar kita mengekal kan maruah dan harga diri kerana suatu masa nanti maruah ini akan dapat dinilai oleh generasi yang akan datang dan disitulah setiap perbuatan kita pada masa ini diketahui samaada kita benar-benar bermaruah atau maruah kita ditaja dengan rasuah malah biar lah kita kalah bertanding maupun mahkamah tapi maruah tetap kita amalkan kerana inilah yang boleh kita pertahankan dan mewariskan kepada generasi kita yang berjuang dalam dunia kehidupan dalam negara bernama Malaysia yang serba boleh.....

Menang bukan bererti kita mencapai kejayaan,Kalah juga bukan bererti kita lemah tapi apapun keputusanya maka yang rakyat perlu lihat kerja serta tanggung jawab yang tidak mengira apa pun agama serta parti mereka oleh pemimpin yang dipilih bukan melayan kerenah umno merebut atau merampas kuasa....yang pasti sekarang semua orang melihat maruah boleh dibeli dengan rasuah dan pasti ia diwarisi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan