KITA sering mendengar
mengenai keenakan telur
belangkas terutama dibakar.
Kalau anda ingin merasainya
boleh mengunjungi beberapa
gerai yang disediakan peniaga di
Perkampungan Portugis di
Bandar Hilir, Melaka.
Bagaimanapun, petua atau tips
kali ini bukanlah ingin
membincang mengenai telur
atau darah belangkas yang
sudah dikomersialkan, sebaliknya
minyak yang dihasilkannya.
Apabila ditanak belangkas akan
mengeluarkan minyak berwarna
hitam atau kekuningan.
Beberapa titik minyak berbau
seakan minyak tar itu apabila
digaul dengan dedak dinding
atau dedak ayam dipercayai
menaikkan aroma hingga
membuka selera patin, rohu,
jelawat dan lampam.
Ini dibuktikan sekumpulan kaki
pancing sekitar Lembah Klang
ketika memancing di kolam
komersial. Nyata amat berkesan,
tanpa menunggu lama umpan
gaul minyak belangkas ini diragut
ikan. Dedak gaul minyak
belangkas ini cepat merangsang
deria ikan berbanding cecair
perasa pandan, strawberry, oren
dan sebagainya.
Seorang kaki pancing yang
enggan namanya dikenali
memberitahu, kaedah
menghasilkan minyak berkenaan
agak rumit apabila beberapa
ekor belangkas ditanak dalam
bekas khas untuk mendapatkan
minyaknya dan kemudian
ditambah dengan resipi khas
ciptaan pembuatnya.
Katanya, pengalaman
menggunakan umpan ini sangat
memuaskan apabila menaikkan
kira-kira sepuluh ekor ikan patin
dalam tempoh kurang dua jam.
Minyak belangkas ini boleh
didapati di kebanyakan kedai
pancing dan dijual sekitar RM10
hingga RM15 sebotol.
Kopi dan tempel je dari joran bharian....blog aku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan