Rabu, 17 Februari 2010

JUBURNYA UMNO

TIGA PULUH JUTA
BERGANTUNG PADA SATU
LUBANG
Akhirnnya perbicaraan Anwar
Ibrahim bermula. Ini kes ulang
buat. Dalam dunia filem ulang
buat ini bukan satu yang pelik
dan menghairankan. Banyak
filem yang diulang buat.
Pengulangan ini kerana
pembuatan pertama dianggap
berjaya dari hasil jualan tiket.
King Kong - pertama kali dibuat
pada tahun 1933. Filem ini
diulang buat pada tahun 1976
dengan Minah cun Jassica Lange
sebagai kekasih King Kong.
Apabila teknoloji komputer
berkembang sekali lagi King
Kong diulang buat pada tahun
2005.
Psycho – klasik seram - dari kerja
seni Alfred Hitchcock dibuat
hitam puteh pada tahun 1960.
Kemudian pengarah Belanda
Gus Van Sant mengulang buat
pada tahun 1998. Ulang buat
dari kerja Mamat Belanda ini
cukup rapi. Dia meniru bingkai
demi bingkai kerja seni Mamat
Gemok Alfred Hitchcok. Malah
dari filem hitam puteh - Psycho
telah menjadi berwarna
berwarni.
Sayangnya kebanyakan filem
diulang buat ini menjadi kantoi
dan gagal. Psycho yang diulang
buat dilihat sebagai lawak
bodoh. Nasib baik pengarah
Mamat Belanda itu tidak
membunuh diri kerana malu.
Jassica Lange menyesal tetapi
ketika itu dia belum ada pilihan.
King Kong 2005 juga menjadi
lawak yang dipenuhi dengan
kerja komputer dan bukan kerja
membuat filem.
Malah, apabila ada sahaja desas
desus sesebuah filem ingin
diulang buat akan muncul
lawak-lawak mengatakan betapa
kurangnya idea dan cerita baru
dari Hollywood. Ada pengarah
yang akan menyurokkan muka
ke bawah bantal kerana malu
tidak ingin terbabit dalam kes
ulang buat ini.
Warga Malaysia kembali
belabon, bersembang dan
berbincang apabila mendengar
tuduhan terhadap Anwar.
Akhirnya satu Malaysia ketawa
dan tersenyum. Ini juga satu kes
kerja ulang buat.
Tema sandiwara ulang buat ini
cukup senang untuk difahami:
Anwar Ibrahim wajib dimasukkan
kembali ke dalam penjara. Ini
kerana Anwar telah berjaya
membawa satu politik baru
untuk Malaysia. Politik baru ini
telah mengikat satu setiakawan
diantara Parti Keadilan Rakyat,
Demokratic Action Party dan
Parti Islam.
Gabungan setiakawan tiga parti
ini dipanggil Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat adalah satu
ikatan politik baru yang akan
menggantikan United Malays
National Organisations dan
Barisan Nasional untuk mentabir
Malaysia.
Pilihanraya 8hb March 2008 yang
lalu telah membuktikan bahawa
rakyat Malaysia telah berani dan
sanggup menerima satu
perubahan budaya politik baru.
Dari nisbah kiraaan undi,
terbukti majoriti rakyat Malaysia
telah memilih Pakatan Rakyat. Ini
menjadikan para gerombolan
dalam Barisan Nasional terpaksa
menahan kentut marah.
Justeru, Pakatan Rakyat wajib
ditumpaskan. Satu konspirasi
wajib diwujudkan sekali lagi.
Konspirassi ini bertujuan untuk
menumpaskan Pakatan Rakyat.
Jalan pintas untuk memecahkan
Pakatan Rakyat ialah dengan
memenjarakan Anwar Ibrahim.
Khalas. Period. Finito. The End.
Fin.
Jika Pakatan Rakyat tidak
ditumpaskan maka segala
malaon dan pelesit yang selama
berpuluh-puluh tahun ini
menghisap darah rakyat akan
menghadapi masa depan yang
amat gelap. Apabila Pakatan
Rakyat mengambil alih
pentabiran Malaysia maka segala
kerja-kerja jahat mereka - harta-
harta rasuah mereka - kes
samun dan kes bunuh mereka –
semuanya akan diadili oleh
rakyat.
Justeru kerana takutkan balasan
ini - tidak dapat tidak - Anwar
Ibrahim wajib dipenjarakan sekali
lagi. Apa sahaja yang wajib
dilakukan akan dilakukan untuk
memastikan Anwar Ibrahim
masuk ke dalam sel sekali lagi.
Inilah sebenarnya tema ulang
buat sandiwara yang sedang kita
lihat sekarang.
Kes ulang buat sama seperti kes
dalam tahun 1998 dahulu.
Seorang protoganis baru telah
ditemui. Lokasi baru telah
dikenali. Tetapi ulang buat ini
masih menggunakan skrip lama.
Apa yang telah diubah hanya
dailok/kata bual. Dialok kali ini
dilihat agak gempaq. Banyak
dialok telah diubah suai dan
diperbaiki dari kelam kelabut
pengucapan kata bual seorang
supir yang daya fikirnya sama
seperti Zulkifli Nordin. Yang baru
datang hanya si Pereka set, si
Tukang lampu dan para Pak
Pacak.
Manakala yang dibelakang
kamera pun masih orang-orang
jahat yang lama. Ramai orang-
orang jahat ini hampir pencen
tetapi mendapat talian hayat
untuk membuat ‘the last bottom
show’. Jika kerja jahat ini gagal
mereka juga akan turut mati
oleh serangan bom kentut
berjuta-berjuta rakyat Malaysia
yang pada hari ini sedang
menyimpan gas setelah lama
memakan petai jeruk dan pengat
labu.
Awas – warga Malaysia wajib
sedar – dibelakang semua ini
ialah Mahafiraun. Mahafiraun
amat sedar jika Anwar tidak
dipenjara maka yang akan
masuk ke dalam penjara ialah
Mahafiraun sendiri. Kes jahat
Mahafiraun ini sudah berkepok-
kepok. Kalau hendak dihitung
tidak cukup pasir dan batu di
Telok Kemang. Kalau hendak
ditulis – dakwat seluas Laut
China Selatan akan kering.
Kalau Anwar tidak dipenjara,
Mahafiraun sedar dia sendiri
akan tenggelam lemas dalam air
ludah rakyat Malaysia. Justeru
hari ini Mahafiraun akan
melakukan apa sahaja termasuk
mencari rambut palsu baru
untuk bininya. Semua kerja-kerja
jahat Mahafiraun ini bertujuan
untuk memastikan Pakatan
Rakyat tidak akan dapat
mentabir Malaysia.
Apabila Psycho keluar untuk
pertama kali pada tahun 1960
dahulu – dunia filem gempar.
Berpusu-pusu dan berbaris
orang ramai dan kaki wayang
datang untuk mengintai buah
dada Janet Leigh yang basah dan
mongel dalam babak mandi
sebelum dia dibunuh oleh Mister
Bates - Anthony Perkins.
Apabila Psycho diulang buat tak
ada sesiapa yang percaya lagi
tentang keupayaan pengarah
barunya. Ianya dilihat sebagai
lawak seram yang tidak
menyeramkan. Pekara yang
sama sedang berlaku kepada kes
Anwar Ibrahim. Apabila kes
Anwar diulang sekali lagi di
Mahkamah Jalan Duta kelihatan
tidak ada satu babak pun yang
akan memeranjatkan warga
Malaysia lagi.
Sebenarnya warga Malaysia
merasa hiba dan pilu bukan
untuk Anwar Ibrahim tetapi
untuk pakar konspirasi yang
dilihat amat bodoh dan
bangang. Warga Malaysia
terpaksa bersimpati sedih diatas
kebodohan pihak yang
merancang konpirasi ini.
Bayangkan betapa sedihnya
tanah air kita hari ini. Sebuah
negara yang penduduknya
berjumlah 30 juta sedang
terumbang ambing. Masa depan
negara dengan 30 juta warga
sedang bergantung kepada satu
lubung - lubang jubur si Saifol.
Sedih lagi pilu. Ratap lagi
meraung. Lubang sedap Saiful
adalah talian hayat untuk Najib
Razak. Lubang sedap si Saiful
adalah perancang garis eknomi
negara kita. Naik turunya Bursa
Saham Kuala Lumpur sama
seirama dengan tekanan taik
dalam lubang jubur Saifol.
Sistem pertahanan negara kita ini
juga bergantung kuat dengan
berapa lamanya taik si Saifol
dapat berkumpul dalam lubang
juburnya.
Dalam sejarah tamadun dunia
pekara ini tidak pernah berlaku.
Tiongkok dipertahankan dari
serangan Mongol bukan melalui
lubang jubur tetapi melalui
Tembok Besar China. Alhambra
dipertahankan dan berkembang
sebagai tamadun bukan melalui
lubang jubur tetapi melalui ilmu
dan falsafah.
Inilah hakikat yang sedang
berlaku ke atas negara kita hari
ini. Tidak ada tangisan yang akan
dapat mengalihkan hakikat ini.
Memang betul - bunyinya amat
lucah dan meloyakan. Loya lagi
meloyakan. Malu lagi
memualkan. Porno lagi
menjijikan.
Lucah dan meloyakan terjadi
kerana pada ketika ini United
Malays National Organisation
sedang cuba menarik nafas
untuk mendapat talian hayat
dengan menghidu rapat kepada
lubang jubur si Saiful. Udara dari
sebiji lubang ini diharapkan akan
menyambung kembali nyawa
United Malays National
Organisation.
Kita tunggu dan lihat apabila
lubang jubur si Saifol ini terbarai
setelah tidak terberak selama 52
tahun. Tiga puluh juta warga
Malaysia wajib bersedia. Isi-isi
dari lubang jubur ini akan
bertaburan. Ketawa salah
hendak menangis pun kita tidak
berair mata lagi. (TT)
nota:
tulisan ini bebas untuk diambil
jika ianya akan membawa
kebaikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan