Daily Telegraph menunjukkan
Thurston (kiri) dan Willie
berdepan dengan seekor buaya
di dalam tangki di sebuah taman
buaya di Darwin.
DARWIN - Dua pemain ragbi di
Australia menewaskan seekor
buaya gergasi selepas bergusti
dengan reptilia itu, lapor sebuah
akhbar semalam.
Buaya seberat 1,000 kilogram
bernama Burt itu menerkam Big
Willie dan Johnathan Thurston
yang merupakan kapten
pasukan North Queensland
Cowboys selepas mereka
melompat ke dalam sebuah
tangki kaca berisi air di
Crocosaurus Cove iaitu sebuah
taman buaya di sini pada Khamis
lepas.
Ibarat bertemu buku dengan
ruas, buaya tersebut bukan
sahaja gagal membaham dua
mangsanya itu tetapi turut
kehilangan sebatang giginya
dalam pertarungan sengit
tersebut.
Kedua-dua pemain itu tidak
mengalami sebarang
kecederaan.
Ia merupakan sebahagian acara
sampingan sebelum perlawanan
ujian pasukan itu dengan Gold
Coast Titans hari ini. - Agensi
Sent using a Sony Ericsson mobile phone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan